Saturday, December 18, 2010

Akhirnya Dia Kembali Menemui Yang Maha Pencipta

Semalam hari yang agak sibuk walaupun aku mengambil cuti rehat. Pada tengaharinya menyampaikan tazkirah dan khutbah di Masjid TTDI Shah Alam. Kemudian sebelah malamnya menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid al-Rahman Universiti Malaya. Dalam tazkirah dan kuliah tersebut aku mengupas berhubung persoalan kematian, secara khusus berdasarkan kitab Sharah al-Sudur oleh Imam al-Suyuti. Dalam tazkirah di Masjid TTDI, aku mengupas berhubung dengan seseorang yang cerdik atau pintar iaitu seseorang yang menyempitkan nafsunya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Kemudian dalam kuliah di Masjid al-Rahman pula, aku mengupas perihal prinsip kehidupan seseorang Islam dalam berseronok dan bermewah. Prinsip Islam jelas tidak menghalang seseorang mencari kegembiraan dan mencari harta dengan syarat tidak berlebih-lebihan. Bagi mengimbangi keseronokan dan kemewahan, maka seseorang itu perlu selalu mengingati mati.

Sekitar tengah malam aku masuk tidur untuk bangun awal menyiapkan sedikit persiapan untuk satu mesyuarat pukul 10.00 pagi esoknya. Namun sehingga pukul 1 lebih barulah mata mahu lelap. Sekitar pukul 3.30 pagi terdengar bunyi SMS dari telefon bimbit di sebelah katil. Aku terus melihat mesej dari siapa? Tertera di skrin telefon itu nama Masafzal, lalu terdetik dalam hati kenapa pula Masafzal hantar mesej di waktu dinihari ini? Aku terkejut dan terharu bila membaca mesej "Salam, adinda kami Masafzal telah kembali ke rahmatullah .... daripada Masafendi". Memoriku terus terimbau saat-saat bersama Masafzal mengerakkan usaha dakwah sewaktu di United Kingdom. Tidak mungkin dilupakan, beliau yang ketika itu sedang bertarung dengan kenser darah terus bersemangat memikul bebanan tugas yang begitu berat memimpin usaha dakwah pelajar Malaysia di sana. Pernah kami bertemu di timur England untuk satu mesyuarat, beliau dalam keadaan yang agak lemah dengan rambutnya yang gugur akibat kesan kimoterapi.

Akan tetapi semangatnya tidak luntur untuk meneruskan urusan tarbiyah dan dakwah. Aku terus memberi semangat supaya beliau tidak mengalah bertarung dengan penyakit yang dialami. Kami kembali ke tanahair pada tahun yang sama iaitu 2009, walaupun aku kembali lebih dahulu. Ketika beliau kembali, aku dimaklumkan kenser darah yang dialaminya datang kembali, dan beliau mahu meneruskan kehidupannya di tanahair dengan berikhtiar secara perubatan alternatif. Selepas itu kami bertemu beberapa kali dalam program selain daripada berhubung menerusi panggilan telefon dan sms. Kali terakhir bertemu dalam program yang dianjurkan oleh Alumni Lembah Beringin, dan aku dijemput untuk memberi ucapan. Wajah Masafzal kelihatan pucat dan susut tetapi bersemangat. Aku terus memberi semangat kepadanya, kerana setakat itulah yang aku mampu sebagai seorang sahabat. Lebih kurang beberapa minggu lepas aku hantar sms bertanya khabar. Beliau memberitahu keadaannya stabil dan sihat.

Kemudian 3 minggu yang lalu aku diberitahu beliau dimasukkah ke wad kerana jangkitan paru-paru dan demam. Pada hari Ahad dua minggu yang lalu, aku mengambil kesempatan yang ada untuk menziarahinya di wad. Masih teringat lagi beliau yang sedang bernafas melalui peralatan bantuan, terus ingin bersembang dan berkata-kata. Yang masih aku ingat beliau memberitahu bapanya, "Yang datang ini orang besar". Beliau begitu bersemangat untuk bersembang, cuma aku pula begitu simpati untuk menyusahkan beliau yang begitu payah untuk mengeluarkan suara. Aku meminta beliau bersabar dan terus bersemangat. Menurut bapanya, keadaannya semakin beransur pulih dan mungkin dalam beberapa hari beliau boleh keluar. Minggu lepas aku menziarahi Acheh tiga hari dan tidak berkesempatan untuk pergi sekali lagi ke Hospital Ampang melawatnya. Tiba-tiba dinihari ini aku mendapat berita yang begitu menyedihkan beliau telah kembali menemui Allah rabbul jalil. Aku terus membalas SMS yang diterima dengan mengucap takziah dan menyatakan keyakinanku, insyaAllah beliau ditempatkan bersama golongan yang salihin. Al-fathihah untuk al-ruh Masafzal.

Tuesday, November 30, 2010

Kehambaan Melayu dan Ketuanan Allah

Sehari dua ini sibuk dibicarakan perihal Ketuanan Melayu ekoran kenyataan Dr Wan Azizah tentang hasrat PKR menghapuskan ketuanan tersebut. Isu ini sangat berkait rapat dengan permasalahan perkauman yang masih belum selesai bahkan menjadi nadi bagi parti politik perkauman seperti UMNO. Prinsip ajaran Islam begitu jelas, bahawa seluruh manusia ini adalah hamba Allah yang diberi amanah untuk memikul tugas Khalifah di atas muka bumi. Berdasarkan prinsip tersebut para pencinta Islam berebut-rebut untuk menjadi hamba Allah bukannya berlagak tuan kepada mana-mana makhluk di dalam alam semesta ini. Dalam surah al-Isra', Allah memanggil makhluk yang paling dikasihinya Nabi Muhammad s.a.w. dengan gelaran hambaNya.

Demikian juga, ketika Tawus al-Yamani menghadap Hisham bin Abdul Malik beliau hanya memanggil nama "Ya! Hisham", bukannya dengan gelarannya sebagai pemerintah agung atau ketua kerajaan. Hisham yang begitu marah lalu bertanya kepada Tawus, mengapa beliau tidak memanggilnya dengan gelaran itu? Lalu Tawus menyatakan bahawa Allah memanggil mereka yang dikasihinya seperti yang termaktub dalam al-Quran dengan nama masing-masing seperti Dawud a.s. dan Isa a.s., malah menyebut dengan gelaran hamba seperti dalam surah al-Isra' tersebut. Sebaliknya Dia memanggil golongan yang dimurkainya dengan gelaran. Dengan sebab itu, seharusnya kita berebut-rebut menjadi hamba kepada Allah.

Namun demikian manusia sangat gemar meninggi-niggikan kedudukan mereka menjadi tuan kepada yang lain. Semasa zaman Feudal sama ada di Eropah dan sebahagian dunia yang lain , kuasa mutlak terletak kepada seseorang individu, manakala jiwa memperhambakan diri seharusnya ada pada setiap rakyat. Lalu tercetusnya Revolusi Perancis yang membebaskan jiwa manusia di Eropah dari kehambaan, yang melihat semua manusia adalah mempunyai hak dan suara yang sama. Malangnya manusia yang telah bebas dari jiwa kehambaan ini kemudiannya memperhambakan manusia di bahagian dunia yang lain atas nama 'tanggungjawab manusia berkulit putih'. Kemudian mereka memperhambakan manusia bukan berkulit putih.

Berikutan itu, manusia bukan berkulit putih berjuang pula untuk menuntut hak dan suara mereka sebagai seorang menusia. Antara kejayaan golongan ini yang terakhir, ialah di Afrika Selatan dengan menghapuskan Dasar Apartheid. Dalam dasar ini mereka yang bukan berkulit putih dianggap lebih rendah dan mendapat layanan kelas kedua dalam negara. Dasar ini telah berjaya dihapuskan pada tahun 1994 melalui perjuangan yang begitu lama diketuai oleh Nelson Mandela. Semua pihak mengutuk Dasar Apartheid ini termasuklah mereka yang bergantung kepada politik rasisme seperti UMNO, seolah-olah mereka tidak menyedari mereka memperlakukan perkara yang hampir sama semasa di tampuk kuasa.

Setelah masyarakat global menyedari sepatutnya tiada segolongan kecil manusia yang menjadi tuan lalu memperhambakan segolongan besar manusia yang lain, tiba-tiba masyarakat manusia yang sedar ini pula bertindak mencabuli hak-hak makhluk Allah yang lain. Masyarakat manusia telah menjadikan haiwan sebagai bahan-bahan mentah atas nama kemajuan sektor penternakan. Haiwan-haiwan yang diternak ini dinafikan hak mereka untuk bervariasi (kepelbagaian) melalui teknik-teknik reproduksi moden yang melahirkan haiwan yang mempunyai hanya ciri-ciri yang dikehendaki. Haiwan-haiwan ini juga dinafikan daripada tabiat semulajadi mereka seperti bersosial dan mendiami habitat yang sesuai. Hak dan suara haiwan-haiwan ini kemudiannya diperjuangkan oleh sekumpulan manusia yang menggelarkan kumpulan mereka dengan Animal Right.

Kemudian datang pula sekumpulan manusia yang menyatakan bahawa perjuangan kumpulan Animal Right ini sempit kerana hanya memperjuangkan hak dan suara komponen-komponen alam yang hidup (living being), sedangkan melupai hak dan suara komponen-komponen alam yang tidak hidup. Mereka ini berinspirasikan Aldo Leopold yang telah menulis pandangannya dalam "The Land Ethics". Menurut Leopold, semasa zaman Greek silam, Oddeyseus menganggap hamba itu bukan manusia sebaliknya harta, sedangkan hari ini masyarakat manusia telah memberi hak manusia kepada sesiapa yang berbiologikan manusia. Lalu Leopold menyatakan, kita seharusnya memanjang perkara yang sama kepada seluruh komponen alam yang hidup atau bukan hidup, yang sebelum ini manusia menganggapnya juga sebagai harta.

Demikianlah manusia, dengan naluri kemanusiaannya menuntut hak dan suara masing-masing. Bagi menusia yang sempit kemanusiaannya dan tinggi kepentingan dirinya, menuntut hak dan suara itu bagi sekumpulan yang sempit seperti pejuang Ketuanan Melayu. Bagi menusia yang luas kemanusiaanya dan tinggi toleransinya, menuntut hak dan suara untuk sekumpulan yang lebih besar malah merangkumi hak dan suara bagi komponen bukan manusia seperti pejuang Animal Right dan Deep Ecology. Bagi manusia yang sederhana kemanusiaannya dan di peringkat pertengahan kepentingan diri dan toleransinya, menuntut hak itu bagi sekumpulan yang sederhana seperti pejuang hak asasi manusia.

Masing-masing mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan masing-masing. Golongan Feudal mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan feudalisme mereka. Golongan kulit putih mentakrifkan hak dan suara itu mengikut rasisme mereka. Golongan pejuang hak asasi manusia mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan humanisme mereka. Golongan Individualisme mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan Libertarianisme mereka. Golongan Animal Right dan Deep Ecology mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan environmentalism mereka. Dan di Malaysia, UMNO mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan rasisme atau perutisme (kepentingan perut) mereka.

Mereka semua lupa bahawa mereka bukan Tuhan yang menciptakan Alam Semesta ini. Mereka tidak berhak menentukan hak siapa yang mesti lebih dan hak siapa yang mesti kurang, atau suara siapa yang didahulukan dan suara siapa yang dikemudiankan. Bukankah yang berhak menentukan hak siapa yang lebih dan suara siapa yang didahulukan adalah Tuhan yang Maha Adil. Tuhan yang Maha Adil itulah menentukan siapa yang berhak dan siapa yang tidak berhak, atau siapa yang didahulukan suaranya dan siapa yang dikemudiankan suaranya. Tuhan yang Maha Adil itu bebas dari pergantungan kepada makhluknya, justeru ketentuannya adalah semata-mata atas sifatNya yang Maha Adil.

Allah yang Maha Adil itulah Tuan seluruh makhluk, manakala kita ini semuanya adalah hamba. Bagi mengetahui siapakah yang berhak dan suara siapakan yang didahulukan, maka Tuhan yang Maha Adil itu menurunkan wahyuNya dan mengutuskan pesuruhNya. Melalui wahyu dan pesuruhNya itu kita mengetahui adakalanya pemimpin lebih berhak, adakalanya rakyat lebih berhak, adakalanya satu kaum lebih berhak, adakalanya manusia lebih berhak, adakalanya haiwan lebih berhak dan adakalanya komponen alam yang tidak hidup lebih berhak. Melalui wahyu dan pesuruhNya juga kita mengetahui adakalanya suara pemerintah didahulukan, adakala suara rakyat didahulukan, adakalanya suara sesuatu kaum didahulukan, adakalanya suara manusia didahulukan, adakalanya suara haiwan didahulukan dan adakalanya suara komponen alam yang tidak hidup didahulukan.

Kesemua perkara tentang yang berhak dan tidak berhak, atau yang mempunyai suara dan tidak mempunyai suara ini termaktub secara terang dan panjang dalam ajaran Islam. Pada pandangan saya inilah konsep sebenar Ketuanan Islam iaitu Ketuanan Allah secara mutlak ke atas hamba-hambaNya.

Friday, August 27, 2010

Bukan Islam Masuk Masjid: Siapa yang Jahil?

Persoalan berkaitan dengan hukum golongan bukan Islam masuk ke masjid bukan sekadar telah dibincangkan panjang lebar oleh para fuqaha Islam di dalam kitab-kitab Fiqh, bahkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1 Mac 2010 sendiri telah mengeluarkan fatwa seperti berikut:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang."

Berdasarkan fatwa tersebut maka seseorang bukan Islam harus masuk dengan keizinan pengurusan masjid atau surau dengan berpakaian sopan. Demikian toleransi yang terdapat dalam Islam tidak seperti yang difahami oleh mereka yang berfahaman nasionalis.

Menyedari telah adanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, maka kenyataan Pengarah JAIS berhubung seorang wakil rakyat bukan Islam masuk ke sebuah surau di Serdang menyerlahkan kejahilannya berhubung dengan hukum-hakam Islam. Mungkin juga tindakan beliau menghalang wakil rakyat bukan Islam itu lebih bermotifkan politik. Jika demikian, beliau sepatutnya tidak menggunakan platform JAIS itu untuk tujuan politik sempit, apalagi menyalahi ketetapan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saturday, July 31, 2010

Taysir al-Ziwaj: Pengurusan Nafsu Dalam Islam

Sesungguhnya Islam merupakan sebuah cara hidup yang menepati fitrah kehidupan manusia. Sebagai seorang manusia, secara fitrahnya dikurniakan nafsu shahwat oleh Allah untuk melangsungkan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di atas mukabumi ini. Firman Allah swt:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِ‌ۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

Mafhumnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga) (Ali Imran:14).

Menyedari betapa perlunya nafsu shahwat sebagai memenuhi fitrah manusia, maka Islam yang diturunkan oleh Allah swt tidak bertujuan untuk menghapuskan nafsu shahwat tersebut, sebaliknya mengkehendaki manusia menguruskannya supaya menepati perintah-perintah Allah dan meninggalkan larangan-laranganNya. Pengurusan nafsu shahwat inilah merupakan antara tujuan diwajibkan berpuasa dan mereka yang berjaya menguruskannya menurut tatacara Islam akan mencapai darjat takwa. Sekiranya diteliti kepada ayat-ayat al-Quran berhubung dengan kewajipan berpuasa daripada ayat 183 hingga ayat 187 surah al-Baqarah, jelas sekali kewajipan puasa itu bukanlah untuk menghapuskan nafsu shahwat sebaliknya melatih supaya manusia mengawalnya. Di dalam ayat 187 Allah berfirman:

أُحِلَّ لَڪُمۡ لَيۡلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآٮِٕكُمۡ‌ۚ هُنَّ لِبَاسٌ۬ لَّكُمۡ وَأَنتُمۡ لِبَاسٌ۬ لَّهُنَّ‌ۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّڪُمۡ كُنتُمۡ تَخۡتَانُونَ أَنفُسَڪُمۡ فَتَابَ عَلَيۡكُمۡ وَعَفَا عَنكُمۡ‌ۖ فَٱلۡـَٔـٰنَ بَـٰشِرُوهُنَّ وَٱبۡتَغُواْ مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۚ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِ‌ۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِ‌ۚ وَلَا تُبَـٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمۡ عَـٰكِفُونَ فِى ٱلۡمَسَـٰجِدِ‌ۗ تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقۡرَبُوهَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ

Mafhumnya: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.

Ayat di atas merupakan satu pentunjuk yang jelas bagaimana Islam memberi perhatian yang jelas tentang pengurusan nafsu shahwat dengan menetapkan waktu-waktu tertentu dalam kehidupan manusia yang diharamkan, diwajibkan, diharuskan dan dimakruhkan melakukan persetubuhan.

Dengen pengertian yang lain, sekiranya nafsu shahwat ini tidak diuruskan dengan baik mengikut kehendak Islam, maka manusia akan terjebak dalam kehidupan yang keji dan menuju kepada kehancuran peradaban. Secara umumnya ajaran Islam telah menentukan sekurang-kurangnya lima aspek yang penting berkaitan dengan pengurusan nafsu shahwat ini iaitu:

a. Peraturan Perkahwinan
b. Penyempurnaan Ibadah Khusus
c. Pendidikan Kejantinaan
d. Kawalan Pergaulan
e. Pelaksanaan Hukum Hudud

Melalui kelima-lima aspek inilah nafsu shahwat manusia boleh diuruskan dengan baik dan mengelakkan mereka daripada perlakuan keji.

Dalam membincangkan isu yang berkaitan dengan wabak zina, rogol dan pembuangan bayi dalam masyarakat hari ini, kertas cadangan ini akan memberi tumpuan kepada aspek yang pertama iaitu bagaimana Peraturan Perkahwinan dalam Islam boleh dijadikan agenda yang besar ke arah mengurangkan seterusnya mengatasi wabak ini. Cadangan ini akan melihat aspek Peraturan Perkahwinan ini dengan menekankan kepada kecederungan Islam untuk menyenangkan urusan perkahwinan (Taysir al-Ziwaj). Firman Allah swt:

وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡ‌ۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬

Mafhumnya: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui (al-Nur:32).

Dan juga Sabda Rasulullah saw dari Abdullah bin Mas`ud:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Mafhumnya: Wahai pemuda,sesiapa sahaja daripada kamu yang mempu untuk berkahwin,hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Dan sesiapa diantara kamu yang tidak mampu,maka hendaklah dia berpuasa,kerana ia boleh menjadi perisai (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan kepada kecenderungan Islam untuk menggalakkan perkahwinan sebagai jalan keluar daripada pebuatan keji, maka sewajarnya dicadangkan satu amalan perkahwinan yang boleh menghindarkan golongan muda daripada zina seterusnya melakukan pembuangan dan pembunuhan bayi, iaitu Nikah Khitbah (Nikah Gantung).

Wednesday, June 30, 2010

Bapaku Seorang yang Sungguh Amanah

Kita selalu dipaparkan dengan kisah-kisah berkaitan dengan jenazah golongan yang dirahmati oleh Allah. Semoga kita juga diberikan kemuliaan oleh Allah seperti apa yang berlaku ke atas mereka. Di sini aku ingin berkongsi pengalaman semasa menguruskan jenazah ayahandaku yang meninggal dunia lebih dua bulan lalu, semoga beliau turut digolongkan Allah ditempat golongan yang soleh. Ayahandaku hanyalah seorang imam kampung dan ustaz sekolah rendah. Akan tetapi sewaktu hari kematiannya aku dapat melihat kemudahan dan kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Beliau meninggal dunia di luar bilik air setelah berwuduk untuk mendirikan solat Subuh. Sejak bulan Julai 2009 yang lalu, beliau telah memohon berhenti menjadi Imam disebabkan tidak lagi mampu berjalan dengan baik dan memerlukan kerusi roda dan bertongkat. Demikianlah beliau ke bilik air, terpaksa menggunakan sokongan tersebut. Sewaktu beliau jatuh di luar bilik air, lengannya telah tergesel dengan sesuatu (kerusi roda) dan berdarah.

Jenazah beliau telah dihantar ke hospital dan doktor mengesahkan beliau telah meninggal sewaktu jatuh tersebut. Aku hanya sempat melihat jenazah beliau selepas dibawa pulang dari hospital, dan aku lihat mukanya begitu tenang dan berseri seperti orang yang sedang tidur. Beberapa guru sekolah rendah di kampungku yang datang menziarah kami turut menyatakan kepada adik iparku selepas beberapa hari, muka jenazah ayahandaku bercahaya. Jenazahnya kemudian telah dimandikan oleh aku sendiri sebagai anak lelaki tunggal selepas zolat Zuhur iaitu kira-kira 8 jam setelah beliau menghembuskan nafas terakhir.

Bilamana aku membuka penutup jenazah, aku lihat luka ditangannya masih mengeluarkan darah dan jenazahnya kelihatan berpeluh sedangkan tubuhnya seperti jenazah-jenazah yang lain sejuk. Sewaktu memandikan jenazahnya, semuanya berlaku dengan begitu mudah. Sepertimana biasa sewaktu memandikan jenazah, kita perlu mengurut perut si mati untuk mengeluarkan najis-najis yang masih tertinggal. Setelah aku memperlakukannya ke atas jenazah ayahandaku, tiada apa-apa yang keluar.

Seorang pembantuku yang juga imam sebuah surau berhampiran menyatakan jenazah Ustaz ni memang telah sedia bersuci sebelum menghadapi kematian sebab itu tidak banyak yang perlu dilakukan semasa memandikan jenazahnya. Jenazah kemudiannya di bawa ke masjid untuk disembahyangkan dan kemudian ke tanah perkuburan berhampiran. Kesemuanya berlaku dengan begitu mudah dan lancar di samping cuaca yang baik. Bagaimanapun hujan mulai turun sewaktu kuburnya dikambus dan doa dibacakan.

Semasa memilih tapak kuburnya, pihak pengurusan kubur bertanya kepadaku di mana kawasan yang handak dipilih. Aku menunjukkan kawasan yang paling hampir dipintu masuk kawasan perkuburan, iaitu berhampiran dengan kubur datuk dan nenek ayahandaku dan juga kuburnya adikku (yang meninggal sewaktu lahir pada tahun 1979). Kubur-kubur itu adalah kubur yang lama, kerana datuk dan nenek beliau meninggal pada tahun 1942 dan 1943. Biasanya kawasan berhampiran kubur-kubur lama itu telah penuh, tetapi dengan izin Allah tapak kubur yang digali untuk ayahandaku masih kosong.

Pada satu malam setelah beberapa minggu ayahandaku meninggal dunia aku bermimpi, ada jenazah yang hendak dikebumikan di sebelah kubur beliau. Ketika kuburnya digali, maka mereka tergali liang lahad kubur ayahandaku. Di dalam mimpiku itu, kejadian tersebut berlaku beberapa lama setelah ayahandaku meninggal. Ketika terlihat jenazah ayahandaku, kain kapannya telah reput lalu tersingkap jenazahnya yang masih dalam keadaan seperti baru meninggal dunia, malah dahi dan mukanya seperti berpeluh.

Terdetik dalam hatiku kegembiraan melihat keajaiban tersebut. Bagaimanapun aku agak terkejut bila melihat ada setompok hitam di lengan kanannya seperti terbakar, walaupun jasadnya masih elok. Tiba-tiba aku tersedar dari mimpi iaitu kira-kira pukul 4.00 pagi. Aku menganggap mimpi itu hanya permainan tidur, walaupun sebenarnya memang aku sangat berhasrat bertemu dengan ayahandaku di dalam mimpi. Beberapa hari sebelum itu aku menelaah kitab al-Tazkirah Imam Qurtubi dan telah aku tandakan satu bab yang berkaitan dengan mimpi orang yang hidup terhadap orang yang telah mati.

Keesokan harinya aku terus berfikir, mungkinkah mimpi itu ingin menyatakan sesuatu kepadaku. Kemudian aku teringat, kakakku pernah menyebut bahawa elaun Imam ayahandaku masih masuk dalam akaunnya walaupun selepas empat bulan beliau menghantar surat meletakkan jawatan. Terdetik dalam hatiku, agaknya mimpi itu ingin menyatakan ada sesuatu yang masih belum selesai berkaitan dengan urusan dunia ayahandaku. Semasa cuti sekolah yang lalu aku minta kakakku untuk mengemaskini akaun ayahandaku, dan memang benar elaun itu masih masuk sehingga bulan lalu.

Lalu aku meminta kakakku pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah memaklumkan supaya diberhentikan elaun itu dan bertanya bagaimanakah untuk memulangkan kembali elaun tersebut. Kini aku rasa bertambah terharu kerana ayahanda yang sememangnya aku kenali seorang yang sangat jujur dan amanah, seperti mengkehendaki aku tidak mengabaikan perkara yang berkaitan dengan elaun tersebut. Sewaktu beliau berkhidmat sebagai Ustaz di sekolah, sifat jujur dan amanah beliau begitu terserlah sehingga boleh dikira sangat sedikit beliau mengambil cuti.

Beliau akan meredah hujan dan panas dengan bermotosikal untuk ke sekolah sehinggalah beliau bersara. Beliau tidak mahu membeli kereta kerana baginya duit yang ada boleh diguna untuk keperluan yang lain, walaupun beliau mempunyai bukan sekadar lesen memandu kereta bahkan lesen memandu lori besar. Sepanjang pengetahuanku beliau jarang-jarang mengambil cuti sakit kecuali jika beliau mengalami sakit yang amat berat dan tidak berkemampuan ke sekolah.

Beliau pernah menyatakan kepadaku supaya jujur dan amanah, disebabkan kita dibayar gaji oleh dana awam (rakyat). Pernah satu ketika beliau memberitahu aku, Allah seolah-olah memberi balasan 'cash' kepada kami sekeluarga disebabkan Ayahandaku mengambil cuti untuk menghadiri satu perbicaraan menyaman RISDA di Kuala Lumpur. Sewaktu ayahandaku di Kuala Lumpur, rumahku telah dilanda ribut dan atap ruang tamu rumahku telah diterbangkan angin.

Bila ayahandaku pulang, beliau seperti sudah bersedia untuk menerima hakikat tentang kejadian itu. Beliau memberitahuku, sepanjang berada di Kuala Lumpur beliau merasa seperti bersalah kerana mengambil cuti meninggalkan urusan persekolahan. Tambahnya lagi, bencana ini adalah kaffarah kepada kesalahan beliau. Selepas itu sifat jujur dan amanahnya semakin bertambah sepertimana yang dinyatakan tadi. Jikalau beliau sekadar sakit-sakit ringan, beliau tetap akan ke sekolah.

Sikap kesederhanaan dan berhemah beliau, menyebabkan beliau tidak pernah berhutang termasuklah dalam membeli barangan keperluan rumah dan perabot, apalagi terlibat dengan riba. Sebaliknya beliaulah yang selalu memberi hutang kepada mereka yang memerlukan. Ketika memberi hutang, beliau akan selalu meletaakkan syarat, "Jika aku atau kamu meninggal dunia sebelum hutang ini dilangsaikan, maka hutang-hutang ini aku halalkan". Setelah beliau meninggal dunia, beliau meninggalkan sejumlah wang yang tidak sedikit dalam akaunnya, walaupun beliau bukanlah berpendapatan besar.

Sewaktu akhir 70an dan awal 80an, beliau turut menjual kain di sekitar kawasan sekolahnya dengan pergi dari rumah ke rumah. Kemudian telah dilaporkan kepada Nazir Pelajaran Daerah, bapaku terlibat dengan aktiviti perniagaan sampingan di luar waktu kerja. Selepas dipanggil oleh Nazir tersebut, bapaku tidak lagi menjual kain, dan mereka yang membeli kain itu secara berhutang telah dihalalkan olehnya. Sememangnya beliau suka membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.

Bagaimanapun, beberapa ketika sebelum beliau meninggal dunia, beliau menceritakan kepadaku bahawa beliau berbuat demikian kerana maksud dakwah. Beliau menyatakan, Pegawai Daerah Hulu Selangor memintanya. "Ustaz, pergilah masuk ke kampung-kampung sekitar dan bawalah bersama kain putih (telekong kerana penduduknya tidak mendirikan solat). Lalu ayahandaku masuk ke kampung-kampung itu dan pergi dari rumah ke rumah menjual kain di samping mengajar penduduk-penduduknya supaya mendirikan solat.

Dihujung-hujung usianya beliau banyak memenuhi hari-hari tuanya dengan membaca al-Quran dan berzikir. Sebelum tidur beliau akan membaca beberapa surah, berzikir dan kemudiannya tidur dalam keadaan bersuci. Beliau juga sentiasa diziarahi oleh orang-orang kampung untuk meminta nasihat dan pandangan. Malam sebelum beliau meninggal dunia, beliau sibuk menulis zikir-zikir dan doa-doa seperti yang diminta oleh seorang Imam muda di surau berhampiran.

Ketika aku pulang baru-baru ini, aku di datangi oleh seorang orang berpengaruh di kampungku. Beliau meminta kebenaranku untuk memperelokkan kubur ayahandaku, katanya "inilah yang dapat kami lakukan sebagai mengenang jasa ayahandaku". Aku menginzinkan tetapi tidak dibuat secara berlebihan, tidak membina binaan seumpama bangunan (sekadar untuk mengelakkan tanah mendap) dan tidak mengambil tapak kubur orang lain.

Sebenarnya, sewaktu kubur beliau dikambus, masih banyak tanah yang berlebihan dan tanah-tanah itu tidak mendap sehingga hari ini walaupun kuburnya terdedah kepada hujan dan panas. Hampir setiap kali aku pulang ke kampung, aku akan menziarahi kuburnya, dan semoga Allah mengangkat darjat ayahandaku di sisiNya sepertimana hamba-hambaNya yang dikasihi.

Tuesday, June 29, 2010

Judi adalah Pemerasan, Penindasan dan Korupsi

Pengharaman arak dan judi sepertimana larangan di dalam al-Quran dan al-Sunnah sememangnya diperakui kewajarannya oleh seluruh manusia yang berakal. Hanya manusia yang tidak sempurna keperibadiannya terjebak dengan aktiviti tidak bermoral ini. Pada ketika yang sama segolongan manusia yang rakus pula mengambil kesempatan daripada peribadi-peribadi yang runtuh ini untuk mengembangkan lagi empayar perniagaan mereka. Golongan pemodal yang bergiat dengan ‘perniagaan dosa’ ini lazimnya di sokong pula oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan. Manakala rakyat teramai tidak mendapat manfaat daripada kegiatan-kegiatan seumpama ini.

Kedua-dua arak dan judi adalah barah terhadap masyarakat sehingga berupaya meruntuhkan sesebuah peradaban. Bagaimanapun, perbahasan para ulama berkaitan hukum-hukum pemerintahan lazimnya membezakan kaedah pelaksanaan pengharaman arak dan pengharaman judi dalam masyarakat. Di bawah pemerintahan Islam, terdapat pandangan ulama yang membenarkan pemerintah Islam mengeluarkan permit kepada rakyat bukan Islam untuk meminum arak dalam keadaan yang terkawal dan tidak berlebihan. Malah terdapat satu pandangan dalam mazhab Hanafi yang membolehkan cukai dikutip daripada kegiatan berkaitan dengan meminum arak.

Demikian juga makanan dan minuman yang diharamkan oleh Islam tetapi tidak dilarang kepada penganut agama yang lain, pemerintah Islam boleh memberikan permit kepada mereka untuk mengambilnya seperti daging babi dan darah binatang. Kebenaran itu diberikan selagi tidak mendatangkan keburukan kepada golongan masyarakat yang lain dan dibenarkan hanya untuk memenuhi hak mereka sebagai rakyat di bawah pemerintahan Islam. Sekiranya kegiatan meminum arak, memakan daging babi dan seumpamanya menyebabkan keburukan kepada orang lain maka kegiatan itu tidak harus dibenarkan.

Adapun berkaitan dengan pengharaman judi, kaedah pelaksanaannya di bawah pemerintahan Islam adalah berbeza. Pengharaman judi turut dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebagaimana haramnya rasuah dan salahguna kuasa. Kaedah ini terpakai bukan hanya bersandarkan kepada argumen semua agama melarang kegiatan perjudian, tetapi lebih daripada itu disebabkan kegiatan ini adalah satu bentuk pemerasan, penindasan dan korupsi. Dengan pengertian lain, kegiatan perjudian bukan mendatangkan keburukan hanya kepada pelakunya, tetapi menzalimi sebahagian manusia yang lain di samping mendatangkan keburukan kepada ahli masyarakat teramai.

Seorang bekas penasihat ekonomi Presiden Ronald Reagan, Earl Grinols menyatakan bahawa bebanan kos sosial tahunan yang disebabkan oleh aktiviti perjudian kepada rakyat teramai sebenarnya menyamai pendapatan yang hilang bila berlakunya kemelesetan ekonomi setiap tujuh dan lapan tahun. Pandangan beliau ini telah dibuktikan oleh banyak kajian, menunjukkan kegiatan perjudian ini bukanlah satu sumber pendapatan negara, sebaliknya membawa kepada kerugian. Seorang tokoh penentang judi di Amerika Syarikat, Tom Grey menyatakan rakyat Amerika tidak lagi percaya kepada andaian bahawa perjudian adalah satu kegiatan membangunkan ekonomi dan sumber pendapatan yang subur kepada negara.

Oleh yang demikian, kegiatan perjudian sama ada yang berlesen atau tidak, kedua-duanya perlu dibasmi kerana akan menyebabkan kos sosial yang boleh menjadi sumber kemelesetan ekonomi sesebuah negara. Nevada adalah sebuah negeri di Amerika Syarikat yang paling giat melaksanakan kegiatan perjudian, iaitu mempunyai lebih daripada 266 kasino. Salah sebuah bandarnya yang terkenal dengan kegiatan ini ialah Las Vegas. Dalam satu pendedahan yang dilakukan oleh SPG Foundation mendapati, Nevada adalah negeri yang paling tidak selamat diduduki di Amerika Syarikat.

Menurut pendedahan tersebut juga, Nevada adalah negeri yang paling tinggi kadar bunuh diri, perceraian, pelacuran, pembunuhan ke atas wanita dan ketagihan judi. Pada bulan Mei yang lalu satu laporan yang di keluarkan oleh United States Dapartment of Labor menyebut bahawa, Nevada mempunyai kadar pengangguran yang paling tinggi di Amerika Syarikat iaitu sebanyak 14%. Kesemua fakta-fakta ini menjelaskan bahawa kegiatan perjudian merupakan bebanan yang besar kepada ekonomi sesebuah Negara, malah ia boleh menyebabkan masyarakat dalam Negara tersebut tidak lagi mengecapi keharmonian hidup.

Menurut Earl Grinols lagi yang juga merupakan Professor Ekonomi di University of Illinois, kegiatan perjudian akan membebankan masyarakat teramai dengan kos sosial berkaitan dengan peningkatan jenayah, kerugian terhadap perniagaan disebabkan pekerja tidak produktif, penigkatan kadar muflis, peningkatan bunuh diri, kemerosotan kesihatan, keruntuhan institusi keluarga dan lain-lain. Kesemua kos ini akan ditanggung bukan sahaja oleh penagih-penagih judi sebaliknya seluruh rakyat. Oleh sebab itu, Earl Grinols menyebutkan sebelum ini, kegiatan perjudian bukanlah sumber pendapatan sebaliknya ancaman kepada kemakmuran eknonomi.

Sebenarnya yang memperolehi keuntungan daripada sumber kegiatan perjudian ini adalah para pemodalnya atau taukeh-taukeh judi. Selain daripada mereka, yang turut mendapat tempiasnya ialah ahli-ahli politik yang berselindung memberi kelulusan kepada kegiatan penindasan dan pemerasan seperti ini. George Washington pernah berpesan, “Jauhilah perjudian. Kegiatan ini adalah sumber kepada segala kejahatan yang lain, menyebabkan keruntuhan moral dan kemusnahan kesihatan kepada penagihnya. Judi adalah anak kepada ketamakan, abang kepada ketidakadilan dan bapa kepada salahguna kuasa”.

Sunday, May 09, 2010

Dedikasi Buat Semua Para Ibu
(Teristimewa Buat Ibuku, Isteriku, Ibu Mertua dan Kakak Sulungku)

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

( 1 )Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

( 2 )Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Monday, April 19, 2010

Semoga Zaid Ibrahim Mencontohi Abu Mihjan (r.a.)

Kisah Abu Mihjan ini pertama kali saya dengar ketika mengikuti kuliah Dr Abd Aziz Hanafi yang mengupas Tafsir Fi Zilal al-Qur'an. Sebagai seorang ulama yang hebat, Dr Abd Aziz Hanafi mengambil masa yang agak lama sekadar untuk mengupas mukadimah kitab ini. Salah satu kupasan yang menarik apabila beliau menjelaskan tentang hadith: "sesungguhnya Allah menolong agama Islam ini dengan lelaki yang melakukan dosa". Dalam mengupas hadith ini, beliau menjelaskan tentang peristiwa seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abu Mihjan r.a. yang merupakan peminum arak tegar.

Dalam peperangan al-Qadisiyyah melawan tentera Farsi yang dipimpin oleh panglima tenteranya yang terkenal Rostum, Abi Mihjan telah turut sama untuk mengejar shahid. Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Sa`ad bin Abi Waqqas r.a. Setelah berperang beberapa ketika, sewaktu tentera Islam berehat, Abu Mihjan telah mengambil kesempatan untuk minum arak. Lalu beliau ditangkap oleh tentera Islam dan dihadapkan kepada Sa`ad bin Abi Waqqas. Dengan merujuk kepada hukum hudud, Sa`ad telah menetapkan bahawa Abu Mihjan akan dijatuhkan hukuman sebat sejurus dia sedar daripada mabuknya.

Lalu Abu Mihjan telah dikurung sementara menanti hukuman, manakala tentera Islam pimpinan Sa`ad mara ke medan meneruskan peperangan. Peperangan yang meletus begitu hebat sehingga tentera Islam telah terkepung di tengah-tengah tentera Farsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, beliau menyedari tentera Islam telah mara ke Medan, lalu beliau meminta kepada isteri Sa`ad bin Abi Waqqas untuk dilepaskan agar boleh menyertai tentera Islam untuk meneruskan jihad. Pada awalnya isteri Sa`ad berat untuk melepaskannya, tetapi setelah Abu Mihjan berjanji akan kembali semula untuk menerima hukuman, beliaupun dilepaskan.

Di tengah-tengah kepungan tentera Farsi itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda yang menutup muka, merempuh kepungan tentera Farsi tersebut. Tentera itu sangat hebat dan pantas, sehingga berjaya memecahkan kepungan tentera Farsi tersebut. Setelah selesai pertempuran hari itu, tentera-tentera Islam yang kembali bercerita antara satu sama lain tentang kehebatan tentera berkuda tersebut. Lalu salah seorang daripada mereka menyebut kemungkinan Allah swt telah mendatangkan pertolongan dari kalangan tentera Malaikat. Apabila Sa`ad mendengar kata-kata tersebut, beliau menyatakan: "dia bukan tentera Malaikat kerana kuda yang ditunggangnya adalah kuda aku".

Sa`ad Ibn Waqqas seterusnya mengkhabarkan bahawa tentera berkuda itu adalah Abu Mihjan yang menanti hukuman hudud kerana meminum arak. Kisah ini dapat dibincangkan oleh para ulama berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud semasa perang. Terdapat beberapa riwayat yang menyebut Abu Mihjan kemudiannya telah dilepaskan daripada hukuman itu, dan beliau telah bertaubat untuk tidak lagi meminum arak. Janji Abu Mihjan itu telah ditunaikan, apabila beliau tidak lagi meminum arak sehingga kematiannya. Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua, dan harapan kita Zaid Ibrahim akan mencontohi Abu Mahjan r.a.

Sunday, April 11, 2010

Bapaku Guruku (Hj Marzuki bin Ali 1937-2010)

Hari ini telah lima hari bapa kesayanganku meninggalkan dunia yang fana ini. Masih terngiang-ngiang panggilan telefon dari kakakku memberitahu dengan cemas, abah jatuh di luar bilik air selepas mengambil wudu' untuk mendirikan solat subuh. Ketika itu aku menyangkakan hanya tergelincir biasa. Lalu aku menghubungi ibuku di kampung. Ibuku dengan cemas menjawab, "Baliklah cepat, abah baru lepas jatuh. Bila dipanggil dia tidak lagi menjawab", sambil menangis teresak-esak. Aku terus bergegas menyuruh isteriku berkemas untuk pulang segera, meskipun anak-anakku telah bersiap untuk ke sekolah.

Dengan hati yang penuh berdoa supaya abah tidak mengalami kecederaan yang serius, aku terus memecut keretaku sehingga 160 km/sejam. Perjalanan yang mengambil masa sejam lebih, dan akhirnya aku sampai di halaman rumah. Aku lihat beberapa sahabat bapaku Cikgu Shafie, Pakcik Khalid (Tukang Gunting) dan lain-lain sedang mundar-mandir di hadapan rumah. Sesampaiku di depan pintu rumah anak-anak saudaraku yang belum lagi mengenal erti hidup keluar menyatakan Datuk mereka telah meninggal dunia. Seperti masih tidak mempercayai berita itu, lalu aku bertanya kepada ibuku. Ibuku menjawab, "abah sudah tiada".

Abah bukan sekadar bapaku tetapi juga guruku. Daripadanya aku mempelajari kewajipan yang terpenting bagi seseorang Muslim iaitu solat, sehinggalah kepada perkara-perkara remeh berkaitan kehidupan seharian. Beberapa minggu yang lalu, abahku telah menyuruh aku untuk menebang pokok Kulim yang dikatakan menghalang tumbesaran pokok durian di dusunku. Beliau mengajarku beberapa cara untuk menebang pokok iaitu melihat bahagian mana yang rimbun dan menakuk pokok secara bertentangan dengan paras yang berbeza sedikit. Paras yang lebih rendah hendaklah ke arah bahagian yang rimbun.

Lalu aku melaksanakan pemintaannya, dan memulakan penebangan setelah lebih 25 tahun tidak membuat kerja-kerja kampung seperti ini. Ketika itu beliau yang tidak boleh berjalan dengan sempurna disebabkan anggota kakinya yang telah lemah hanya duduk di dalam kereta. Ketika aku sedang bertungkus-lumus menakuk pokok Kulim itu, isteriku berada di samping beliau. Menurut isteriku, abah berkata, "dari bunyi tetakan yang aku lakukan, jelas sekali cara aku menakuk pokok itu salah". Bagaimanapun akhirnya pokok itu tumbang juga, dan hari itu kamipun berulamkan pucuk kulim. Bagiku itu juga satu ilmu yang diturunkan dari bapaku.

Bapaku dilahirkan dari sebuah keluarga yang susah, merantau dari daerah Bengkulu di Sumatera. Bapanya dan Ibunya dilahirkan di sana. Bapaku dilahirkan pada 30 Julai 1937 di Sungai Pagi, Sungai Selisek, Hulu Selangor. Sewaktu Perang Dunia Kedua, beliau dan keluarga di bawa berlindung oleh bapanya di sebuah kawasan hutan di Kelan, Behrang, Perak sehinggalah diisytiharkan darurat pada tahun 1948. Pada masa darurat, British telah mengarahkan supaya kawasan-kawasan seperti ini dikosongkan, lalu keluarga beliau kembali semula ke Sungai Pagi. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Sungai Selisek, Hulu Selangor.

Menjelang 1950, beliau menyambung pengajian di Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah. Pondok tersebut dipimpin oleh Tuan Guru Pak Cu Him (Tuan Guru Haji Ibrahim) yang berasal dari Petani. Beliau belajar di sana hampir lima tahun. Kemudian beliau menyambung pengajian di Madrasah al-Sa`diyah di Temoh, Perak, di bawah bimbingan Kiyai Haji Salleh Abdul Rahman sehingga memperolehi Rabi' Thanawi. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Guru Agama di Sekolah Kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran dengan ditempatkan di beberapa sekolah di daerah Hulu Selangor, antaranya Felda Gedangsa dan Kuala Kubu Baharu.

Kemudian beliau telah bertukar dari Kementerian Pelajaran untuk diserapkan sebagai Guru Agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau berkhidmat di beberapa buah sekolah seperti di Sungai Selisek dan terakhirnya di Gesir Tengah. Selain daripada itu beliau turut mengajar di masjid-masjid dan surau-surau. Bagi mengenang sumbangan beliau, beliau telah dianugerahkan Tokoh Guru daerah Hulu Selangor pada tahun 2007. Pada subuh 7 April yang lalu, beliau telah kembali menemui Tuhan Rabb al-Jalil, meninggalkan Ibuku dan kami empat beradik (seorang lelaki dan tiga perempuan). Dialah bapaku dan guruku.

Wednesday, April 07, 2010

سنلتقى في الجنة انشاءالله

شعرت خزنا عميقا
وصلت خبرا مفاجئا
توفي ابي صبحا
بعد ثوضاء طهورا
سنلتقي في الجنة
انا و انت يا ابي

ابي اسمه مرزوقي بن علي الفليمباني
ولد في 30 يوليو 1937
دخل درسة الاولى في المدرسة الملايوية
ثم وصل درسته في المدرسة الدينية كاجه ماتي في قدح مليزيا
درس ثخت توان كورو فاء جو هيم لمدة اربع سنوات
ثم دخل المدرسة الدينية في تموه فيراق
حصل بالشهدة ربيع الثنوي
كان يستخدم معليما حتى 29 يوليو 1994

Tuesday, March 02, 2010

العمل الإسلامي الجماعي

فالعمل الجماعي للإسلام ضرورة وفريضة ،ضرورة بشرية وفريضة شرعية ؛ فهو ضرورة بشرية لأن الإنسان قليل بنفسه كثير بإخوانه ، والعالم كله يسعى للتكتلاتالسياسية والاجتماعية والاقتصادية ، وهو فريضة شرعية حيث حثنا الله ورسوله على الجماعة والاتحاد، ولا يتصور جماعة بغير تنظيم وتنسيق بين الجنود والقيادة والتخطيط لتحقيق الأهداف والغايات .
يقول فضيلة الشيخ الأستاذ الدكتور يوسف القرضاوي في كتابه القيم (الحل الإسلامي ... فريضة وضرورة ):
( العمل الجماعي ضرورة ، لأن هذا ما يفرضه الدين والواقع معًا:
(أ) فالدين يأمرنا بالاتحاد والتعاون على البر والتقوى، وهذا من أخص أعمال البر والتقوى وأهمها وأشدها خطرًا.
(ب) والقرآن يُطالبنا فيقول: (ولْتَكُنْ منْكمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إلَى الخَيْرِ ويَأْمُرُونَ بالْمَعْرُوفِ ويَنْهَوْنَ عَنِ المُنْكَرِ، وأُولَئِكَ هُمُ المُفْلِحُونَ). (آل عمران: 104)
والأمة ليست مجموعةَ أفراد مُتناثرين ولا مجرد جماعة، جاء في تفسير المنار:
"والصواب أن الأمة أخصُّ من الجماعة، فهي الجماعة المُؤلفة مِن أفراد لهم رابطةٌ تضمهم ووحدة يكونون بها كالأعضاء في بنْية الشخص".
(ج) والقاعدة الشرعية تُقرر: "أن ما لا يتمُّ الواجب إلا به فهو واجب"، وإقامة مجتمع إسلامي تحكمه عقيدة الإسلام وشريعته، أمر واجب، ولا سبيل إلى تحقيق هذا الواجب إلا بجماعة وأمة.
(د) والواقع يُرينا أن المرء قليل بنفسه كثير بإخوانه، وأن جهود الأفراد مهما توافر لها من إخلاص، لا تستطيع أن تُؤثر التأثير المطلوب لتحقيق الهدف المنشود؛ لأنها ضعيفة الطاقة، محدودة المدى، وقْتية التأثير. وقد يكون الأفراد كثيرين، ولكن تعدد الاتجاهات، واختلاف المسالك، وفقدان الربط والتنسيق بين العاملين، يُبعثر الجهود ويضعف من تأثيرها. أما العمل الجماعي، فيضم الجهود بعضها إلى بعض، وينسق بينها ويوجهها إلى خدمة الهدف المقصود، ويجعل من اللَّبنات الضعيفة بمفردها بُنيانًا مرصوصًا يشدُّ بعه بعضًا .
(هـ) وإذا نظرنا إلى القوى المُناوئة للإسلام ـ على اختلاف أسمائهم وأهدافها ووسائلها ـ وجدناهم يعملون في صورة جماعاتٍ وتكتُّلات وأحزاب وجبهات، ولا يُقبل ـ في ميزان الشرع لا العقل ـ أن يُقابل الجهد الجماعي المنظم، بجهود فردية مُبعثرة، وإنما يُقابل التكتل بتكتُّل مثله أو أقوى منه، ويُقابل التنظيم بالتنظيم، كما قال أبو بكر لخالد: حاربْهم بمثل ما يُحاربونك به السيف بالسيف، والرمح بالرمح، والنَّبْل بالنبل.
وإلى هذا يُشير قوله ـ تعالى ـ: (والذينَ كَفَرُوا بعْضُهُمْ أولياءُ بعضٍ، إلاَّ تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرضِ وفَسَادٌ كَبِيرٌ). (الأنفال: 73).. أيْ: إنْ لم يُوالِ بعضكم بعضًا: وينصر بعضكم، كما يفعل الكفار، تحدث الفتْنة والفساد، لاتِّحادهم وتفرُّقكم وتناصُرهم وتَخاذُلكم.
ضرورة التنظيم:
ولابد للعمل الإسلامي المثمر مِن التنظيم، فلا يكفي أن يكون جماعيًّا حتى يكون مُنظمًا، بل لا يكون جماعيًّا حقيقة إلا بتنظيم. والتنظيم يعْنِي وُجود قيادة مسئولة، وجُندية مطيعة، ونظام أساسي يُنظم العلاقات بين القيادة والجنود، ويُحدد المسئوليات والواجبات، ويبين الأهداف والوسائل، وجميع ما تحتاج إليه الحركة في إدارة أجهزتها. وأكتفي هنا بالحديث عن عنصري القيادة والجندية.
القيادة المسئولة:
والإسلام يحرص على التنظيم في كل شيء، حتى في الأمور العادية المُتكرِّرة مثل السفر، وفي الجماعة الصغيرة التي لا يَزيد عددها على ثلاثة ففي الحديث النبوي: "إذا كُنتم ثلاثة فأمِّروا أحدَكم". وهذا رمز إلى التزام التنظيم فيما هو أعظم وأكبر مِن الرفْقة في السفر، وفيما هو أكثر عددًا وأرفع شأنًا مِن ثلاثة من المسافرين.
متى تكون القيادة شرعية؟
ولا تكون القيادة شرعيةً حقًّا إلا إذا جاءت نتيجة الاختيار الحُرِّ والبيْعة الصحيحة، لا بالضغط ولا بالمُناورات.
والأصل في القيادة أن تكون فرديةً، فهذا هو المُوافق لظاهر النصوص والسوابق الإسلامية، وهو الذي يجعل للقيادة سرعة الحركة، والقدرة عل تصريف الأمور.
ولكن لا مانع في بعض الظروف مِن وجود قيادة جماعية، خروجًا مِن خلاف واقع أو تفاديًّا لنِزاع يُتوقع، أو ترقُّبًا لقائدٍ قوي، أو نحو ذلك من الاعتبارات، التي قد تُوجبها الضرورات، فتقدر بقدْرها، ولا داعي للانفعالات والتشنجات ضد القيادة الجماعية، إذا اقتضتها المصلحة في بعض الأحيان. فقد أجاز الفقه الإسلامي إقرار إمامة غير المجتهد، بل إمامة الفاسق، وإمامة المُتغلب إذا كان مِن وراء الإقرار مصلحة أكبر، وخِيف مِن جرَّاء الرفض مفسدة أعظم. وحيثُ تتحقق المصلحة فثَم شرْع الله .
والقيادة الشرعية هي التي تتخذ الشورى قاعدة لها فيما ليس فيه نص ثابت صريح مُلزم لا معارض له، وفيما له طبيعة الأمر العام الذي يَهُمُّ جميع الناس أو جُمهورهم، وهو الذي جاء فيه قوله ـ تعالى ـ في سورة الشورى: (وأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ). (الشورى: 38)، وفي سورة آل عمران: (وَشَاوِرْهُمْ في الأَمْرِ). (آل عمران:159).
وهي التي تنزل عن رأيها إلى رأي الأكثرية مِن أنصارها ورجالها، وإن خالَف في ذلك مَن خالف مِن الفقهاء قديمًا ومن الدعاة حديثًا، فالرأْي الأرجح الذي يطمئن إليه القلب إن الشورى مُلزمة .
الجندية المطيعة:
والجندية التي تعنيها هي التي تُنفذ ما تؤمر به، ومُلتزمة طاعة القيادة في اليسر والعسر، والمَنْشط والمكْره مُتنازلة عن رأيها الفردي لرأي الجماعة. ما لم يكن مَعصية بيقينٍ فلا طاعة حينئذ لمَخلوق في معصية الخالق.
وإنما قلنا" معصية بيقينٍ"؛ لأن هناك أمورًا مُختلَفًا فيها بين الحِلِّ والحُرْمة، وفيها أكثر من رأي فلا يجوز للفرد أن يتصلَّب فيها، ويتمسك برأيه الشخصي إذا ألزمته الجماعة بغيره.
هَبْ أن الحركة طلبت إلى شاب من أبنائها ألا يُعفي لحيته؛ لأنه في موقع ترى من المصلحة للدعوة التي يحملها ألا يظهر بهذا المظهر المميز الذي يجلِب عليه شرًّا، أو يعوقه عن الإنتاج للحركة، أو يُسلط عليه أضواء قد تضر به وبدعوته. أو غير ذلك. وفِقْهُ الحركة في ذلك أن هناك مِن العلماء مَن قال بكراهية حلْق اللِّحْيَةِ، ومنهم ـ وهم الأكثر ـ مَن قال بحُرمته.. فإذا أخذت برأي مَن يقول بالكراهية فقط، فإن الكراهية تزول بأدنى حاجة. فكيف إذا كانت هذه الحاجة مصلحة الدعوة والجماعة؟.
وقد يكون الأمر حرامًا في ظاهره، ولكن يَضطر الإنسان إليه، تفاديًّا للوقوع في مُحرم أكبر، وارتكابًا لأخفِّ الضررين، وأهْون الشرَّين.
ضرورة التخطيط:
ومعنى التخطيط: ألاَّ تَدَعَ الحركة نفسها للظروف والمُصادفات تُسيرها سيْرًا عشوائيًّا اعتباطيًّا، تعمل ما لا تُريده، وتريد ما لا تعمله، وتدفع دفعًا إلى السير في غير طريقها، وإنما يجب أن تسير في خط واضح المعالم، مُحدَّد المراحل، بيِّنِ الأهداف، معلوم الوسائل . وليس هذا من التهجُّم على الغيْب، أو بالتأَلِّي على الله، أو المُعارضة للقدَر، كما قد يفكر بعض عوامِّ المتدينين، فإن الإسلام يدعو الإنسان إلى أن يأخذ من يومه لغده، ومن شبابه لهرمه، ومن صحته لسقمه، ومِن فراغه لشغله وهذا كله نظْرة إلى المستقبل.
وقد قصَّ علينا القرآن قصة يوسف ـ عليه السلام ـ وفيها تخطيط اقتصادي تمويني لمدة خمس عشرة سنةً، قام عليه النبي الكريم يوسف تفكيرًا وتنفيذًا، ولا يَضيرنا أن مصدر هذه الخطة مِن إلهام الله ليوسف وتعليمه إياه مِن تأويل الأحاديث والرؤى، فهذا لا تأثير له في الحكم المُستنبط من القصة، وهو شرعية التخطيط للمستقبل، الذي ذكره القرآن في معرض التمدُّح والامتنان.
والمُتأمل في سيرة النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ يرى أن مراحلها وخطواتها لم تمضِ ارتجالًا، ولم تتمّ اعتباطًا، بل تمتْ بعد تفكير وتدبير يُسدده الوحي عند الاقتضاء .
والتخطيط يعني التفكير الهادئ، والدراسة المستوعبة لكل عملٍ يُريد الإنسان أن يُقدم عليه حتى يَمضي فيه على هدى وبينة، ويمشي على صراط مستقيم.
ولا نجد دينًا دعَا إلى التفكير كالإسلام، الذي اعْتُبر التفكير فيه فريضةً وعبادة.
ودعا إلى دراسة كل أمرٍ ذي بال يقدم عليه المسلم، ومِن هنا جاء الأمر بالشورى والحث عليها، ووصف المُؤمنين بأن أمرهم شورى بينهم، والفرد المسلم مُطالبٌ بأن يستشير في أموره الخاصة حتى لا يندم،فكيف بالأمور الكبيرة، والشئون العامة؟
مهمة الحركة الإسلامية:
لقد أصبح من الضروري ـ إذن ـ أن تقوم في كل بلد إسلامي "حركة إسلامية" واعية شاملة، تحمل عبْء الدعوة إلى تطبيق النظام الإسلامي، وإحياء المجتمع الإسلامي، وتكوين الجيل المحمدي، الذي يُمهد السبيل للعودة إلى حكم القرآن ودولة الإسلام.
ولا شكَّ أن حركةً كهذه لابد أن تكون مُهمتها ثقيلة وخطيرة، ولا يقوم بها، ويصبر عليها إلا أُولو العزم من الرجال، الذين باعوا أنفسهم لله، ووهبوا حياتهم لنُصرة دينه، غير مُبالين بما يُصيبهم من نَصَبٍ أو بلاء في سبيل الله.
إن مهمة الإنسان في الحياة مهمةٌ كبيرة لمَن يُقدِّرها حقَّ قدْرها؛ لأنها مهمة الخلافة في الأرض والعبادة لله، والعمارة للحياة. وهى مسئولية ضخمة صوَّر القرآن ضخامتها وثِقلها حين قال: ("إنَّا عرضْنَا الأمانةَ على السمواتِ والأرضِ والجبالِ فأَبَيْنَ أنْ يَحْمِلْنَهَا وأشْفَقْنَ منْهَا وحَمَلَهَا الإِنْسانُ). (الأحزاب: 73) .
ومهمة الإنسان المسلم أعظم وأضخم من مهمة أيِّ إنسان آخر، فقد ورث المسلم تركات الأنبياء والرسل جميعًا، واختصَّ الله أمة الإسلام بالرسالة الخاتمة، والشريعة العامة الخالدة، وكلفهم ـ مع تنفيذها والعمل بها ـ تبلغيها ونشرها والدفاع عنها، وهداية العالم إليها. لتحقق بها رحمة الله للعالمين. وإنها لَتَبِعَةٌ عظيمة، ومسئولية ثقيلة، ولا غَرْوَ أنْ خاطب اللهُ صاحبَ هذه الرسالة بقوله: (إنَّا سَنُلْقِي عليكَ قولًا ثَقِيلًا).
(المزمل: 5)
نقلت من موقع للفضيلة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي

Monday, February 01, 2010

Apakah Hukum Asal Non-Muslim Menggunakan Kalimah Allah?

Pada pandangan saya sebagai ahli akademik, kita seharusnya menggunakan kemahiran menganalisis sesuatu isu dalam menangani isu yang berkaitan dengan kalimah Allah. Apabila kita menganalisis sesuatu isu, kita tidak seharusnya meneliti semua perkara dalam satu bakul, lalu membuat kesimpulan umum tentang analisis yang kita lakukan. Sesuai dengan perkataan 'analysis', kita sepatutnya mengasingkan data-data atau maklumat-maklumat mengikut kategori masing-masing, lalu dibuat pemerhatian dalam kategori-kategori yang tertentu dan disudahi dengan membuat sentesis daripada pemerhatian-pemerhatian yang dibuat. Dengan sebab itu, saya berpandangan kita juga seharusnya menggunakan perkara yang sama dalam melihat isu berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah ini. Isu yang berkaitan dengan hukum penggunaan kalimah Allah ini tidak sepatutnya dikaji dalam satu bakul dengan isu Kristianisasi di Malaysia, isu penghinaan terhadap agama Islam, isu tindakan golongan Kristian menyalahgunakan nama Allah di Indonesia, isu maslahah atau mafsadah dalam dakwah jika non-Muslim menggunakan kalimah Allah dan lain-lain, dengan saya tidak menolak kita boleh membuat sentesis setelah semua isu-isu ini dikaji dalam kategori masing-masing.

Berdasarkan kepada metodologi tersebut, kita terlebih dahulu seharusnya mengkaji isu non-Muslim menggunakan kalimah Allah ini dalam kategorinya tersendiri, iaitu apakah hukum golongan non-Muslim menggunakan kalimah Allah dalam lingkungan mereka dengan melihat dari segi nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, sejarah perkembangan bahasa Arab berkaitan dengan nama Allah itu, jaluran penggunaan nama Allah dalam agama yang termasuk sebagai Millah Ibrahim dan lain-lain. Setelah kita memperolehi kesimpulannya, maka kita boleh pula melihat isu-isu lain yang berkaitan seperti isu Kristianisasi di Malaysia, isu penghinaan terhadap agama Islam dan lain-lain. Kemudian, apabila kita telah sampai kepada kesimpulan terhadap isu-isu lain yang berkaitan, barulah kita membuat sintesis dengan memberikan satu kesimpulan umum disamping turut memberi perhatian terhadap kesimpulan-kesimpulan khusus yang telah dibuat dalam kategori-kategori masing-masing. Maka berdasarkan analisis tersebut secara kolektif PAS mengambil pendirian, iaitu golongan Kristian tidak larang menggunakan kalimah Allah dalam lingkungan mereka, tetapi sebarang penyalahgunaan, penghinaan dan pengeliruan berkaitan dengan kalimah Allah yang mulia ini secara tegas perlu ditegah. Dengan pengertian lain, tiada larangan secara mutlak dan tiada kebenaran secara mutlak.

Mari kita melihat terlebih dahulu, apakah hukum asal golongan non-Muslim khususnya ahli kitab menggunakan kalimah Allah. Sepertimana yang saya telah kemukakan sebelum ini, tidak terdapat nas-nas yang melarang mereka menggunakan kalimah Allah termasuk juga pandangan-pandangan ulama muktabar. Tindakan Rasulullah saw yang tidak melarang dan sikap 'sukuti' yang ditunjukkan oleh para ulama sejak dari zaman para sahabat menunjukkan dari segi prinsip kebebasan beragama, mereka tidak dilarang menggunakan kalimah itu dalam lingkungan mereka. Dalam konteks ini al-Quran dan al-Hadith mengambil sikap menerang dan membahaskan tentang kesalahan mereka menyekutukan Allah bukannya melarang mereka menggunakan kalimah itu. Pasti ada satu hikmah yang besar mengapa al-Quran dan Rasulullah saw menentukan pendirian sedemikian. Terlalu banyak ayat-ayat al-Quran dan riwayat berkaitan dengan pendirian Rasulullah saw yang menerang dan membahaskan kesalahan mereka menyekutukan Allah tetapi tidak melarang mereka terus menggunakan kalimah itu, antaranya ayat 61 dan 63 surah al-`Ankabut, ayat 25 surah al-Luqman, ayat 38 surah al-Zumar, ayat 87 surah al-Zukhruf dan lain-lain. Demikian juga dengan peristiwa-peristiwa sirah yang berdasarkan riwayat-riwayat yang kuat bahawa golongan non-Muslim tidak dilarang menggunakan kalimah Allah seperti peristiwa Sohifah (pemulauan terhadap Bani Hashim), peristiwa perjanjian Hudaybiyah, surat-surat Rasulullah saw kepada pemerintah-pemerintah non-Muslim dan lain-lain.

Persoalannya adakah pada ketika itu golongan non-Muslim termasuk Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah Allah secara benar? Dalam konteks ini terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa mereka tidak menggunakan kalimah Allah secara sebenarnya seperti ayat 81 surah al-Baqarah yang menyatakan golongan Ahli Kitab berkata "Allah adalah miskin", ayat 64 Surah al-Maidah yang menyatakan golongan Yahudi berkata "tangan Allah terbelengu", ayat 30 Surah al-Tawbah yang menyatakan golongan Ahli Kitab berkata "`Uzayr anak Allah dan Isa anak Allah", ayat 31 Surah al-Tawbah yang menyatakan golongan Kristian mengambil Isa sebagai Tuhan selain daripada Allah dan lain-lain ayat. Kesemua ayat-ayat ini menunjukkan bahawa golongan non-Muslim itu sememangnya telah menggunakan kalimah Allah secara salah ketika zaman al-Quran diturunkan lagi. Perkara ini telah disedari oleh Rasulullah saw, para sahabat dan para ulama sejak dahulu, justeru mereka mengambil sikap mengasak golongan Ahli Kitab ini dengan mensucikan Allah daripada sekutu-sekutu yang diadakan melalui penerangan dan perbahasan. Kepercayaan yang sama diwarisi oleh Kristian dan Yahudi sehingga hari ini, iaitu menggunakan kalimah itu secara salah. Menyedari hakikat itu, tindakan yang seharusnya kita lakukan ialah menerang dan membahaskan sebagai usaha mensucikan kepercayaan mereka, bukannya melarang sepertimana tindakan yang telah diambil oleh al-Quran sendiri dan pendirian Rasulullah saw.

Para ulama Islam sejak berzaman juga menyedari bahawa golongan Ahli Kitab ini telah menggunakan kalimah Allah secara salah. Lihat sahaja perbahasan para Ulama tentang ayat 5 surah al-Maidah berkaitan dengan halalnya sembelihan Ahli Kitab. Ketika saya di UK, saya pernah berbincang tentang sembelihan Ahli Kitab dan sebahagian dari sahabat-sahabat saya mengambil pendirian boleh memakan daging-daging yang dibeli di Somerfield, Tesco, KFC dan lain-lain disebabkan nas tersebut. Para ulama telah berbahas panjang lebar tentang hukum sembelihan Ahli Kitab ini. Antara hujah yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab halal ialah disebabkan mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah. Kata Ibn al-`Arabi dalam Ahkam al-Quran ketika menjelaskan ayat ini "Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah swt melarang sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah ke atasnya. Dan diizinkan pada sembelihan Ahli Kitab (sedangkan) mereka berkata "sesungguhnya Allah adalah (menjelma) Isa bin Maryam dan sesungguhnya Dia adalah Triniti", (kerana) Allah dalam perkataan mereka adalah maha Tinggi dan maha besar." Kemudian ketika dia membahaskan tentang pandangannya tidak bersetuju dengan pandangan mazhab Shafie yang berpendirian menyebut nama Allah bukan syarat sah sembelihan, Ibn al-`Arabi menyambung lagi "sekiranya (Ahli Kitab) itu menyembelih dengan menyebut nama "Allah" tetapi yang dimaksudkan al-Masih (Isa as) atau menyebut "al-Masih" tetapi yang dimaksudkan Allah maka kembali segala urusan itu merujuk kepada Allah". Silalah lihat perbahasan-perbahasan seumpamanya oleh para ulama dalam perkara ini, yang secara tidak langsung menunjukkan mereka sememangnya sedia menyedari Ahli Kitab menggunakan nama Allah secara salah.

Dalam tafsir Ibn Kathir ketika menjelaskan ayat berhubung dengan sembelihan Ahli Kitab ini, beliau menyatakan "Adalah disepakati oleh para ulama bahawa sembelihan ahli kitab itu halal bagi orang-orang Islam disebabkan mereka percaya bahawa diharamkan sembelihan yang bertujuan selain daripada Allah, sedangkan mereka tidak menyebut ke atas sembelihan-sembelihan mereka selain dari nama Allah". Pandangan Ibn Kathir ini (walaupun beliau bermazhab Shafie) jelas menunjukkan bahawa antara sebab sembelihan Ahli Kitab halal bagi orang Islam adalah disebabkan mereka menyebut nama Allah. Dan menurut al-Qurtubi ketika menjelaskan menjelaskan satu pandangan berkaitan ayat yang menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, beliau berkata "berkata kumpulan (sebahagian yang lain): sekiranya kamu mendengar Ahli Kitab menyebut selain daripada nama Allah ketika sembelihan mereka, maka janganlah kamu makan. Berkata demikian itu oleh sahabat Rasulullah saw seperti Ali, Aishah dan Ibn `Umar serta para tabi`in sepert Tawus al-Yamani dan al-Hasan (Hasan al-Basri)". Jadi, bagaimana hukum sembelihan mereka sekiranya mereka dilarang menggunakan nama Allah?

Melihat kepada tiadanya larangan daripada al-Quran, pendirian Rasulullah saw yang tidak melarang mereka menggunakan kalimah Allah dan pendirian yang sama diambil oleh para ulama, maka boleh disimpulkan, dari segi hukum yang asal golongan bukan Islam tidak dilarang untuk menggunakan kalimah itu di atas prinsip kebebasan beragama sebagaimana pemerintah Islam dilarang untuk meruntuhkan gereja, biara dan rumah penyembahan bukan Islam. Bagaimanapun prinsip kebebasan beragama itu tetap mempunyai batas yang menuntut pemerintah Islam bersikap bijaksana dalam membuat tindakan. Janganlah kita sehingga melarang secara mutlak sehingga menyebabkan mereka boleh mebuat tindakan yang sama ke atas masyarakat Islam minoriti di negara bukan Islam dan janganlah pula kita membenarkan tanpa batas sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dan perkara yang tidak diingini. Melihat kepada hukum yang asal ini adalah perlu sebagai dasar utama kita memutuskan hukum tentang sesuatu sebelum mengambil kira aspek al-siyasah al-shar`iyyah, maslahah dan lain-lain.

Wallahu`alam

Monday, January 18, 2010

The Oneness of Allah in His Names and His Attributes

I am really not clear what Khalid Samad means by his statement "perbezaan kefahaman inilah yang hendak ditonjolkan dan diperjelaskan, bukan nama yang berbeza", and perhaps all of you can ask him regarding to this. But I do to agree with the PAS's collective decision released by the PAS President, which consistantly follows the practice of Muslim leaders since the period of the Prophet, that is; the Non-Muslims are granted to practice their religion including using the kalimah of Allah. I don't want to prolong my arguments, but I need to remark here the point, there is a difference between letting them to practice their religion and recognising (redha dan iktiraf) their practice. I am not really close to Khalid, but I usually keep in touch with Dr Dzulkifli. Dr Dzulkifli Ahmad's stance is clear as stated in his article.

Perhaps some of us disagree with the salafi's approach in explaining Tawhid, which emphasize the three categories of tawhid Rububiyyah, tawhid Uluhiyyah and tawhid Asma' and Sifat. Any one who does'nt believe even a single part is considered kufr, na`uzubillah. Now I am getting more clear, why the salafi does'nt saparate tawhid Asma' and Sifat into tawhid Asma' and tawhid Sifat. We already believe that, even if someone believes in his only one God's name is Allah, but he does'nt believe in the oneness of Allah's attributes, then he is also considered as kufr. Perhaps, this is Khalid's means by his statement, if someone believes that Allah is the name for the only one god, but he does'nt believe the oneness of Allah's attributes, he is kufr. Christians posibbly believe that there is only one God who creates the universe, they do also to believe that the Creator's name is Allah, but they don't believe among the attributes of Allah is the oneness of his Dhat. According to them the one God exitsts in three personalities, then they are considered kufr.

In Iljam al-`Awam, al-Ghazali mentioned when he was discussing the topic of Taqdis: "Whoever come to nas stating 'yad Allah' and he does not purify the meaning of 'yad' from the usual meaning of "`addu murakkab min lahm...." , he is considered as to attribute Allah with Jism. Every jism is creature (makhluq), and whoever praying to someone with jism (makhluq) considered like he praying to idol, tree and he is considered kufr by the consensus of salaf and khalaf. Again the statement emphasize the attribute of oneness of Dhat Allah. Definitely, Allah is the name of the only one God whose attributes is also oneness. We are as well as Khalid believe in this tawhid principle, but can we impose (paksakan) such a belief to Christians? It is not Khalid to name the Christians' trinity God as Allah, but the Christians themselves since the pre-Islamic period in accordance to their Arabic texts. Then al-Quran revealed to correct and purify their belief and among the verses is verse 65 surah Maryam. And there are many more verses including surah al-Ikhlas, the verse related to 'mubahalah' and so on. After all, the Christians especially in Arab still using the name, even though Muslims community has been staying with power over the last 1400 years. So that, following the practice of previous and current Muslim leaders who have been surrounding by thousands of great Muslim scholars over those periods should not be assumed as to recognise (redha) trinity doctrine.

Wallahu`alam
Isu Nama Allah: Prinsip "Bagi Kamu Agama Kamu dan Bagiku Agamaku".

Saya sebenarnya berazam tidak mahu terlibat dengan isu ini, kerana saya menyokong pendirian PAS bahawa perkara ini diisukan untuk motif politik. Akan tetapi disebabkan serangan yang dilontarkan kepada beberapa MP Pas seperti kata-kata 'Khalid Gereja', 'PAS hanya mementingkan undi bukan Islam' dan lain-lain maka saya mengambil sikap untuk memberi sedikit pandangan. Hari ini semakin terbukti perkara ini diisukan, apabila BN membenarkan kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah. Mengapa? Sebab mereka dah tahu isu ini 'backfire' kepada mereka, sedangkan Sabah dan Sarawaklah yang menyebabkan UMNO masih boleh bernafas sehingga kini. Apa makna semuanya ini kalau bukan sendiwara untuk motif politik. Kalau betul telahan saya, berdosa besarlah mereka yang berkonspirasi mempermainkan nama Allah untuk tujuan 'sentiment abusement' dan 'diversion motive'.

Kita kena faham, tidak melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah berbeza dengan mengiktiraf atau redha dengan kepercayaan mereka menyekutukan Allah. Kalau kita larang mereka gunakan, tetapi mengiktiraf atau redha dengan kepercayaan mereka itu maka jatuh kufur. Tidak melarang itu adalah diatas asas 'bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku' dan 'tidak ada paksaan dalam agama'. Kalau dikatakan tidak melarang itu sebagai mengiktiraf dan redha dengan agama mereka, maka kita tutup semua gereja, kuil dan lain-lain rumah penyembahan bukan Islam. Kesemua ritual mereka shirik dan adakah dengan tidak melarang mereka itu maka bererti kita juga shirik kerana turut mengiktiraf dan meredhai ritual mereka?

Di sinilah keadilan pemerintahan Islam sejak 1400 tahun yang lalu. Adakah mereka tidak mengetahui Mushrikin Arab, Kritian dan Yahudi menyekutukan Allah swt. Bukan tokoh-tokoh perbandingan agama yang lebih hebat dari kita seperti al-Sharasatani, Ibn Hazm dan al-Baghdadi telah menghuraikan panjang lebar tentang penganut kristian dan yahudi. Malah dalam al-Quran dan hadith telah menyebut golongan ini menyekutukan Allah dengan al-Latta, al-Uzza, Uzair, Isa dan lain-lain. Tidakkah mereka tahu semua itu. Mengapa mereka tidak melarang sedangkan ilmu dan kuasa yang ada pada mereka lebih kuat. Pada zaman mereka, mereka menjadi pusat keilmuan dunia dan mereza juga kuasa besar dunia. Mengapa mereka 'dayus' tidak mengharamkan nama Allah swt digunakan oleh Mushrikin Arab, Kristian dan Yahudi. Mengapa mereka menjadi seperti 'al-sakitu `ala al-Haq'? Kesemua ini atas prinsip "lakum dinukum wa li yadin" dan "la Ikraha fi al-din". Adakah dengan berpegang prinsip ini bermakna mereka mengiktiraf dan meredhai Allah itu menjelma seperti dalam doktrin trinity.

Bila golongan Kristian di Andalus dan lain-lain, antara lain melihat pelaksanaan prinsip ini maka mereka akhirnya menganut Islam. Bukankah prinsip ini menjadi tunjang terpenting dalam dialog antara peradaban dengan tidak melarang agama lain mengamalkan doktrin dan ritual agama mereka, dan berkongsi dalam perkara-perkara yang kita boleh bersama. Hari ini di mana semua semangat dialog itu, mereka yang menjadi pendukung dialog peradaban itu sekarang ramai yang menjadi pencetus konflik. Bagaimana kalau Wales, England, Scotland dan lain-lain mereka mengharamkan orang Islam menggunakan kalimah Allah dengan alasan orang Kristian lebih awal menggunakannya dalam bible mereka berbahasa Arab? Dimana convivencia yang selalu dilaungkan oleh pendukung dialog.

Saya sebenarnya tidak mahu menyentuhkan kertas kerja Dr Khadijah Hambali yang sedang terseber di internet sebab beliau minta perkara ini tidak disebarkan sebab perbicaraan kes ini belum selesai, dan takut-takut kalau saya sentuh akan menjadikannya lebih tersebar luas. Cuma saya ingin bertanya Tawrah, Zabur (perkataan Arab dari bahasa Hebrew) dan Injil (perkataan Arab dari bahasa Greek) dalam bahasa yang asalnya seperti yang diturunkan kepada Nabi Musa, Dawud dan Isa as, menggunakan perkataan apa sebagai merujuk kepada Allah? Adakah YHWH, Yahweh atau lain-lain? Tidakkah ketika Nabi Musa, Dawud dan Isa menggunakan perkataan ini ia juga merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa iaitu Allah? Kalau begitu YHWH dalam Hebrew dan lain-lain dalam bahasa Zabur dan Injil juga merujuk kepada Allah, maka mengapa kita berkata "kamu gunalah perkataan dalam bahasa kitab kamu yang merujuk kepada Tuhan yang maha Esa". Kalau ikut sentimen orang Melayu sepatutnya kita perlu juga melarang sebab perkataan itu sarat nilainya merujuk kepada Allah yang maha esa, bukan sebaliknya menyuruh. Atau mungkin sememangnya dalam Tawrah, Zabur dan Injil telah sedia menggunakan Allah. Wallahua`lam. Saya sendiri sedang mengkaji jawapannya.

Bagi saya kita berbeza dengan Kristian bukan kerana mereka menggunakan Jesus kita menggunakan Isa, bukan kerana mereka menggunakan Mesiah kita menggunakan al-Masih, mereka menggunakan YHWH kita menggunakan Allah swt, tetapi kerana mereke menyekutukan Allah sedangkan kita mentawhidkan Allah. Yahudi dan Kristian selalu disebut agama Monotheism sebab bagi mereka Tuhan itu satu, tetapi Kristian menyekutukan zat Allah, sifat Allah dan perbuatan Allah, sedangkan bagi Islam kita meyakini maha suci Allah dari zat yang berbilang, mahasuci Allah dari sifatnya dikongsi oleh yang lain dan demikianlah juga maha suci Allah dari perbuatannya turut dikongsikan dengan yang baharu. Jadi kalau betul perkataan YHWH ketika diturunkan kepada Musa merujuk kepada Allah swt, maka Dia adalah Allah yang bersifat maha Esa. Saya masih mengkaji jawapan dan mohon pencerahan dari sahabat semua.

Jadi seperti yang selalu dihujahkan bahawa larangan perkara ini atas prinsip Sadd al-Dharai` (Closing the Mean), Siyasah al-Shar`iyyah dan Maslahah, maka ia bukan dari persoalan Akidah. Nas-nas Akidah bukanlah dari kaedah fiqh dan ijtihad, sebaliknya nas-nas Akidah dari al-Quran dan al-Sunnah yang mengikut sesetengah ulama mesti bertaraf mutawatir. Persoalan ini adalah dalam konteks hukum pemerintah Islam bermua`malah dengan bukan Islam dari segi kebebasan beragama yang berasaskan prinsip 'lakum di nukum wa li yadin' dan 'la ikraha fi al-din', dan saya bersetuju bahawa ia adalah ijtihad. Dan "ijtihad itu tidak ditolak dengan ijtihad yang lain". Jika demikian mengapa boleh timbul 'Khalid Gereja' dan siapa yang tidak melarang orang Kristian menggunakan nama Allah maka mereka boleh jatuh kufur.

Kalau betul tujuan gereja untuk sebagai 'vehichel to sustain the constitution and to avoid Shari`ah from being contitutionalised', bagi saya ini adalah biasa kerana memang mereka Kristian fobia dengan Islam dan tidak memahami keadilan Islam. Bukan setakat Kristian, UMNO pun sampai sekarang fobia dengan Islam dan tidak pernah berusaha untuk memperlembagaankan shari`ah. Antara dua negeri yang telah memperlembagaankan shari`ah ialah Kelantan dan Terengganu. Semasa kerajaan PAS Terengganu menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri supaya berasaskan al-Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas, cuba saudara-saudara lihat apa yang ADUN UMNO lakukan. Ketika Hukum hudud, Qisas dan Ta`zir digubal di Terengganu, ADUN UMNO berkecuali. Kemudian pimpinan UMNO pusat mengugut supaya tidak melaksanakan. Kalau UMNO pun demikian, adakah kita mengharapkan seorang paderi Kristian akan menyokong Shari`ah diperlembagaankan?

Gambar-gambar gereja di Indonesia dan lain-lain yang berlegar-legar di internet, yang kemungkinan disebar oleh cyber-troopers UMNO untuk menakutkan orang Islam di Malaysia. Mengapa kita tidak menggunakan neraca yang sama bila menolak bahawa di negara-negara Arab orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, kita menyatakan Malaysia mempunyai konteks yang lain. Demikian jugalah saya boleh menyebut Indonesia mempunyai konteks yang lain. Di Indonesia tiada Ketua Agama, tiada Jabatan Agama dan tiada enakmen yang seumpamanya. Di Malaysia kita mempunyai semuanya untuk mengawal, tetapi bukanlah sehingga menafikan langsung hak mereka untuk beramal dengan agama mereka atas prinsip 'lakum dinukum wali yadin' dan 'la ikraha fi al-din'. Tuntutan mereka hanya untuk menggunakan kalimah itu dalam the Herald bukannya di papan tanda dan lain-lain, dan sebarannya hanya untuk Katholik. Hakimpun memutuskan sedemikian untuk the Herald dan sebaran dalam lingkungan mereka. Perlembagaan 11(4) menjadi halangan terpenting untuk mereka melakukan seperti di Indonesia. Sebab itu PAS berpendirian supaya tidak disalahguna dan tidak mengelirukan masyarakat Islam dan lainnya. Sahabat kita yang menghebahkan situasi di Indonesia itu bila mendengar radio Kristian dan melihat papan tanda 'Rumah Allah' setakat 'tergolek' sahaja tak masuk Kristianpun. Sebab itu yang terpenting dalam mempertahankan Akidah umat Islam ialah program memperkukuhkan Akidah dan ia harus bermula dengan sistem negara yang berteraskan tawhid seperti yang telah lama diperjuangkan oleh PAS. Yang menakutkan orang Islam dan bukan Islam terhadap sistem negara yang berteraskan tawhid ini ialah UMNO.

Para pendakwah Islam ketika mengajar orang-orang Melayu yang sebelumnya beragama Hindu dan Budha, banyak mengubah suai perkataan-perkataan dalam bahasa Arab kepada bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit adalah bahasa Kitab Veda iaitu kitab suci agama Hindu. Bukankah semua perkataan dosa, pahala, syurga, neraka dan agama datangnya dari bahasa Sanskrit. Hujah kita yang mudah kesemua perkataan itu telah melalui Islamisasi sehingga kelihatan menjadi konsep Islam. Penyelesaiannya bagaimana? Sama ada kita larang orang Hindu menggunakannya atau kita pula berhenti menggunakannya. Bukankah lebih baik kita sebut 'Jabatan al-Din Islam Selangor', 'Kamu jangan lakukan al-kabair' dan lain-lain.

Friday, January 15, 2010

Isu Nama Allah: Kesemua Mereka Tidak Terlepas Pandang

Sehingga kini kesemua pihak di kalangan Muslim yang berselisih tentang penggunaan kalimah Allah swt oleh bukan Islam masih mempunyai titik pertemuan, iaitu kalimah ini telah digunakan oleh para penganut agama Kristian, Yahudi dan Mushrikin Arab di zaman Rasulullah saw, zaman berikutnya sehingga hari ini sama ada di dunia Arab dan beberapa bahagian dunia yang lain. Sepanjang waktu itu, pemerintah Islam termasuk Rasulullah saw tidak melarang golongan bukan Islam untuk berbuat demikian.

Di zaman Rasulullah saw khususnya ketika Baginda mempunyai kekuasaan, tiada sampai kepada kita bahawa Rasulullah saw telah melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu. Ketika Rasulullah saw membuka kota Makkah, Baginda membersihkan Masjid al-Haram daripada berhala-berhala yang menjadi sembahan Mushrikin Quraysh dalam menyekutukan Allah swt. Tetapi tidak sampai kepada kita Baginda mengeluarkan sebarang perintah melarang penggunaan kalimah itu di kalangan Mushrikin Quraysh dan Arab. Demikian juga ketika baginda meruntuhkan Kota Yahudi di Khaybar yang menjadi benteng terakhir golongan Yahudi di sekitar jazirah Arab, tiada juga sampai riwayat yang Baginda selepas itu melarang Yahudi Arab menggunakan kalimah itu. Setakat pengetahuan saya yang dangkal ini tidak sampai kepada kita bahawa Rasulullah saw melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah swt. Mungkin kedangkalan saya menyebabkan saya tidak menemui hadith-hadith berkaitan, maka saya mohon sekiranya para ilmuan dalam bidang ini dapat menerangi kita dengan hadith-hadith berkaitan termasuklah hadith dalam kategori tersangat da`if (hadith da`if jiddan), atau mungkin juga hadith berkaitan yang dikategorikan palsu (mawdhu`) untuk kita melihat mengapa dikategorikan sedemikian. Sekiranya tidak ada petunjuk itu, mengapa Rasulullah saw tidak melarang sedangkan Baginda tersangat lebih memahami ayat 120 surah al-Baqarah daripada kita? Mengapa Baginda tidak melarang sedangkan Baginda pernah melalui pengalaman seorang sahabatnya Ubaydillah bin Jahsy (antara golongan awal Islam) murtad menganut agama Kristian? Adakah baginda terlepas pandang perkara itu.

Demikian juga dengan Abu Bakar ra ketika mengambil alih pemerintahan selepas kewafatan Baginda saw. Tiada seorangpun dari ummat Muhammad saw ini yang lebih tegas memerangi murtad melebihi Abu Bakar ra. Ketika sahabat-sahabat yang lain pada peringkat awal tidak bersetuju dengan tindakan Abu Bakar memerangi golongan yang enggan mengeluarkan zakat kerana mereka masih mengucap, Abu Bakar dengan tegas bertindak mahu memerangi mereka. Bagaimanapun tidak sampai pengkhabaran kepada kita bahawa Abu Bakar memerintah supaya golongan bukan Islam dilarang menggunakan kalimah Allah swt. Adakah Abu Bakar terlepas pandang?

Bila Umar ra mengambil alih pemerintahan, kerajaan beliau menjadi semakin kuat sehingga akhirnya Berjaya membuka tanah kelahiran Nabi Isa as dari pemerintah Kristian. Ketika penganut-penganut Kristian tertanya-tanya apakah pembalasan yang bakal diambil oleh Umar, mereka terkejut bila Umar memberi kebebasan untuk mereka melaksanakan agama mereka. Tidak pula sampai kepada kita Umar berkata “kecuali kamu di larang menggunakan kalimah Allah”. Pada zaman Umar, beliau telah berjaya menguasai sebahagian besar dunia termasuk Mesir yang juga ramai penganut Kristian Qibti sehingga boleh dikatakan Islam telah berada di kemuncak kekuatan, tetapi tidak pernah sampai pengkhabaran Umar mengeluarkan arahan supaya melarang golongan Kristian menggunakan kalimah ini. Adakah Umar juga terlepas pandang.

Demikianlah seterusnya sepanjang pemerintahan Umayyah dan `Abbasiyah, tidak pernah disebut bahawa golongan bukan Islam dilarang menggunakan kalimah ini. Pada abad ke 3-5 hijrah, al-`Ash`ari, al-Maturidi, al-Baqilani, al-Juwayni dan kemudian al-Ghazali begitu hebat berdebat dengan golongan Mu`tazilah, Mashaiyyun, Mujassimah dan Mushabbihah, dengan mereka menekankan tentang kepentingan mentanzihkan (mensucikan) Allah swt daripada sifat-sifat makhluk. Al-Ghazali contohnya menulis banyak kitab tentang perkara ini sehingga yang terakhir Iljam al-`Awam `an Ilm al-Kalam ditulis sebelum beliau wafat, setakat yang saya kaji tidak terdapat hukum melarang golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Mungkin kedangkalan kajian saya menyebabkan saya tidak menemui larangan itu, maka saya mohon para ilmuan yang lebih dalam kajian tentang tokoh-tokoh ini mengemukakan perkara tersebut. Mengapa mereka yang begitu bersungguh-sungguh supaya mentanzihkan Allah sehingga al-Ghazali dalam kitab Iljam itu menyebut taqdis (tanzih) itu sebagai asas pertama, tiba-tiba mereka terlepas pandang untuk melarang golongan bukan Islam daripada menggunakan nama Allah.

Begitu juga dengan Ibn Taymiyah, seorang yang sangat kuat penentangannya terhadap Kristian dan Yahudi dan antara kitab yang memuatkan penentangannya itu ialah Iqtida al-sirat al-mustaqim. Beliau memetik banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadith-hadith tentang kesesatan Kristian dan Yahudi termasuklah ayat 31 surah al-Tawbah yang dikaitkan dengan `Adi bin Hatim. Saya mengaku saya kurang mendalami tulisan Ibn Taymiyah, justeru saya memohon kalau pengkaji-pengkaji yang lebih arif boleh memberikan pencerahan bahawa Ibn Taymiyah ada mengeluarkan hukum menggesa supaya golongan bukan Islam di larang menggunakan kalimah Allah termasuk dari Kitab besarnya Majmu` al-Fatawa. Jika tiada mengapa tokoh ini boleh terlepas pandang?

Demikianlah tokoh-tokoh ulama silih berganti sehingga hari ini, institusi-institusi yang melahirkan begitu ramai para ulama yang hebat-hebat seperti di al-Azhar, kitab-kitab ulama yang berjilid-jilid ditulis menggunakan tangan dan ulama-ulama mutakhir seperti tokoh Ma`al Hijrah al-Zuhayli dan al-Qaradhawi, mengapa mereka tidak menasihatkan pemerintah mereka supaya melarang golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, sehingga golongan bukan Islam di Arab dan beberapa bahagian dunia Islam masih lagi menggunakan kalimah itu. Adakah begitu ramai ulama-ulama tersohor dari dahulu sehingga hari ini mereka terlepas pandang bahawa golongan bukan Islam tidak boleh menggunakan nama Allah swt.?

Sunday, January 10, 2010

Mengapa Nama Allah yang maha Mulia Dijadikan Isu?

Benarkah isu kalimah Allah swt ini, merupakan satu konspirasi untuk melakukan ‘sentiment abusement’ atau ‘diversion’ (untuk mengalih perhatian daripada isu lain). Saya membangkitkan perkara ini kerana saya sayangkan Allah swt dari digunakan sebagai cara melakukan 'sentiment abusement' sedangkan perkara yang telah panjang lebar diperdebatkan hanyalah isu yang diada-adakan. Saya teringat pandangan sahabat saya Nik Abduh, yang menyatakan "hanya Allah yang mengetahui mengapa isu ini timbul maka seharusnya kita cepat-cepat menutup isu ini sebagai menjaga kehormatan terhadap Dia yang maha tinggi". Jika benar isu ini ditimbulkan kerana mengalihkan perhatian daripada isu-isu yang sedang melanda negara seperti isu ekonomi, maka nilaikanlah dosa golongan yang berkonspirasi menghangatkan isu ini dengan menjadikan Allah sebagai cara melakukan 'sentiment abusement' dan 'diversion'.

Mengapa nama Allah swt ini menjadi isu? Persoalan ini yang seharusnya dijawab terlebih dahulu oleh kita sebagai ahli akademik supaya tidak terikut-ikut dengan rentak public seperti yang dikehendaki oleh media main stream. Memahami latar belakang isu dan masalah merupakan perkara terpenting untuk kita membuat analisis sebagaimana yang menjadi budaya kita. Para ahli akademik hidup dengan argument, dan argument itu sepatutnya menepati apa yang sedang berlaku. Permit penerbitan the Herald telah luput setahun yang lalu, dan sekarang ini the Herald telahpun diterbitkan secara online. Cuma mereka masih tidak menggunakan nama Allah dalam terbitan online itu, tetapi menggunakan istilah-istilah yang turut digunakan oleh orang Islam seperti Yusuf, Malaikat, Zina dan lain-lain. Dan bukan sekadar the Herald, sebaliknya banyak lagi penerbitan seumpamanya dalam bahasa Melayu atau Indonesia yang turut menggunakan nama Allah. Dengan pengertian lain kalaupun seperti yang dijangkakan ramai orang, pihak gereja akan kalah bila dibawa ke Mahkamah Rayuan atau Persekutuan, mereka masih ada alternatif menggunakan internet atau menghantar kepada para penganut mereka secara tertutup melalui email.

Tuntutan mereka ialah; mereka mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk mengamalkan agama mereka secara bebas termasuk penggunaan nama 'Allah". Dan secara spesifik mereka menyatakan nama itu digunakan untuk mereka bukannya untuk penganut lain terutama masyarakat Islam. Perkara ini jelas seperti dalam tuntutan kelima "Bahawa pemohon mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan nama Allah dalam the Herald dengan melaksanakan haknya berkaitan pendidikan penganut Katolik dalam agama Kristian". Saya tidak berhasrat menyentuh persoalan hukum untuk kali ini, tetapi jelas sekali mereka mahu menggunakan dalam agama mereka seperti yang terkandung dalam penghujahan mereka untuk memudahkan kefahaman penganut katholik. Tuntutan mereka ialah untuk menggunakan dalam agama mereka lebih khusus untuk penerbitan the Herald, bukannya diletakkan dipapan tanda dan lain-lain seperti yang berlaku di Indonesia sebagaimana yang dipaparkan. Keenam-enam tuntutan itu menyebut penggunaan nama Allah dalam the Herald, bukannya tuntutan penggunaan nama Allah secara umum dalam agama mereka. Demikian juga pihak Kementerian Dalam Negeri boleh mengeluarkan permit terhad kepada the Herald, iaitu bukan untuk sebaran umum. Bagaimana boleh timbul tuduhan bahawa mereka cuba mengelirukan masyarakat Islam jika tidak daripada manipulasi media dan provokasi.

Melainkan empat buah negeri, kebanyakan negeri telah mewartakan enakmen kawalan dan sekatan pengembangan agama-agama bukan Islam, iaitu untuk menghalang sebaran agama-agama ini ke atas orang Islam. Salah satu peruntukannya ialah:

Seksyen 9. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan tertentu yang berunsur Islam

(1) Seseorang melakukan kesalahan jika ia, dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada suatu perhimpunan atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan itu yang diterbitkan atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat ia tahu atau, pada munasabahnya, patut tahu akan diterbitkan atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang berunsur Islam atau apa-apa terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan apa-apa fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal yang mengenai atau berkaitan dengan mana-mana agama bukan Islam.

(2) Seseorang yang bukan seorang Islam melakukan suatu kesalahan jika ia, dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyenkecil (1), menggunakan mana-mana ungkapan yang berunsur Islam, kecuali sebagai petikan atau rujukan.

(3) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyenkecil (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

Dengan pengertian lain, sejak 1980an lagi telah ada sekatan terhadap agama lain menyebarkan agama mereka ke atas masyarakat Islam, termasuklah tidak boleh menggunakan perkataan yang sinonim dengan Islam. Oleh sebab itu, bagaimana boleh timbul dakwaan tuntutan mereka itu untuk mengelirukan umat Islam, sedangkan dari segi perundangan mereka telah sedia dihalang melakukan sedemikian.

Jadi perkara ini bukan suatu isu kalau hendak dikaitkan dengan kebimbangan ia menyebabkan kelemahan akidah umat Islam. Yang menjadi isu besar ialah Akidah sebahagian besar umat islam kini telah sedia lemah. Indikator yang terpenting menunjukkan kelemahan Akidah itu ialah kerosakan akhlak di kalangan masyarakat Islam di negara ini. Mengapa isu besar ini tidak diprovok oleh media. Penyumbang terbesar tehadap kelemahan Akidah itu ialah sistem bernegara kita sendiri tidak bertunjangkan tawhid. Di mana kedudukan kitab Allah dan sunnah nabinya dalam berhukum? Mengapa perkara menegakkan maaruf yang terbesar ini tidak diisukan? Mengapa para ulama yang ikhlas dibisukan dan kedudukan mereka lebih hina dari artis? Mengapa usaha membasmi kejahilan umat tentang kesyumulan Islam diremehkan, sehingga sebahagian besar mereka masih tidak memahami Islam yang shumul? Kesemua inilah merupakan isu-isu yang hakiki, tetapi tidak pernah ada satu usaha untuk membugarkan isu-isu seumpama ini.

Yang lebih penting lagi, perkara ini masih di mahkamah dan keputusan tempohari masih belum muktamad. Proses memperolehi keputusan masih panjang, tetapi provokasi-provokasi telah dilakukan termasuk membakar gereja. Cara pihak media memainkan isu ini seperti ada 'buaya' di sebalik batu. Dalam perkara berkaitan dengan nama Allah ini, saya bersetuju dengan pendirian kolektif yang telah dibuat oleh PAS iaitu seperti berikut:

"PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini...".