Saturday, June 18, 2011

Rasionalisasi Subsidi: Rasionalkah?

Dalam konteks pengurusan ekonomi sesebuah kerajaan, subsidi adalah satu instrument (alat) sepertimana juga instrumen-instrumen yang lain seperti cukai, voucer, insentif dan lain-lain. Sebagai satu instrumen yang berbentuk bantuan kewangan (financial assistance), antara peranan utama subsidi ialah untuk menghalang dan mengawal kenaikan harga barang selain daripada menyelamatkan dan menggalakkan kemunculan sektor-sektor ekonomi tertentu yang dilihat mempunyai kepentingan nasional. Berdasarkan kepada tujuan tersebut adalah tidak mungkin bagi sesebuah kerajaan menghapuskan sama sekali subsidi disebabkan peranannya sering diperlukan dari semasa ke semasa.

Cadangan Rasionalisasi Subsidi seperti yang dikemukakan oleh PEMANDU turut mengakui bahawa subsidi tidak mungkin dihapuskan sama sekali, melainkan perlu disasarkan kepada kumpulan sasar yang sebenarnya. Sebenarnya, cadangan PEMANDU ini adalah salah satu pendekatan untuk mengurus ekonomi negara yang kelihatan mulai ‘bermasalah’. Unjuran tentang peningkatan hutang negara yang mencapai lebih 100% berbanding KDNK dan defisit fiskal melebihi 10% menjelang 2019, merupakan masalah utama seperti yang dibimbangkan oleh PEMANDU. Dengan tidak menafikan sama sekali hakikat tersebut, permasalahan utama ekonomi negara sebenarnya lebih daripada itu.

Hakikatnya, ekonomi bermasalah yang sedang dihadapi ini adalah dampak daripada salah-urus ekonomi oleh kerajaan BN khususnya selepas dekad 1980 an. Permasalahan yang timbul bukan sekadar seperti yang dibimbangkan oleh PEMANDU tetapi keruntuhan sendi-sendi utama yang menyokong pembangunan ekonomi termasuklah aspek pertahanan ekonomi yang diabaikan seperti jaminan keselamatan bekalan makanan (food security), aspek keadilan ekonomi seperti agihan kekayaan negara yang saksama, aspek kemandirian ekonomi seperti penjanaan sektor domestik yang mapan dan aspek tadbir-urus ekonomi seperti kewujudan sistem semak dan imbang demi mengatasi ketirisan. Keruntuhan sendi-sendi utama ini menyebabkan kita masih bergelut dengan masalah-masalah berikut:

a. Jurang antara Kaya dan Miskin yang Semakin Melebar
Menurut Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Pembangunan Manusia (UNHDP) pada tahun 2004, jurang pendapatan antara golongan kaya dan golongan miskin adalah yang terburuk di Asia Tenggara dan antara yang terburuk di Asia. Dilaporkan juga bahawa 10% golongan terkaya di Malaysia menguasai 38.4% pendapatan ekonomi Negara. Dilihat dari segi pendapatan, seperti yang dilaporkan baru-baru ini, 40% daripada pendapatan isirumah di Malaysia berada di bawah RM 1500.00 dan 60% berada di bawah RM 3000.00. Penyakit yang telah sedia wujud semenjak merdeka ini sebenarnya semakin parah.

b. Jurang Pembangunan antara Wilayah yang Tidak Seimbang
Selepas merdeka dan pembentukan Malaysia, negara kita menghadapi masalah ketidakseimbangan dalam pembangunan antara wilayah, antara Bandar dan luar Bandar, antara pantai barat Semenanjung dan pantai Timur serta antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur. Semasa era pemerintahan Perdana Menteri kedua, usaha-usaha telah diambil untuk mengurangkan jurang perbezaan ini dengan program Pembangunan Wilayah, Perbandaran Luar Bandar dan lain-lain. Bagaimanapun, selepas era itu tidak kelihatan usaha yang jelas untuk mengurangkan jurang ini. Bandar-bandar utama seperti di Lembah Kelang, Johor Bahru dan Georgetown terus mengalami proses urbanisasi yang begitu pesat sedangkan kawasan-kawasan luar Bandar terus tertinggal.

c. Daya Ketahanan Ekonomi yang Rapuh
Sektor pertanian atau lebih khusus pengeluaran makanan negara masih belum menampung keperluan sendiri. Seperti yang dimaklumi, sektor ini merupakan pertahanan yang terpenting kepada ekonomi negara khususnya ketika menghadapi saat-saat getir kegawatan ekonomi. Masyarakat Malaysia sentiasa terdedah dengan turun naik harga barangan makanan dunia disebabkan kebergantungan kepada negara lain. Dari segi pengeluaran beras, sehingga hari ini Malaysia belumpun mencapai sasaran 70% pengeluaran beras tempatan, manakala komoditi makanan yang lain seperti perikanan dan penternakan peratus kebergantungan kepada import masih begitu tinggi.

d. Ketirisan Perbelanjaan Awam
Gejala penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara penyakit ekonomi yang begitu parah di negara ini. Menurut Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam, manakala menurut Brain Wain pula sebanyak RM 340 bilion ketirisan berlaku sepanjang pemerintahan Dr Mahathir Mohammad. Baru-baru ini negara dikejutkan lagi dengan laporan Global Financial Integrity (GFI) yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 hingga 2008. Ketirisan seperti ini bukan sahaja merugikan negara dan rakyat, tetapi juga mengurangkan daya saing Malaysia untuk menarik pelaburan.

e. Peningkatan Berterusan Kos Hidup
Menurut laporan majalah International Living tahun 2010 kos hidup[1] di Malaysia berada pada kedudukan ke 21 paling tinggi di dunia, lebih baik daripada kedudukan pada tahun 2009 di kedudukan ke 13. Kenaikan mendadak barang-barang keperluan termasuk harga rumah, akan menjadikan kos hidup rakyat semakin tinggi sedangkan pertambahan pendapatan agak perlahan. Dilaporkan, buat masa ini 50% hingga 60% pendapatan rakyat Malaysia digunakan untuk membeli makanan dan peratusan ini boleh mencapai 80% dengan kenaikan barangan yang berterusan. Situasi ini menyebabkan sebahagian besar pendapatan bulanan dihabiskan untuk menampung kehidupan dan simpanan isi rumah di Malaysia sangat terbatas.

Sebenarnya keruntuhan sendi-sendi utama inilah yang telah menyebabkan ekonomi negara kita hari ini bermasalah. Malangnya dalam Model Ekonomi Baru (MEB) yang menjadi agenda terpenting Perdana Menteri hari ini termasuklah cadangan yang dikemukakan oleh PEMANDU berkaitan rasionalisasi subsidi, tidak dilihat adanya satu mekanisme yang berkesan untuk menangani masalah utama ini. Cadangan rasionalisasi subsidi ini dilihat bertujuan untuk mewujudkan perbelanjaan kerajaan yang berhemah, sedangkan pembaziran yang lebih besar bukan disebabkan oleh subsidi kepada rakyat teramai tetapi subsidi yang tidak perlu kepada syarikat seperti IPP dan juga subsidi yang mempunyai kepentingan parti pemerintah.

Sepertimana yang dilaporkan bahawa kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM 74 billion setahun dengan pecahan RM 42.4 billion untuk subsidi sosial, RM 23.5 billion subsidi tenaga/bahanapi, RM 4.8 billion subsidi infrastruktur dan RM 3.4 billion subsidi untuk makanan. Kemanakah sebenarnya disalurkan RM 42.4 billion subsidi sosial dan RM 23.5 billion subsidi tenaga/bahanapi, iaitu 89% daripada peruntukan subsidi yang disediakan. Rasional PEMANDU yang menyatakan subsidi telah diagihkan kepada golongan sasar yang kurang tepat sebenarnya begitu mengelirukan dan boleh dipertikaikan, kerana tidak menggambarkan secara terperinci siapakah sebenarnya mendapat manfaat.

PEMANDU telah mengkategorikan penerima subsidi kerajaan kepada pelajar (RM 30.8 billion), pengguna (RM 22.9 billion), syarikat (RM 18 billion), miskin (RM 1.8 billion), petani/nelayan (RM 0.2 billion) dan lain-lain (RM 0.4 billion). Sekiranya disandarkan kepada kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air peruntukan subsidi kepada IPP adalah RM 19 billion, bermakna peruntukan ini tidak dimasukkan ke dalam peruntukan subsidi untuk syarikat yang berjumlah RM 18 billion. Jika demikian adakah peruntukan subsidi ini dikategorikan di bawah subsidi pengguna? Demikian juga kategori miskin dan petani/nelayan, bukankah mereka juga termasuk dalam kategori pengguna? Sebenarnya kategori golongan sasar PEMANDU ini tidak terperinci dan mengelirukan.

Perbelanjaan sebenar subsidi yang diperuntukkan oleh kerajaan tidak begitu jelas malah seperti menyembunyikan sesuatu. Sebagai contoh RM 42.4 billion untuk subsidi sosial, adakah turut melibatkan peruntukan untuk program PLKN yang dijangkakan akan meningkat ke RM 3 billion sekiranya pelatih mencapai 500 ribu?, sedangkan sehingga kini program PLKN ini lebih dilihat mempunyai kepentingan BN sebagai parti memerintah. Perincian untuk subsidi sosial perlu dikemukakan supaya dapat diketahui siapakan yang sebenarnya mendapat manfaat daripada subsidi ini. Sebagaimana juga peruntukan subsidi tenaga/bahanapi berjumlah RM 23.5 billion, yang sebenarnya dinikmati sebahagian besarnya oleh syarikat IPP iaitu sebanyak RM 19 billion.

Tanpa penjelasan yang terperinci tentang ke manakah peruntukan subsidi itu disalurkan, rasionalisasi subsidi seperti yang dicadangkan oleh PEMANDU boleh menjadi tidak rasional, malah boleh memburukkan permasalahan ekonomi yang sedang dihadapi. Sehingga kini pelaksanaan rasionalisasi subsidi lebih dibebankan kepada rakyat teramai seperti pemotongan subsidi gula, pemotongan subsidi bahan-bahan petroleum, pemotongan subsidi minyak masak, pemotongan subsidi tepung dan lain-lain. Selepas ini rakyat teramai juga akan menghadapi pelaksanaan GST yang dikenakan ke atas setiap orang, sedangkan akar-umbi masalah ekonomi yang sebenarnya tidak diselesaikan.

[1] Kos hidup ini diukur berdasarkan berapakah jumlah kos yang diperlukan untuk mencapai gaya hidup piawai (atau lebih baik) seperti yang dinikmati di Amerika Syarikat. Sumber data ini diperolehi daripada Jabatan Negara Amerika Syarikat berkaitan Indeks Kos Hidup Luar Legara yang menentukan berapakan jumlah elaun kos hidup yang diperuntukan untuk menampung gaya hidup barat di beberapa negara.

Monday, January 03, 2011

PAS, UMNO dan Khawarij

(Pada bulan Disember yang lalu, terdapat satu kritikan terhadap kenyataan saya di akhir Forum berkaitan dengan topik menegur pemerintah oleh seorang anggota sekretariat ulama muda UMNO http://ikatkata.wordpress.com/2010/12/24/puak-khawarij-ada-hingga-akhir-zaman/. Berikut dipaparkan sebahagian dialog saya dengan mereka)

1. Saya berpandangan dalam konteks perbincangan kita tentang menegur pemimpin, terdapat pihak yang menuduh mereka yang menentang pemimpin yang ada sekarang sebagai golongan khawarij. Maka di sini saya timbulkan bagaimana pihak itu boleh menuduh mereka sebagai golongan khawarij sedangkan pemerintah sekarang tidak seperti Sayyidina Ali. Dengan pengertian lain, bagaimana kita boleh menuduh golongan penentang itu sebagai khawarij sedangkan pemerintah sekarang tidak ditegakkan berasaskan al-Quran dan al-Sunnah. Saya menggunakan simbolik Sayyidina Ali kerana zaman beliaulah lahirnya golongan Khawarij ini.

2. Persoalan firqah khawarij masih wujud di zaman ini, itu adalah di luar konteks perbincangan tentang topik forum. Mazhab rasmi Oman adalah Ibadiyyah yang disebut bersumberkan Khawarij. Tetapi bukan golongan ini yang kita bicarakan dalam konteks forum, tetapi golongan yang mahu mengambil-alih kuasa dari pemerintah sekular di Malaysia sekarang. Mereka dituduh Khawarij kerana mahu mencabut kuasa pemerintah yang ada sekarang. Di sinilah saya menimbulkan persoalan, bolehkah dihukum Khawarij golongan ini sedangkan pemerintahan negara bukan sebuah pemerintahan Islam yang sah dari segi syara`.

3.Meskipun selepas Sayyidina Ali terdapat pemerintah Islam yang melakukan maksiyat tetapi pemerintahan mereka adalah sah dari segi syara` kerana meletakkan hukum yang tertingginya al-Quran dan al-Sunnah. Mereka dilantik melalui Ahl al-Hall wa al-`Aqd serta tidak memisahkan kenegaraan daripada ketawhidan Allah. Adakah pemerintah hari ini meletakkan hukum tertingginya al-Quran dan al-Sunnah, berpaksikan sistem syura Islam dan tidak berlaku sekularisasi dalam pentadbiran. Sebab itu asas kesimpulan saya itu adalah tentang takrifan hukum Islam yang mesti jami` dan mani`. Kita tidak boleh menyebut MCA Ahl al-Dhimmah, sedangkan hukum Ahl al-Dhimmah itu wujud bila adanya sesebuah pemerintahan Islam. Demikianlah untuk menghukum sesuatu golongan itu Khawarij atau bughah, mestilah ditentukan adakah pemerintahan hari ini sah dari segi syara` atau simboliknya seperti pemerintahan Sayyidina Ali.

4. Sebelum saya mengulas tentang Khawarij, maka saya mahu tumpukan dahulu tentang pentakrifan negara Islam. Saya dahulukan dengan pandangan para ulama kini yang pihak saudara agak selesa dengannya, sebelum saya bahaskan pula pandangan ulama silam. Semoga dilapangkan masa oleh Allah;

a. Pandangan al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth wa al-Ifta’ yang diketuai oleh Sheikh `Abd Aziz Bin Baz:
Mana-mana negara yang pemerintah mempunyai kekuatan menegakkan hukum Hudud Allah, berhukum rakyatnya dengan Shari’ah Islam dan berkemampuan rakyatnya untuk menegakkan kewajipan Shari`at dalam negara itu, maka negara itu adalah negara Islam.

b. Sheikh Salleh Fauzan:
Tidak syak lagi padanya Ulama Dakwah mengambil iktibar hukum bahawa sekiranya telah tertegak hukum Shari’ah maka negara itu negara Islam, sekiranya berhukum dengan bukan hukum Shari’ah maka negara itu bukan negara Islam walaupun terdapat masyarakat Islam dalamnya.

c. Sheikh `Abd al-Rahman al-Sa`adi:
Negara Islam ialah negara yang diperintah oleh orang Islam, hukum-hukum Islam berjalan dalamnya dan pengaruh orang Islam yang kuat walaupun majoriti dalamnya orang bukan Islam.

5. Berdasarkan kepada pandangan-pandangan di atas jelas sekali ulama mutakhir termasuk mereka yang tidak saya sebutkan seperti Abd al-Karim Zaydan, Wahbah al-Zuhayli dan lain-lain, menyatakan dengan terang bahawa negara Islam itu adalah negara yang menjalankan hukum-hukum Shari’ah yang termasuk dalamnya hukum hudud dan Qisas. Pandangan mereka ini hampir sama dengan pandangan beberapa ulama zaman pertengahan Islam seperti Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim.

a. Ibn Taymiyah pernah ditanya tentang kedudukan undang-undang Yasa yang diperkenalkan oleh Tartar, iaitu yang mencampur-adukkan undang-undang Islam dengan undang-undang Yahudi dan lainnya. Beliau menentangnya habis-habisan walaupun ada padanya elemen undang-undang Islam.

b. Ketika Ibn Taymiyah ditanya tentang Negara Maridin, Ibn Taymiyah menjelaskan dengan jelas takrif negara Islam iaitu:

دار السلم التي تجري عليها أحكام الإسلام
Negara Islam negara yang berjalan atasnya hukum-hukum Islam.

c. Ibn Qayyim menjelaskan tentang takrif negara Islam:

أنه إذا كان الحاكم يحكم بالإسلام فدولته اسلامية وإذا كان يحكم بغير الاسلام فدولته كافرة
Nagara Islam ialah apabila hakim (pemerintah) memutuskan sesuatu hukum dengan Islam, maka negara itu negara Islam. Dan apabila berhukum dengan memutuskan hukum bukan Islam maka negara itu negara kafir.

c. Abu Yu’la al-Hanbali penulis al-Ahkam al-Sultaniyyah menyebut tentang negara Islam:

وكل دار كانت الغلبة فيها لأحكام الإسلام دون أحكام الكفر فهي دار إسلام
Dan setiap negara yang hukum Islamnya mengatasi hukum kafir maka negara itu adalah negara Islam.

d. Ibn Muflih al-Hanbali menyebut:

فكل دار غلب عليها أحكام المسلمين فدار الإسلام، وإن غلب عليها أحكام الكفار فدار الكفر
Maka setiap negara yang mendominasikan atasnya hukum-hukum kaum Muslimin maka ia adalah negara Islam, dan sekiranya mendominasinya hukum-hukum kuffar maka ia adalah negara kafir.

Jika dibandingkan petikan Ibn Muflih oleh saudara seperti di atas, maka membawa konotasi yang berbeza dengan menggunakan perkataan “syi`ar.

Petikan saudara: Ibnu Muflih berkata: “Setiap negara yang mayoritasnya adalah syiar Islam, maka disebut negara Islam. Dan apabila syiar kafir yang mayoritas, maka disebut negara kafir.

6. Takrifan Abu Yu’la dan Ibn Muflih ini boleh disesuaikan dengan kes Kerajaan Uthmaniyyah yang dikatakan ada masuk unsur Sekular sejak kurun ke-19. Kerajaan Uthmaniyyah itu masih dianggap negara Islam selama, kerana asalnya sebuah negara Islam kemudian dimasuki oleh unsur-unsur asing atau dijajah. Selama mana unsur-unsur asing itu atau pengaruh penjajah itu tidak mengatasi hukum-hukum Islam, maka masih dianggap sebagai negara Islam. Berbeza dengan Malaysia yang asalnya selepas merdeka diiktiraf sebagai negara Sekular.

7. Di dalam kitab Bughyat al-Mustarshidin mazhab Shafi`e ada menukilkan tentang takrif negara Islam:

(مسئلة ى) كل محل قدر مسلم ساكن به على الامتناع من الحربيين فى زمن من الازمان يصير دار اسلام تجرى عليه احكام فى ذلك الزمان وما بعده وان انقطع امتناع المسلمين باستيلاء الكفار عليهم ومنعهم من دخوله واخراجهم منه وحينئذ فتسميته دار حرب صورة لا حكما
Setiap tempat didiami masyarakat muslimin berkuasa mempertahankan dari ancaman golongan kafir harbi pada suatu masa dari beberapa masa maka jadilah tempat itu negara Islam yang boleh dilangsungkan hukum-hukum Islam pada zaman itu dan sesudahnya sekalipun pertahanan kaum muslimin terputus sebab orang-orang kafir telah menjajah umat Islam, menghalangi memasuki negara itu dan mengusir umat Islam darinya. Dalam keadaan ini jadilah tempat itu dinamakan dar al-harb secara gambaran dan bukan dar al-harb secara hukumnya.

Takrifan yang diberikan oleh kitab ini sangat menarik sekali lagi menjelaskan tentang sesebuah wilayah yang asalnya Islam tetapi dimasuki unsur-unsur penjajahan dan sekular seperti Turki Uthmaniyyah tersebut. Selagi terlangsung hukum ALlah walaupun separuh tetaplah dianggap sebagai negara Islam sehingga menguasai sepenuhnya oleh kuasa penjajah. Negara itu tetap dinamakan negara Islam walaupun gambarannnya negara Harbi, sebagai dorongan supaya umat Islam membebaskannya.

8. Seorang Ulama Mazhab Shafi`i bernama al-Rafi`i (mungkin beliau yang saudara maksudkan sebagai al-Rosfi`i) berkata:

ثـُـمَّ رَأيْــتُ الـــرَّافِــعِــي وَغَـيْــرَهُ ذَكـَــرُوا نَــقـْـلاً عَــنِ الأصْــحَــابِ أنَّ دَارَ الإسْــلاَمِ ثـَـلاَثـَـةُ أقـْـسَــامٍ : قِــسْــمٌ يـَـسْــكُــنُــهُ الـمُـسْـلِـمُــونَ ، وَقِـسْــمٌ فـَـتـَـحُــوهُ وَأقـَـرُّوا أهْــلَــهُ عَــلَــيْــهِ بِــجـِـزْيـَــةٍ مَـلـَـكُــوهُ أوْ لاَ ، وَقِــسْــمٌ كـَـانُــوا يَــسْــكُــنُــونَــهُ ثـُـمَّ غَــلَــبَ عَــلَــيْــهِ الــكُــفـَّـارُ . قـَـالَ الــرَّافِــعِــيُّ : وَعـَــدُّهُــمُ الــقِــسْــمَ الـثـَّـانِـي يُــبَــيِّــنُ أنـَّـهُ يَــكْــفِـي فِــي كَــوْنـِـهـَـا دَارَ الإسْــلاَمِ كـَـوْنُـــهَــا تـَـحْــتَ إسْــتِـــيْــلاءِ ألإمَــامِ وَإنْ لَــمْ يَــكـُـنْ فِــيــهَــا مُــسْــلِــمٌ . قـَـالَ : وَأمـَّـا عَــدُّهـُـمُالــثـَّـالِــثَ فَــقـَـدْ يُــوْجَــدُ فِـي كـَـلاَمِــهِــمْ مَــا يُــشْــعِــرُ بِــأنَّ الإسْــتِـــيْــلاءَ الــقـَـدِيـْـمَــةَ يَــكْــفِـي لاسْــتِــمْــرَارِ الــحُــكْــمِ
Ringkasnya al-Rafi`i menyatakan bahawa negara Islam adalah negara yang diperintah oleh seorang Islam walaupun rakyat tiada seorangpun Islam. Kemudian dihujungnya al-Rafi`i menyebut sesebuah negara Islam yang dijajah oleh Kafir Harbi, masih dianggap negara Islam cukuplah selagi berjalan hukum-hukum Islam.

Takrifan al-Rafi`i ini adalah sesuai dengan konteks dia mengemukakan pandangan itu, iaitu seseorang pemerintah Islam pada masa itu tidak mungkin mendaulatkan hukum tertingginya selain daripada hukum ALlah yang bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah. Walaupun ada pemerintah Islam yang `Asi dan Fasiq, hukum tertinggi (sovereignty) tetap hukum Allah. Dalam ilmu politik (Siyasah) perkara kedaulatan (kuasa tertinggi) ini adalah penting sama ada negara itu Aristokrasi, Timokrasi, Demokrasi atau lain-lainnya. Hari ini terdapat pemerintah Muslim, tetapi kuasa tertingginya bukan Allah. Takrifan al-Rafi`i ini sesuai pada zamannya. Bagaimanapun beliau tetap menegaskan kepentingan hukum Islam sehingga kalau pemerintah Islam disingkir sekalipun selagi hukum Islam berjalan maka dapat juga dikatakannya sebagai negara Islam.

Dalam meneliti Sirah Rasulullah saw, tiada seorangpun menyebut negara Habsyah itu sebagai negara Islam walaupun hakikatnya diperintah oleh Najasyi yang disahkan sebagai Islam oleh Rasulullah saw. Hijrah ke Habsyah adalah hijrah sementara berbanding hijrah ke Madinah. Jelas sekali sekadar pemerintah seorang Islam tidak mencukupi sebaliknya pemerintah yang mendaulatkan hukum tertingginya al-Qur’an dan al-Sunnah.

9. Maka kita perlu memahami apabila para ulama Silam menyebut negara Islam diperintah oleh pemerintah Islam, ia bersesuaian dengan konteks mereka. Iaitu pemerintah Islam zaman kitab itu dikarang walaupun `Asi atau Fasiq mereka tetap mendaulatkan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai hukum tertinggi. Semasa kerajaan al-Ma’mun yang menganut Mu`tazilah, secara zahirnya al-Qur’an dan al-Sunnah tetap di daulatkan, walaupun berfahaman Mu`tazilah. Fahaman yang salah itu menyebabkan para Ulama bangun menentang al-Ma’mun, yang paling masyhurnya tentangan Imam Ahmad bin Hanbal. Mengapa Imam Ahmad melawan arus menyanggahi al-Ma’mun sedangkan dia Khalifah. Jawapannya kerana al-Ma’mun menganut ajaran salah. Kalau begitu mana lebih sesat antara Mu’tazliah dan Sekularisme? (Saya akan bicarakan tentang sekularisme jika dilapangkan oleh ALlah)

10. Sekarang kita lihat pula dua lagi sifat-sifat negara Islam yang disebutkan oleh para ulama silam, yang ramai tersalah faham iaitu tentang pemerintah mendirikan solat dan berlaku keamanan dalamnya. Saudara memetik pandangan Abu Bakar al-Ismaili seperti berikut:

Malah Al Hafidz Abu Bakar Al-Isma’ili berkata: “(Ahlu Sunnah) berpendapat, bahwa negara itu negara Islam bukan negara kafir sebagaimana yang dikatakan oleh Mu’tazilah, selama adzan untuk sholat masih dikumandangkan, dan penduduknya masih berkuasa dan terjamin keamanan.”

Teks asalnya:

وقال الإمام أبو بكرالإسماعيلي -رحمه الله-: (( ويرون (أي: أهل الحديث): الدار دار الإسلام، لا دار الكفر كما رأته المعتزلة، ما دام النداء بالصلاة، والإقامة ظاهرين، وأهلها ممكنين منها آمنين
Persoalan pertama: Imam Abu bakar menyebut negara Islam bukanlah seperti negara Kafir seperti pandangan Mu’tazilah. Apakah konsep negara bagi Mu’tazilah. Yang paling utama, menurut Mu’tazilah negara atau kepimpinan adalah bukan dari urusan agama tetapi urusan keduniaan yang ditentukan oleh Allah dan Rasulullah saw. Pandangan ini merupakan sebahagian daripada pandangan golongan sekular hari ini. Malah golongan sekular dan liberal ini sekiranya diteliti boleh dianggap sebagai neo-mu’tazilah hari ini.

Persoalan yang kedua: Apakah hubungkait antara solat dan pemerintah. Hubungan banyak disebut dalam hadith sehingga dikatakan tidak memerangi pemerintah selagi mendirikan solat. Dan dalam hadith yang dipetik oleh saudara di atas:

“Tali-tali Islam pasti akan putus satu tali demi satu tali. Maka setiapkali putus satu tali (lalu) manusia bergantung dengan tali yang berikutnya. Dan tali Islam yang pertama kali putus adalah hukum(nya), sedang yang terakhir (putus) adalah shalat.” (Hadits riwayat Ahmad dari Abi Umamah)

Kata Sheikh `Abd al-`Aziz bin Baz, hadith ini menjelaskan bahawa Islam akan ikatan Islam akan terungkai satu demi satu sehingga menjadi asing sepertimana hadith tentang Ghuraba’ yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Kemudian beliau menyebut tentang yang pertama terungkai hukum sebagai berikut:

عدم الحكم بشرع الله وهذا هو الواقع اليوم في غالب الدول المنتسبة للإسلام. ومعلوم أن الواجب على الجميع هو الحكم بشريعة الله في كل شيء والحذر من الحكم بالقوانين والأعراف المخالفة للشرع المطهر
Iaitu terhapusnya hukum-hukum syara` Allah sebagaimana keadaan hari ini yang kelihatan dominan di negara-negara yang dikaitkan dengan Islam. Dan dimaklumi secara menyeluruh bahawa berhukum dengan Shari’ah ALlah adalah wajib dan berwaspada dari hukum-hukum yang berlawanan dengan Shara’ yang murni.

Kemudian dia tambah lagi dengan satu penyataan yang sangat tegas:

وقد أوضح العلماء رحمهم الله أن الواجب على حكام المسلمين أن يحكموا بشريعة الله في جميع شؤون المسلمين، وفي كل ما يتنازعون فيه، عملاً بهذه الآيات الكريمات، وبينوا أن الحاكم بغير ما أنزل الله إذا استحل ذلك كفر كفراً أكبر مخرجاً له من الملة الإسلامية، أما إذا لم يستحل ذلك وإنما حكم بغير ما أنزل الله لرشوة أو غرض آخر مع إيمانه بأن ذلك لا يجوز، وأن الواجب تحكيم شرع الله، فإنه بذلك يكون كافراً كفراً أصغر، وظالماً ظلماً أصغر، وفاسقاً فسقاً أصغر

Dari pandangan Sheikh Bin Baz ini menunjukkan bahawa fenomena itu berlaku sekarang sebagaimana beliau menyebut tentang meninggalkan solat pula sebagai berikut:

فمعناه كثرة التاركين لها والمتخلفين عنها. وهذا هو الواقع اليوم في كثير من البلدان الإسلامية.
Maka ertinya telah ramai meninggalkan solat dan bertentangan dengannya. Dan ini adalah keadaan hari ini di kebanyakan negara-negara Islam. Jelas sekali beliau merujuk kepada suasana hari ini. Sememangnya hukuman pemerintah Islam sangat berkait rapat dengan meninggal solat, kerana salah satu hukum Shari’ah ialah mendera meeka yang meninggalkan solat dan mewujudkan muhtasib untuk memerintah orang ramaai menunaikan solat termasuk ke masjid. Maka yang dimaksudkan terungkainya hukum itu ialah hukum-hukum shari’ah mulai ditinggalkan.

Perkara ini menjelaskan dengan lebih sempurna tentang ciri-ciri pemerintah Islam yang menjadi ketua negara Islam dan hubungkaitnya dengan solat. Perkara ini ditegaskan oleh ayat al-Qur’an dengan lebih panjang lebar tentang siapa pemerintah yang mendirikan solat itu seperti mana ayat 41 Surah al-Hajj. Pemerintah yang mendirikan solat itu terangkum dalamnya ciri-ciri yang lebih lanjut iaitu mengeluarkan zakat, menyuruh kepada ma`ruf, mencegah kemungkaran dan segala urusan pemerintahnya merujuk kepada ALlah. Adakah ciri-ciri pemerintah yang mendirikan solat itu terdapat pada pemerintah Malaysia hari ini. Terutama ciri yang terakhir mengembalikan segala urusan (pemerintahan) kepada ALlah. Pemerintah sekular jelas terkeluar daripada ciri-ciri yang digariskan oleh al-Qur’an ini.

11. Kemudian takrifan negara Islam Imam Abu Bakar ini menyebut berlaku keamanan dalam negara tersebut. Adakah semasa pemerintahan Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali berlaku keamanan. Kalau begitu tidak dikatakan pemerintah mereka sebagai negara Islam. Jelas sekali takrifan aman itu bukan seperti yang saudara faham. Takrifannya begitu lengkap disebut oleh ALlah swt dalam ayat 55 surah al-Nur:

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ ڪَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَہُمُ ٱلَّذِى ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّہُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنً۬ا‌ۚ يَعۡبُدُونَنِى لَا يُشۡرِكُونَ بِى شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Maksud keamanan yang disebut oleh al-Qur’an ialah apabila pemerintahan jatuh ke tangan mereka yang beriman lagi soleh yang memperkukuhkan kedudukan Islam dan hukum-hukumnya, lalu dengan pemimpin yang baik tersebut dan terlaksanakan hukum-hukum Islam, Allah memberikan keamanan. Dan ini dikuatkan lagi dengan ayat 3-4 surah Quraysh:

فَلۡيَعۡبُدُواْ رَبَّ هَـٰذَا ٱلۡبَيۡتِ (٣) ٱلَّذِىٓ أَطۡعَمَهُم مِّن جُوعٍ۬ وَءَامَنَهُم مِّنۡ خَوۡفِۭ (٤)
Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini, (3) Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan. (4)

Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa yang memberi keamanan ialah Tuhan yang menguasai kaabah ini (ALlah). ALlah memberi keamanan antaranya dengan menunjuki hukum-hukum Shari’ahnya yang akan mengamankan kehidupan manusia. Oleh yang demikian, maksud berlaku keamanan dalam takrifan dengan negara Islam oleh para ulama silam itu adalah perlaksanaan hukum-hukum Shari’ah.

12. Hari ini umat Islam menghadapi fahaman salah bentuk baru yang menyerupai Mu’tazilah, Qadariyah, malah lebih sesat lagi seperti Deism, Agnosticism dan Secularism. Sheikh `Abd al-`Aziz bin Baz menyebut tentang Sekularism sebagai fahaman yang menentang Islam sebagaimana katanya:

أي من نواقض الإسلام – من اعتقد أن الأنظمة القوانين التي يسنها الناس أفضل من شريعة الإسلام ، أو أن نظام الإسلام لا يصلح تطبيقه في القرن العشرين
Siapa yang menentang Islam – iaitu sesiapa yang meyakini sesungguhnya hukum dan perundangan yang direka oleh manusia lebih baik dari Shari`at Islam atau meyakini sistem hidup tidak sesuai untuk kurun ke 20.

Kemudian berkata pula Sheikh Salleh Fauzan:

بيّن فضيلة الشيخ الدكتور صالح بن فوزان الفوزان – عضو هيئة كبار العلماء وعضو اللجنة الدائمة للإفتاء – أنّ العلمانيين ملاحدة شرّ من المنافقين معلّلاً ذلك بأنّهم لا يرون إدخال الدين في أمور الناس كالسياسة والمعاملات وغيرها، وإنما يرونه للعبادة في المساجد فحسب
Sesungguhnya golongan sekular adalah mulhid (athies) lebih buruk dari munafiqin disebabkan mereka meninggalkan berpegang dengan agama daripada urusan kemanusian seperti politik, mu`amalat dan lain-lainnya. Mereka hanya melihat Islam hanya ibadah di masjid.
Hari ini, kebanyakan mereka yang menentang sekularisme ini disebabkan fatwa-fatwa yang tegas dari ulama-ulama tersebut selain daripada ulama-ulama dunia Arab yang lain. Berpegang pada prinsip menolak sekular ini penting, tetapi tidak bermudah-mudah menghukum seseorang itu kafir disebabkan itu.

13. Negara Malaysia sejak merdeka diisytiharkan sebuah negara sekular dan diakui oleh beberapa pimpinan UMNO pada 1950an, 1960an dan 1970an sebagai negara sekular. Almarhum Tunku Abdul Rahman sendiri ketika menjelaskan maksud Islam sebagai agama rasmi menyebutnya sebagai ‘ceremonial religion’ atau agama upacara dan peruntukan itu tidak menafikan sifat negara Malaysia sebagai negara sekular. Terdapat banyak ucapan pemimpin-pemimpin UMNO yang berbau sekular dan berbangga dengan sekular.

Pimpinan PAS yang berguru dengan Sheikh `Abd Aziz Bin Baz inilah termasuk Presiden PAS sendiri yang telah berusaha membersihkan fahaman-fahaman ini dalam masyarakat. Alhamdulillah, hari ini suara-suara seperti itu semakin berkurangan. Bila masyarakat mulai sedar tentang Islam yang syumul, barulah wujud suara-suara menolak sekular dalam UMNO. Apakah menentang fahaman sekular yang menjadi pegangan pemerintah itu dikatakan sebagai Khawarij? Adakah pemerintahan Sayyidina Ali pemerintah sekular, sepertimana dasar pemerintahan di Malaysia?

14. Berhubung dengan kenyataan saudara bahawa sekularisme telah lama dilaksanakan di Turki sebelum keruntuhannya pada tahun 1924, pada saya kenyataan itu agak ekstrim. Saya melihat saudara keliru atau cuba mengelirukan pembaca dengan menyatakan sekularisme telah terlaksana di Turki. Tulisankenalan baik saya ini, Dr Ridzuan Othman bukannya bermaksud sekularisme telah terlaksana sebagai hukum tertinggi negara, tetapi AMALAN sekularisme telah menyusup masuk dalam kerajaan Uthmaniyyah. Dalam tulisan itu Dr Ridzuan menyebut beberapa faktor yang membawa kelemahan sehingga meruntuhkan kerajaan itu, ialah pegangan kerajaan yang semakin longgar terhadap Islam antaranya mula mengimport amalan sekularisme dalam pendidikan dan mulai longgar dalam pelaksanaan shari`ah.

Sekularisme tidak terlaksana sebagai hukum tertinggi pada ketika itu sepertimana sekularisme di Malaysia selepas kemerdekaan. Dalam pemerintahan Uthamaniyyah Turki ada dua pengasingan kuasa yang penting iaitu Wizarah (kementerian) yang melaksanakan tugas eksekutif dan Jabatan Mufti yang menjaga utusan legislatif. Penyusupan amalan sekular itu berlaku dalam Wizarah bukannya Jabatan Mufti. Jabatan Muftilah yang memastikan kedaulatan tertinggi adalah al-Quran dan al-Sunnah. Kerajaan Uthamaniyyah itu masih dikatakan kerajaan Islam disebabkan hukum tertingginya masih lagi al-Quran dan al-Sunnah, walaupun sudah ada penyusupan amalan-amalan luar. Telah dijelaskan sebelum tentang sesebuah pemerintahan yang asalnya negara Islam tetapi kemudiannya mulai terjajah dan pelaksanaan hukumnya mulai terhakis.

15. Saudara menyebut mereka yang menentang Kerajaan Uthmaniyyah ketika itu disebut Khawarij. Saya melihat saudara perlu menjelaskan siapa yang menyatakan demikian, supaya kita boleh melihat apakah hujahnya menyatakan golongan penentang itu Khawarij. Dalam Fiqh Islam mereka yang keluar menentang pemerintahan Islam dengan bersenjata, mereka dikategorikan sebagai Bughah. Para ulama Islam telah membezakan golongan Bughah dan golongan Khawarij, walaupun kedua-duanya ada ciri yang bertindih dari segi keluar dengan kekuatan menentang pemerintah Islam. Memang ada tulisan-tulisan yang menyebut Wahhabi sebagai Khawarij kerana keluar bersenjata menentang kerajaan Uthmaniyyah. Jika itu yang saudara maksudkan, maka kemukakan tulisan manakah?, supaya dapat dibezakan antara Bughah dan Khawarij.

Saturday, December 18, 2010

Akhirnya Dia Kembali Menemui Yang Maha Pencipta

Semalam hari yang agak sibuk walaupun aku mengambil cuti rehat. Pada tengaharinya menyampaikan tazkirah dan khutbah di Masjid TTDI Shah Alam. Kemudian sebelah malamnya menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid al-Rahman Universiti Malaya. Dalam tazkirah dan kuliah tersebut aku mengupas berhubung persoalan kematian, secara khusus berdasarkan kitab Sharah al-Sudur oleh Imam al-Suyuti. Dalam tazkirah di Masjid TTDI, aku mengupas berhubung dengan seseorang yang cerdik atau pintar iaitu seseorang yang menyempitkan nafsunya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Kemudian dalam kuliah di Masjid al-Rahman pula, aku mengupas perihal prinsip kehidupan seseorang Islam dalam berseronok dan bermewah. Prinsip Islam jelas tidak menghalang seseorang mencari kegembiraan dan mencari harta dengan syarat tidak berlebih-lebihan. Bagi mengimbangi keseronokan dan kemewahan, maka seseorang itu perlu selalu mengingati mati.

Sekitar tengah malam aku masuk tidur untuk bangun awal menyiapkan sedikit persiapan untuk satu mesyuarat pukul 10.00 pagi esoknya. Namun sehingga pukul 1 lebih barulah mata mahu lelap. Sekitar pukul 3.30 pagi terdengar bunyi SMS dari telefon bimbit di sebelah katil. Aku terus melihat mesej dari siapa? Tertera di skrin telefon itu nama Masafzal, lalu terdetik dalam hati kenapa pula Masafzal hantar mesej di waktu dinihari ini? Aku terkejut dan terharu bila membaca mesej "Salam, adinda kami Masafzal telah kembali ke rahmatullah .... daripada Masafendi". Memoriku terus terimbau saat-saat bersama Masafzal mengerakkan usaha dakwah sewaktu di United Kingdom. Tidak mungkin dilupakan, beliau yang ketika itu sedang bertarung dengan kenser darah terus bersemangat memikul bebanan tugas yang begitu berat memimpin usaha dakwah pelajar Malaysia di sana. Pernah kami bertemu di timur England untuk satu mesyuarat, beliau dalam keadaan yang agak lemah dengan rambutnya yang gugur akibat kesan kimoterapi.

Akan tetapi semangatnya tidak luntur untuk meneruskan urusan tarbiyah dan dakwah. Aku terus memberi semangat supaya beliau tidak mengalah bertarung dengan penyakit yang dialami. Kami kembali ke tanahair pada tahun yang sama iaitu 2009, walaupun aku kembali lebih dahulu. Ketika beliau kembali, aku dimaklumkan kenser darah yang dialaminya datang kembali, dan beliau mahu meneruskan kehidupannya di tanahair dengan berikhtiar secara perubatan alternatif. Selepas itu kami bertemu beberapa kali dalam program selain daripada berhubung menerusi panggilan telefon dan sms. Kali terakhir bertemu dalam program yang dianjurkan oleh Alumni Lembah Beringin, dan aku dijemput untuk memberi ucapan. Wajah Masafzal kelihatan pucat dan susut tetapi bersemangat. Aku terus memberi semangat kepadanya, kerana setakat itulah yang aku mampu sebagai seorang sahabat. Lebih kurang beberapa minggu lepas aku hantar sms bertanya khabar. Beliau memberitahu keadaannya stabil dan sihat.

Kemudian 3 minggu yang lalu aku diberitahu beliau dimasukkah ke wad kerana jangkitan paru-paru dan demam. Pada hari Ahad dua minggu yang lalu, aku mengambil kesempatan yang ada untuk menziarahinya di wad. Masih teringat lagi beliau yang sedang bernafas melalui peralatan bantuan, terus ingin bersembang dan berkata-kata. Yang masih aku ingat beliau memberitahu bapanya, "Yang datang ini orang besar". Beliau begitu bersemangat untuk bersembang, cuma aku pula begitu simpati untuk menyusahkan beliau yang begitu payah untuk mengeluarkan suara. Aku meminta beliau bersabar dan terus bersemangat. Menurut bapanya, keadaannya semakin beransur pulih dan mungkin dalam beberapa hari beliau boleh keluar. Minggu lepas aku menziarahi Acheh tiga hari dan tidak berkesempatan untuk pergi sekali lagi ke Hospital Ampang melawatnya. Tiba-tiba dinihari ini aku mendapat berita yang begitu menyedihkan beliau telah kembali menemui Allah rabbul jalil. Aku terus membalas SMS yang diterima dengan mengucap takziah dan menyatakan keyakinanku, insyaAllah beliau ditempatkan bersama golongan yang salihin. Al-fathihah untuk al-ruh Masafzal.

Tuesday, November 30, 2010

Kehambaan Melayu dan Ketuanan Allah

Sehari dua ini sibuk dibicarakan perihal Ketuanan Melayu ekoran kenyataan Dr Wan Azizah tentang hasrat PKR menghapuskan ketuanan tersebut. Isu ini sangat berkait rapat dengan permasalahan perkauman yang masih belum selesai bahkan menjadi nadi bagi parti politik perkauman seperti UMNO. Prinsip ajaran Islam begitu jelas, bahawa seluruh manusia ini adalah hamba Allah yang diberi amanah untuk memikul tugas Khalifah di atas muka bumi. Berdasarkan prinsip tersebut para pencinta Islam berebut-rebut untuk menjadi hamba Allah bukannya berlagak tuan kepada mana-mana makhluk di dalam alam semesta ini. Dalam surah al-Isra', Allah memanggil makhluk yang paling dikasihinya Nabi Muhammad s.a.w. dengan gelaran hambaNya.

Demikian juga, ketika Tawus al-Yamani menghadap Hisham bin Abdul Malik beliau hanya memanggil nama "Ya! Hisham", bukannya dengan gelarannya sebagai pemerintah agung atau ketua kerajaan. Hisham yang begitu marah lalu bertanya kepada Tawus, mengapa beliau tidak memanggilnya dengan gelaran itu? Lalu Tawus menyatakan bahawa Allah memanggil mereka yang dikasihinya seperti yang termaktub dalam al-Quran dengan nama masing-masing seperti Dawud a.s. dan Isa a.s., malah menyebut dengan gelaran hamba seperti dalam surah al-Isra' tersebut. Sebaliknya Dia memanggil golongan yang dimurkainya dengan gelaran. Dengan sebab itu, seharusnya kita berebut-rebut menjadi hamba kepada Allah.

Namun demikian manusia sangat gemar meninggi-niggikan kedudukan mereka menjadi tuan kepada yang lain. Semasa zaman Feudal sama ada di Eropah dan sebahagian dunia yang lain , kuasa mutlak terletak kepada seseorang individu, manakala jiwa memperhambakan diri seharusnya ada pada setiap rakyat. Lalu tercetusnya Revolusi Perancis yang membebaskan jiwa manusia di Eropah dari kehambaan, yang melihat semua manusia adalah mempunyai hak dan suara yang sama. Malangnya manusia yang telah bebas dari jiwa kehambaan ini kemudiannya memperhambakan manusia di bahagian dunia yang lain atas nama 'tanggungjawab manusia berkulit putih'. Kemudian mereka memperhambakan manusia bukan berkulit putih.

Berikutan itu, manusia bukan berkulit putih berjuang pula untuk menuntut hak dan suara mereka sebagai seorang menusia. Antara kejayaan golongan ini yang terakhir, ialah di Afrika Selatan dengan menghapuskan Dasar Apartheid. Dalam dasar ini mereka yang bukan berkulit putih dianggap lebih rendah dan mendapat layanan kelas kedua dalam negara. Dasar ini telah berjaya dihapuskan pada tahun 1994 melalui perjuangan yang begitu lama diketuai oleh Nelson Mandela. Semua pihak mengutuk Dasar Apartheid ini termasuklah mereka yang bergantung kepada politik rasisme seperti UMNO, seolah-olah mereka tidak menyedari mereka memperlakukan perkara yang hampir sama semasa di tampuk kuasa.

Setelah masyarakat global menyedari sepatutnya tiada segolongan kecil manusia yang menjadi tuan lalu memperhambakan segolongan besar manusia yang lain, tiba-tiba masyarakat manusia yang sedar ini pula bertindak mencabuli hak-hak makhluk Allah yang lain. Masyarakat manusia telah menjadikan haiwan sebagai bahan-bahan mentah atas nama kemajuan sektor penternakan. Haiwan-haiwan yang diternak ini dinafikan hak mereka untuk bervariasi (kepelbagaian) melalui teknik-teknik reproduksi moden yang melahirkan haiwan yang mempunyai hanya ciri-ciri yang dikehendaki. Haiwan-haiwan ini juga dinafikan daripada tabiat semulajadi mereka seperti bersosial dan mendiami habitat yang sesuai. Hak dan suara haiwan-haiwan ini kemudiannya diperjuangkan oleh sekumpulan manusia yang menggelarkan kumpulan mereka dengan Animal Right.

Kemudian datang pula sekumpulan manusia yang menyatakan bahawa perjuangan kumpulan Animal Right ini sempit kerana hanya memperjuangkan hak dan suara komponen-komponen alam yang hidup (living being), sedangkan melupai hak dan suara komponen-komponen alam yang tidak hidup. Mereka ini berinspirasikan Aldo Leopold yang telah menulis pandangannya dalam "The Land Ethics". Menurut Leopold, semasa zaman Greek silam, Oddeyseus menganggap hamba itu bukan manusia sebaliknya harta, sedangkan hari ini masyarakat manusia telah memberi hak manusia kepada sesiapa yang berbiologikan manusia. Lalu Leopold menyatakan, kita seharusnya memanjang perkara yang sama kepada seluruh komponen alam yang hidup atau bukan hidup, yang sebelum ini manusia menganggapnya juga sebagai harta.

Demikianlah manusia, dengan naluri kemanusiaannya menuntut hak dan suara masing-masing. Bagi menusia yang sempit kemanusiaannya dan tinggi kepentingan dirinya, menuntut hak dan suara itu bagi sekumpulan yang sempit seperti pejuang Ketuanan Melayu. Bagi menusia yang luas kemanusiaanya dan tinggi toleransinya, menuntut hak dan suara untuk sekumpulan yang lebih besar malah merangkumi hak dan suara bagi komponen bukan manusia seperti pejuang Animal Right dan Deep Ecology. Bagi manusia yang sederhana kemanusiaannya dan di peringkat pertengahan kepentingan diri dan toleransinya, menuntut hak itu bagi sekumpulan yang sederhana seperti pejuang hak asasi manusia.

Masing-masing mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan masing-masing. Golongan Feudal mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan feudalisme mereka. Golongan kulit putih mentakrifkan hak dan suara itu mengikut rasisme mereka. Golongan pejuang hak asasi manusia mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan humanisme mereka. Golongan Individualisme mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan Libertarianisme mereka. Golongan Animal Right dan Deep Ecology mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan environmentalism mereka. Dan di Malaysia, UMNO mentakrifkan hak dan suara itu mengikut takrifan rasisme atau perutisme (kepentingan perut) mereka.

Mereka semua lupa bahawa mereka bukan Tuhan yang menciptakan Alam Semesta ini. Mereka tidak berhak menentukan hak siapa yang mesti lebih dan hak siapa yang mesti kurang, atau suara siapa yang didahulukan dan suara siapa yang dikemudiankan. Bukankah yang berhak menentukan hak siapa yang lebih dan suara siapa yang didahulukan adalah Tuhan yang Maha Adil. Tuhan yang Maha Adil itulah menentukan siapa yang berhak dan siapa yang tidak berhak, atau siapa yang didahulukan suaranya dan siapa yang dikemudiankan suaranya. Tuhan yang Maha Adil itu bebas dari pergantungan kepada makhluknya, justeru ketentuannya adalah semata-mata atas sifatNya yang Maha Adil.

Allah yang Maha Adil itulah Tuan seluruh makhluk, manakala kita ini semuanya adalah hamba. Bagi mengetahui siapakah yang berhak dan suara siapakan yang didahulukan, maka Tuhan yang Maha Adil itu menurunkan wahyuNya dan mengutuskan pesuruhNya. Melalui wahyu dan pesuruhNya itu kita mengetahui adakalanya pemimpin lebih berhak, adakalanya rakyat lebih berhak, adakalanya satu kaum lebih berhak, adakalanya manusia lebih berhak, adakalanya haiwan lebih berhak dan adakalanya komponen alam yang tidak hidup lebih berhak. Melalui wahyu dan pesuruhNya juga kita mengetahui adakalanya suara pemerintah didahulukan, adakala suara rakyat didahulukan, adakalanya suara sesuatu kaum didahulukan, adakalanya suara manusia didahulukan, adakalanya suara haiwan didahulukan dan adakalanya suara komponen alam yang tidak hidup didahulukan.

Kesemua perkara tentang yang berhak dan tidak berhak, atau yang mempunyai suara dan tidak mempunyai suara ini termaktub secara terang dan panjang dalam ajaran Islam. Pada pandangan saya inilah konsep sebenar Ketuanan Islam iaitu Ketuanan Allah secara mutlak ke atas hamba-hambaNya.

Friday, August 27, 2010

Bukan Islam Masuk Masjid: Siapa yang Jahil?

Persoalan berkaitan dengan hukum golongan bukan Islam masuk ke masjid bukan sekadar telah dibincangkan panjang lebar oleh para fuqaha Islam di dalam kitab-kitab Fiqh, bahkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1 Mac 2010 sendiri telah mengeluarkan fatwa seperti berikut:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang."

Berdasarkan fatwa tersebut maka seseorang bukan Islam harus masuk dengan keizinan pengurusan masjid atau surau dengan berpakaian sopan. Demikian toleransi yang terdapat dalam Islam tidak seperti yang difahami oleh mereka yang berfahaman nasionalis.

Menyedari telah adanya fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, maka kenyataan Pengarah JAIS berhubung seorang wakil rakyat bukan Islam masuk ke sebuah surau di Serdang menyerlahkan kejahilannya berhubung dengan hukum-hakam Islam. Mungkin juga tindakan beliau menghalang wakil rakyat bukan Islam itu lebih bermotifkan politik. Jika demikian, beliau sepatutnya tidak menggunakan platform JAIS itu untuk tujuan politik sempit, apalagi menyalahi ketetapan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saturday, July 31, 2010

Taysir al-Ziwaj: Pengurusan Nafsu Dalam Islam

Sesungguhnya Islam merupakan sebuah cara hidup yang menepati fitrah kehidupan manusia. Sebagai seorang manusia, secara fitrahnya dikurniakan nafsu shahwat oleh Allah untuk melangsungkan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di atas mukabumi ini. Firman Allah swt:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِ‌ۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

Mafhumnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga) (Ali Imran:14).

Menyedari betapa perlunya nafsu shahwat sebagai memenuhi fitrah manusia, maka Islam yang diturunkan oleh Allah swt tidak bertujuan untuk menghapuskan nafsu shahwat tersebut, sebaliknya mengkehendaki manusia menguruskannya supaya menepati perintah-perintah Allah dan meninggalkan larangan-laranganNya. Pengurusan nafsu shahwat inilah merupakan antara tujuan diwajibkan berpuasa dan mereka yang berjaya menguruskannya menurut tatacara Islam akan mencapai darjat takwa. Sekiranya diteliti kepada ayat-ayat al-Quran berhubung dengan kewajipan berpuasa daripada ayat 183 hingga ayat 187 surah al-Baqarah, jelas sekali kewajipan puasa itu bukanlah untuk menghapuskan nafsu shahwat sebaliknya melatih supaya manusia mengawalnya. Di dalam ayat 187 Allah berfirman:

أُحِلَّ لَڪُمۡ لَيۡلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآٮِٕكُمۡ‌ۚ هُنَّ لِبَاسٌ۬ لَّكُمۡ وَأَنتُمۡ لِبَاسٌ۬ لَّهُنَّ‌ۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّڪُمۡ كُنتُمۡ تَخۡتَانُونَ أَنفُسَڪُمۡ فَتَابَ عَلَيۡكُمۡ وَعَفَا عَنكُمۡ‌ۖ فَٱلۡـَٔـٰنَ بَـٰشِرُوهُنَّ وَٱبۡتَغُواْ مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۚ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِ‌ۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِ‌ۚ وَلَا تُبَـٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمۡ عَـٰكِفُونَ فِى ٱلۡمَسَـٰجِدِ‌ۗ تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقۡرَبُوهَا‌ۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ

Mafhumnya: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa.

Ayat di atas merupakan satu pentunjuk yang jelas bagaimana Islam memberi perhatian yang jelas tentang pengurusan nafsu shahwat dengan menetapkan waktu-waktu tertentu dalam kehidupan manusia yang diharamkan, diwajibkan, diharuskan dan dimakruhkan melakukan persetubuhan.

Dengen pengertian yang lain, sekiranya nafsu shahwat ini tidak diuruskan dengan baik mengikut kehendak Islam, maka manusia akan terjebak dalam kehidupan yang keji dan menuju kepada kehancuran peradaban. Secara umumnya ajaran Islam telah menentukan sekurang-kurangnya lima aspek yang penting berkaitan dengan pengurusan nafsu shahwat ini iaitu:

a. Peraturan Perkahwinan
b. Penyempurnaan Ibadah Khusus
c. Pendidikan Kejantinaan
d. Kawalan Pergaulan
e. Pelaksanaan Hukum Hudud

Melalui kelima-lima aspek inilah nafsu shahwat manusia boleh diuruskan dengan baik dan mengelakkan mereka daripada perlakuan keji.

Dalam membincangkan isu yang berkaitan dengan wabak zina, rogol dan pembuangan bayi dalam masyarakat hari ini, kertas cadangan ini akan memberi tumpuan kepada aspek yang pertama iaitu bagaimana Peraturan Perkahwinan dalam Islam boleh dijadikan agenda yang besar ke arah mengurangkan seterusnya mengatasi wabak ini. Cadangan ini akan melihat aspek Peraturan Perkahwinan ini dengan menekankan kepada kecederungan Islam untuk menyenangkan urusan perkahwinan (Taysir al-Ziwaj). Firman Allah swt:

وَأَنكِحُواْ ٱلۡأَيَـٰمَىٰ مِنكُمۡ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنۡ عِبَادِكُمۡ وَإِمَآٮِٕڪُمۡ‌ۚ إِن يَكُونُواْ فُقَرَآءَ يُغۡنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضۡلِهِۦ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ۬

Mafhumnya: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui (al-Nur:32).

Dan juga Sabda Rasulullah saw dari Abdullah bin Mas`ud:

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Mafhumnya: Wahai pemuda,sesiapa sahaja daripada kamu yang mempu untuk berkahwin,hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Dan sesiapa diantara kamu yang tidak mampu,maka hendaklah dia berpuasa,kerana ia boleh menjadi perisai (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan kepada kecenderungan Islam untuk menggalakkan perkahwinan sebagai jalan keluar daripada pebuatan keji, maka sewajarnya dicadangkan satu amalan perkahwinan yang boleh menghindarkan golongan muda daripada zina seterusnya melakukan pembuangan dan pembunuhan bayi, iaitu Nikah Khitbah (Nikah Gantung).

Wednesday, June 30, 2010

Bapaku Seorang yang Sungguh Amanah

Kita selalu dipaparkan dengan kisah-kisah berkaitan dengan jenazah golongan yang dirahmati oleh Allah. Semoga kita juga diberikan kemuliaan oleh Allah seperti apa yang berlaku ke atas mereka. Di sini aku ingin berkongsi pengalaman semasa menguruskan jenazah ayahandaku yang meninggal dunia lebih dua bulan lalu, semoga beliau turut digolongkan Allah ditempat golongan yang soleh. Ayahandaku hanyalah seorang imam kampung dan ustaz sekolah rendah. Akan tetapi sewaktu hari kematiannya aku dapat melihat kemudahan dan kemuliaan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Beliau meninggal dunia di luar bilik air setelah berwuduk untuk mendirikan solat Subuh. Sejak bulan Julai 2009 yang lalu, beliau telah memohon berhenti menjadi Imam disebabkan tidak lagi mampu berjalan dengan baik dan memerlukan kerusi roda dan bertongkat. Demikianlah beliau ke bilik air, terpaksa menggunakan sokongan tersebut. Sewaktu beliau jatuh di luar bilik air, lengannya telah tergesel dengan sesuatu (kerusi roda) dan berdarah.

Jenazah beliau telah dihantar ke hospital dan doktor mengesahkan beliau telah meninggal sewaktu jatuh tersebut. Aku hanya sempat melihat jenazah beliau selepas dibawa pulang dari hospital, dan aku lihat mukanya begitu tenang dan berseri seperti orang yang sedang tidur. Beberapa guru sekolah rendah di kampungku yang datang menziarah kami turut menyatakan kepada adik iparku selepas beberapa hari, muka jenazah ayahandaku bercahaya. Jenazahnya kemudian telah dimandikan oleh aku sendiri sebagai anak lelaki tunggal selepas zolat Zuhur iaitu kira-kira 8 jam setelah beliau menghembuskan nafas terakhir.

Bilamana aku membuka penutup jenazah, aku lihat luka ditangannya masih mengeluarkan darah dan jenazahnya kelihatan berpeluh sedangkan tubuhnya seperti jenazah-jenazah yang lain sejuk. Sewaktu memandikan jenazahnya, semuanya berlaku dengan begitu mudah. Sepertimana biasa sewaktu memandikan jenazah, kita perlu mengurut perut si mati untuk mengeluarkan najis-najis yang masih tertinggal. Setelah aku memperlakukannya ke atas jenazah ayahandaku, tiada apa-apa yang keluar.

Seorang pembantuku yang juga imam sebuah surau berhampiran menyatakan jenazah Ustaz ni memang telah sedia bersuci sebelum menghadapi kematian sebab itu tidak banyak yang perlu dilakukan semasa memandikan jenazahnya. Jenazah kemudiannya di bawa ke masjid untuk disembahyangkan dan kemudian ke tanah perkuburan berhampiran. Kesemuanya berlaku dengan begitu mudah dan lancar di samping cuaca yang baik. Bagaimanapun hujan mulai turun sewaktu kuburnya dikambus dan doa dibacakan.

Semasa memilih tapak kuburnya, pihak pengurusan kubur bertanya kepadaku di mana kawasan yang handak dipilih. Aku menunjukkan kawasan yang paling hampir dipintu masuk kawasan perkuburan, iaitu berhampiran dengan kubur datuk dan nenek ayahandaku dan juga kuburnya adikku (yang meninggal sewaktu lahir pada tahun 1979). Kubur-kubur itu adalah kubur yang lama, kerana datuk dan nenek beliau meninggal pada tahun 1942 dan 1943. Biasanya kawasan berhampiran kubur-kubur lama itu telah penuh, tetapi dengan izin Allah tapak kubur yang digali untuk ayahandaku masih kosong.

Pada satu malam setelah beberapa minggu ayahandaku meninggal dunia aku bermimpi, ada jenazah yang hendak dikebumikan di sebelah kubur beliau. Ketika kuburnya digali, maka mereka tergali liang lahad kubur ayahandaku. Di dalam mimpiku itu, kejadian tersebut berlaku beberapa lama setelah ayahandaku meninggal. Ketika terlihat jenazah ayahandaku, kain kapannya telah reput lalu tersingkap jenazahnya yang masih dalam keadaan seperti baru meninggal dunia, malah dahi dan mukanya seperti berpeluh.

Terdetik dalam hatiku kegembiraan melihat keajaiban tersebut. Bagaimanapun aku agak terkejut bila melihat ada setompok hitam di lengan kanannya seperti terbakar, walaupun jasadnya masih elok. Tiba-tiba aku tersedar dari mimpi iaitu kira-kira pukul 4.00 pagi. Aku menganggap mimpi itu hanya permainan tidur, walaupun sebenarnya memang aku sangat berhasrat bertemu dengan ayahandaku di dalam mimpi. Beberapa hari sebelum itu aku menelaah kitab al-Tazkirah Imam Qurtubi dan telah aku tandakan satu bab yang berkaitan dengan mimpi orang yang hidup terhadap orang yang telah mati.

Keesokan harinya aku terus berfikir, mungkinkah mimpi itu ingin menyatakan sesuatu kepadaku. Kemudian aku teringat, kakakku pernah menyebut bahawa elaun Imam ayahandaku masih masuk dalam akaunnya walaupun selepas empat bulan beliau menghantar surat meletakkan jawatan. Terdetik dalam hatiku, agaknya mimpi itu ingin menyatakan ada sesuatu yang masih belum selesai berkaitan dengan urusan dunia ayahandaku. Semasa cuti sekolah yang lalu aku minta kakakku untuk mengemaskini akaun ayahandaku, dan memang benar elaun itu masih masuk sehingga bulan lalu.

Lalu aku meminta kakakku pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah memaklumkan supaya diberhentikan elaun itu dan bertanya bagaimanakah untuk memulangkan kembali elaun tersebut. Kini aku rasa bertambah terharu kerana ayahanda yang sememangnya aku kenali seorang yang sangat jujur dan amanah, seperti mengkehendaki aku tidak mengabaikan perkara yang berkaitan dengan elaun tersebut. Sewaktu beliau berkhidmat sebagai Ustaz di sekolah, sifat jujur dan amanah beliau begitu terserlah sehingga boleh dikira sangat sedikit beliau mengambil cuti.

Beliau akan meredah hujan dan panas dengan bermotosikal untuk ke sekolah sehinggalah beliau bersara. Beliau tidak mahu membeli kereta kerana baginya duit yang ada boleh diguna untuk keperluan yang lain, walaupun beliau mempunyai bukan sekadar lesen memandu kereta bahkan lesen memandu lori besar. Sepanjang pengetahuanku beliau jarang-jarang mengambil cuti sakit kecuali jika beliau mengalami sakit yang amat berat dan tidak berkemampuan ke sekolah.

Beliau pernah menyatakan kepadaku supaya jujur dan amanah, disebabkan kita dibayar gaji oleh dana awam (rakyat). Pernah satu ketika beliau memberitahu aku, Allah seolah-olah memberi balasan 'cash' kepada kami sekeluarga disebabkan Ayahandaku mengambil cuti untuk menghadiri satu perbicaraan menyaman RISDA di Kuala Lumpur. Sewaktu ayahandaku di Kuala Lumpur, rumahku telah dilanda ribut dan atap ruang tamu rumahku telah diterbangkan angin.

Bila ayahandaku pulang, beliau seperti sudah bersedia untuk menerima hakikat tentang kejadian itu. Beliau memberitahuku, sepanjang berada di Kuala Lumpur beliau merasa seperti bersalah kerana mengambil cuti meninggalkan urusan persekolahan. Tambahnya lagi, bencana ini adalah kaffarah kepada kesalahan beliau. Selepas itu sifat jujur dan amanahnya semakin bertambah sepertimana yang dinyatakan tadi. Jikalau beliau sekadar sakit-sakit ringan, beliau tetap akan ke sekolah.

Sikap kesederhanaan dan berhemah beliau, menyebabkan beliau tidak pernah berhutang termasuklah dalam membeli barangan keperluan rumah dan perabot, apalagi terlibat dengan riba. Sebaliknya beliaulah yang selalu memberi hutang kepada mereka yang memerlukan. Ketika memberi hutang, beliau akan selalu meletaakkan syarat, "Jika aku atau kamu meninggal dunia sebelum hutang ini dilangsaikan, maka hutang-hutang ini aku halalkan". Setelah beliau meninggal dunia, beliau meninggalkan sejumlah wang yang tidak sedikit dalam akaunnya, walaupun beliau bukanlah berpendapatan besar.

Sewaktu akhir 70an dan awal 80an, beliau turut menjual kain di sekitar kawasan sekolahnya dengan pergi dari rumah ke rumah. Kemudian telah dilaporkan kepada Nazir Pelajaran Daerah, bapaku terlibat dengan aktiviti perniagaan sampingan di luar waktu kerja. Selepas dipanggil oleh Nazir tersebut, bapaku tidak lagi menjual kain, dan mereka yang membeli kain itu secara berhutang telah dihalalkan olehnya. Sememangnya beliau suka membuat kerja-kerja sampingan untuk menambah pendapatan keluarga.

Bagaimanapun, beberapa ketika sebelum beliau meninggal dunia, beliau menceritakan kepadaku bahawa beliau berbuat demikian kerana maksud dakwah. Beliau menyatakan, Pegawai Daerah Hulu Selangor memintanya. "Ustaz, pergilah masuk ke kampung-kampung sekitar dan bawalah bersama kain putih (telekong kerana penduduknya tidak mendirikan solat). Lalu ayahandaku masuk ke kampung-kampung itu dan pergi dari rumah ke rumah menjual kain di samping mengajar penduduk-penduduknya supaya mendirikan solat.

Dihujung-hujung usianya beliau banyak memenuhi hari-hari tuanya dengan membaca al-Quran dan berzikir. Sebelum tidur beliau akan membaca beberapa surah, berzikir dan kemudiannya tidur dalam keadaan bersuci. Beliau juga sentiasa diziarahi oleh orang-orang kampung untuk meminta nasihat dan pandangan. Malam sebelum beliau meninggal dunia, beliau sibuk menulis zikir-zikir dan doa-doa seperti yang diminta oleh seorang Imam muda di surau berhampiran.

Ketika aku pulang baru-baru ini, aku di datangi oleh seorang orang berpengaruh di kampungku. Beliau meminta kebenaranku untuk memperelokkan kubur ayahandaku, katanya "inilah yang dapat kami lakukan sebagai mengenang jasa ayahandaku". Aku menginzinkan tetapi tidak dibuat secara berlebihan, tidak membina binaan seumpama bangunan (sekadar untuk mengelakkan tanah mendap) dan tidak mengambil tapak kubur orang lain.

Sebenarnya, sewaktu kubur beliau dikambus, masih banyak tanah yang berlebihan dan tanah-tanah itu tidak mendap sehingga hari ini walaupun kuburnya terdedah kepada hujan dan panas. Hampir setiap kali aku pulang ke kampung, aku akan menziarahi kuburnya, dan semoga Allah mengangkat darjat ayahandaku di sisiNya sepertimana hamba-hambaNya yang dikasihi.

Tuesday, June 29, 2010

Judi adalah Pemerasan, Penindasan dan Korupsi

Pengharaman arak dan judi sepertimana larangan di dalam al-Quran dan al-Sunnah sememangnya diperakui kewajarannya oleh seluruh manusia yang berakal. Hanya manusia yang tidak sempurna keperibadiannya terjebak dengan aktiviti tidak bermoral ini. Pada ketika yang sama segolongan manusia yang rakus pula mengambil kesempatan daripada peribadi-peribadi yang runtuh ini untuk mengembangkan lagi empayar perniagaan mereka. Golongan pemodal yang bergiat dengan ‘perniagaan dosa’ ini lazimnya di sokong pula oleh ahli-ahli politik yang berkepentingan. Manakala rakyat teramai tidak mendapat manfaat daripada kegiatan-kegiatan seumpama ini.

Kedua-dua arak dan judi adalah barah terhadap masyarakat sehingga berupaya meruntuhkan sesebuah peradaban. Bagaimanapun, perbahasan para ulama berkaitan hukum-hukum pemerintahan lazimnya membezakan kaedah pelaksanaan pengharaman arak dan pengharaman judi dalam masyarakat. Di bawah pemerintahan Islam, terdapat pandangan ulama yang membenarkan pemerintah Islam mengeluarkan permit kepada rakyat bukan Islam untuk meminum arak dalam keadaan yang terkawal dan tidak berlebihan. Malah terdapat satu pandangan dalam mazhab Hanafi yang membolehkan cukai dikutip daripada kegiatan berkaitan dengan meminum arak.

Demikian juga makanan dan minuman yang diharamkan oleh Islam tetapi tidak dilarang kepada penganut agama yang lain, pemerintah Islam boleh memberikan permit kepada mereka untuk mengambilnya seperti daging babi dan darah binatang. Kebenaran itu diberikan selagi tidak mendatangkan keburukan kepada golongan masyarakat yang lain dan dibenarkan hanya untuk memenuhi hak mereka sebagai rakyat di bawah pemerintahan Islam. Sekiranya kegiatan meminum arak, memakan daging babi dan seumpamanya menyebabkan keburukan kepada orang lain maka kegiatan itu tidak harus dibenarkan.

Adapun berkaitan dengan pengharaman judi, kaedah pelaksanaannya di bawah pemerintahan Islam adalah berbeza. Pengharaman judi turut dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebagaimana haramnya rasuah dan salahguna kuasa. Kaedah ini terpakai bukan hanya bersandarkan kepada argumen semua agama melarang kegiatan perjudian, tetapi lebih daripada itu disebabkan kegiatan ini adalah satu bentuk pemerasan, penindasan dan korupsi. Dengan pengertian lain, kegiatan perjudian bukan mendatangkan keburukan hanya kepada pelakunya, tetapi menzalimi sebahagian manusia yang lain di samping mendatangkan keburukan kepada ahli masyarakat teramai.

Seorang bekas penasihat ekonomi Presiden Ronald Reagan, Earl Grinols menyatakan bahawa bebanan kos sosial tahunan yang disebabkan oleh aktiviti perjudian kepada rakyat teramai sebenarnya menyamai pendapatan yang hilang bila berlakunya kemelesetan ekonomi setiap tujuh dan lapan tahun. Pandangan beliau ini telah dibuktikan oleh banyak kajian, menunjukkan kegiatan perjudian ini bukanlah satu sumber pendapatan negara, sebaliknya membawa kepada kerugian. Seorang tokoh penentang judi di Amerika Syarikat, Tom Grey menyatakan rakyat Amerika tidak lagi percaya kepada andaian bahawa perjudian adalah satu kegiatan membangunkan ekonomi dan sumber pendapatan yang subur kepada negara.

Oleh yang demikian, kegiatan perjudian sama ada yang berlesen atau tidak, kedua-duanya perlu dibasmi kerana akan menyebabkan kos sosial yang boleh menjadi sumber kemelesetan ekonomi sesebuah negara. Nevada adalah sebuah negeri di Amerika Syarikat yang paling giat melaksanakan kegiatan perjudian, iaitu mempunyai lebih daripada 266 kasino. Salah sebuah bandarnya yang terkenal dengan kegiatan ini ialah Las Vegas. Dalam satu pendedahan yang dilakukan oleh SPG Foundation mendapati, Nevada adalah negeri yang paling tidak selamat diduduki di Amerika Syarikat.

Menurut pendedahan tersebut juga, Nevada adalah negeri yang paling tinggi kadar bunuh diri, perceraian, pelacuran, pembunuhan ke atas wanita dan ketagihan judi. Pada bulan Mei yang lalu satu laporan yang di keluarkan oleh United States Dapartment of Labor menyebut bahawa, Nevada mempunyai kadar pengangguran yang paling tinggi di Amerika Syarikat iaitu sebanyak 14%. Kesemua fakta-fakta ini menjelaskan bahawa kegiatan perjudian merupakan bebanan yang besar kepada ekonomi sesebuah Negara, malah ia boleh menyebabkan masyarakat dalam Negara tersebut tidak lagi mengecapi keharmonian hidup.

Menurut Earl Grinols lagi yang juga merupakan Professor Ekonomi di University of Illinois, kegiatan perjudian akan membebankan masyarakat teramai dengan kos sosial berkaitan dengan peningkatan jenayah, kerugian terhadap perniagaan disebabkan pekerja tidak produktif, penigkatan kadar muflis, peningkatan bunuh diri, kemerosotan kesihatan, keruntuhan institusi keluarga dan lain-lain. Kesemua kos ini akan ditanggung bukan sahaja oleh penagih-penagih judi sebaliknya seluruh rakyat. Oleh sebab itu, Earl Grinols menyebutkan sebelum ini, kegiatan perjudian bukanlah sumber pendapatan sebaliknya ancaman kepada kemakmuran eknonomi.

Sebenarnya yang memperolehi keuntungan daripada sumber kegiatan perjudian ini adalah para pemodalnya atau taukeh-taukeh judi. Selain daripada mereka, yang turut mendapat tempiasnya ialah ahli-ahli politik yang berselindung memberi kelulusan kepada kegiatan penindasan dan pemerasan seperti ini. George Washington pernah berpesan, “Jauhilah perjudian. Kegiatan ini adalah sumber kepada segala kejahatan yang lain, menyebabkan keruntuhan moral dan kemusnahan kesihatan kepada penagihnya. Judi adalah anak kepada ketamakan, abang kepada ketidakadilan dan bapa kepada salahguna kuasa”.

Sunday, May 09, 2010

Dedikasi Buat Semua Para Ibu
(Teristimewa Buat Ibuku, Isteriku, Ibu Mertua dan Kakak Sulungku)

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

( 1 )Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

( 2 )Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

Monday, April 19, 2010

Semoga Zaid Ibrahim Mencontohi Abu Mihjan (r.a.)

Kisah Abu Mihjan ini pertama kali saya dengar ketika mengikuti kuliah Dr Abd Aziz Hanafi yang mengupas Tafsir Fi Zilal al-Qur'an. Sebagai seorang ulama yang hebat, Dr Abd Aziz Hanafi mengambil masa yang agak lama sekadar untuk mengupas mukadimah kitab ini. Salah satu kupasan yang menarik apabila beliau menjelaskan tentang hadith: "sesungguhnya Allah menolong agama Islam ini dengan lelaki yang melakukan dosa". Dalam mengupas hadith ini, beliau menjelaskan tentang peristiwa seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Abu Mihjan r.a. yang merupakan peminum arak tegar.

Dalam peperangan al-Qadisiyyah melawan tentera Farsi yang dipimpin oleh panglima tenteranya yang terkenal Rostum, Abi Mihjan telah turut sama untuk mengejar shahid. Tentera Islam ketika itu dipimpin oleh Sa`ad bin Abi Waqqas r.a. Setelah berperang beberapa ketika, sewaktu tentera Islam berehat, Abu Mihjan telah mengambil kesempatan untuk minum arak. Lalu beliau ditangkap oleh tentera Islam dan dihadapkan kepada Sa`ad bin Abi Waqqas. Dengan merujuk kepada hukum hudud, Sa`ad telah menetapkan bahawa Abu Mihjan akan dijatuhkan hukuman sebat sejurus dia sedar daripada mabuknya.

Lalu Abu Mihjan telah dikurung sementara menanti hukuman, manakala tentera Islam pimpinan Sa`ad mara ke medan meneruskan peperangan. Peperangan yang meletus begitu hebat sehingga tentera Islam telah terkepung di tengah-tengah tentera Farsi. Apabila Abu Mihjan sedar daripada mabuknya, beliau menyedari tentera Islam telah mara ke Medan, lalu beliau meminta kepada isteri Sa`ad bin Abi Waqqas untuk dilepaskan agar boleh menyertai tentera Islam untuk meneruskan jihad. Pada awalnya isteri Sa`ad berat untuk melepaskannya, tetapi setelah Abu Mihjan berjanji akan kembali semula untuk menerima hukuman, beliaupun dilepaskan.

Di tengah-tengah kepungan tentera Farsi itu, tiba-tiba muncul seorang tentera berkuda yang menutup muka, merempuh kepungan tentera Farsi tersebut. Tentera itu sangat hebat dan pantas, sehingga berjaya memecahkan kepungan tentera Farsi tersebut. Setelah selesai pertempuran hari itu, tentera-tentera Islam yang kembali bercerita antara satu sama lain tentang kehebatan tentera berkuda tersebut. Lalu salah seorang daripada mereka menyebut kemungkinan Allah swt telah mendatangkan pertolongan dari kalangan tentera Malaikat. Apabila Sa`ad mendengar kata-kata tersebut, beliau menyatakan: "dia bukan tentera Malaikat kerana kuda yang ditunggangnya adalah kuda aku".

Sa`ad Ibn Waqqas seterusnya mengkhabarkan bahawa tentera berkuda itu adalah Abu Mihjan yang menanti hukuman hudud kerana meminum arak. Kisah ini dapat dibincangkan oleh para ulama berhubung dengan pelaksanaan hukum hudud semasa perang. Terdapat beberapa riwayat yang menyebut Abu Mihjan kemudiannya telah dilepaskan daripada hukuman itu, dan beliau telah bertaubat untuk tidak lagi meminum arak. Janji Abu Mihjan itu telah ditunaikan, apabila beliau tidak lagi meminum arak sehingga kematiannya. Semoga kisah ini dapat menjadi iktibar kepada kita semua, dan harapan kita Zaid Ibrahim akan mencontohi Abu Mahjan r.a.

Sunday, April 11, 2010

Bapaku Guruku (Hj Marzuki bin Ali 1937-2010)

Hari ini telah lima hari bapa kesayanganku meninggalkan dunia yang fana ini. Masih terngiang-ngiang panggilan telefon dari kakakku memberitahu dengan cemas, abah jatuh di luar bilik air selepas mengambil wudu' untuk mendirikan solat subuh. Ketika itu aku menyangkakan hanya tergelincir biasa. Lalu aku menghubungi ibuku di kampung. Ibuku dengan cemas menjawab, "Baliklah cepat, abah baru lepas jatuh. Bila dipanggil dia tidak lagi menjawab", sambil menangis teresak-esak. Aku terus bergegas menyuruh isteriku berkemas untuk pulang segera, meskipun anak-anakku telah bersiap untuk ke sekolah.

Dengan hati yang penuh berdoa supaya abah tidak mengalami kecederaan yang serius, aku terus memecut keretaku sehingga 160 km/sejam. Perjalanan yang mengambil masa sejam lebih, dan akhirnya aku sampai di halaman rumah. Aku lihat beberapa sahabat bapaku Cikgu Shafie, Pakcik Khalid (Tukang Gunting) dan lain-lain sedang mundar-mandir di hadapan rumah. Sesampaiku di depan pintu rumah anak-anak saudaraku yang belum lagi mengenal erti hidup keluar menyatakan Datuk mereka telah meninggal dunia. Seperti masih tidak mempercayai berita itu, lalu aku bertanya kepada ibuku. Ibuku menjawab, "abah sudah tiada".

Abah bukan sekadar bapaku tetapi juga guruku. Daripadanya aku mempelajari kewajipan yang terpenting bagi seseorang Muslim iaitu solat, sehinggalah kepada perkara-perkara remeh berkaitan kehidupan seharian. Beberapa minggu yang lalu, abahku telah menyuruh aku untuk menebang pokok Kulim yang dikatakan menghalang tumbesaran pokok durian di dusunku. Beliau mengajarku beberapa cara untuk menebang pokok iaitu melihat bahagian mana yang rimbun dan menakuk pokok secara bertentangan dengan paras yang berbeza sedikit. Paras yang lebih rendah hendaklah ke arah bahagian yang rimbun.

Lalu aku melaksanakan pemintaannya, dan memulakan penebangan setelah lebih 25 tahun tidak membuat kerja-kerja kampung seperti ini. Ketika itu beliau yang tidak boleh berjalan dengan sempurna disebabkan anggota kakinya yang telah lemah hanya duduk di dalam kereta. Ketika aku sedang bertungkus-lumus menakuk pokok Kulim itu, isteriku berada di samping beliau. Menurut isteriku, abah berkata, "dari bunyi tetakan yang aku lakukan, jelas sekali cara aku menakuk pokok itu salah". Bagaimanapun akhirnya pokok itu tumbang juga, dan hari itu kamipun berulamkan pucuk kulim. Bagiku itu juga satu ilmu yang diturunkan dari bapaku.

Bapaku dilahirkan dari sebuah keluarga yang susah, merantau dari daerah Bengkulu di Sumatera. Bapanya dan Ibunya dilahirkan di sana. Bapaku dilahirkan pada 30 Julai 1937 di Sungai Pagi, Sungai Selisek, Hulu Selangor. Sewaktu Perang Dunia Kedua, beliau dan keluarga di bawa berlindung oleh bapanya di sebuah kawasan hutan di Kelan, Behrang, Perak sehinggalah diisytiharkan darurat pada tahun 1948. Pada masa darurat, British telah mengarahkan supaya kawasan-kawasan seperti ini dikosongkan, lalu keluarga beliau kembali semula ke Sungai Pagi. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Sungai Selisek, Hulu Selangor.

Menjelang 1950, beliau menyambung pengajian di Pondok Gajah Mati, Pendang, Kedah. Pondok tersebut dipimpin oleh Tuan Guru Pak Cu Him (Tuan Guru Haji Ibrahim) yang berasal dari Petani. Beliau belajar di sana hampir lima tahun. Kemudian beliau menyambung pengajian di Madrasah al-Sa`diyah di Temoh, Perak, di bawah bimbingan Kiyai Haji Salleh Abdul Rahman sehingga memperolehi Rabi' Thanawi. Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Guru Agama di Sekolah Kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran dengan ditempatkan di beberapa sekolah di daerah Hulu Selangor, antaranya Felda Gedangsa dan Kuala Kubu Baharu.

Kemudian beliau telah bertukar dari Kementerian Pelajaran untuk diserapkan sebagai Guru Agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau berkhidmat di beberapa buah sekolah seperti di Sungai Selisek dan terakhirnya di Gesir Tengah. Selain daripada itu beliau turut mengajar di masjid-masjid dan surau-surau. Bagi mengenang sumbangan beliau, beliau telah dianugerahkan Tokoh Guru daerah Hulu Selangor pada tahun 2007. Pada subuh 7 April yang lalu, beliau telah kembali menemui Tuhan Rabb al-Jalil, meninggalkan Ibuku dan kami empat beradik (seorang lelaki dan tiga perempuan). Dialah bapaku dan guruku.

Wednesday, April 07, 2010

سنلتقى في الجنة انشاءالله

شعرت خزنا عميقا
وصلت خبرا مفاجئا
توفي ابي صبحا
بعد ثوضاء طهورا
سنلتقي في الجنة
انا و انت يا ابي

ابي اسمه مرزوقي بن علي الفليمباني
ولد في 30 يوليو 1937
دخل درسة الاولى في المدرسة الملايوية
ثم وصل درسته في المدرسة الدينية كاجه ماتي في قدح مليزيا
درس ثخت توان كورو فاء جو هيم لمدة اربع سنوات
ثم دخل المدرسة الدينية في تموه فيراق
حصل بالشهدة ربيع الثنوي
كان يستخدم معليما حتى 29 يوليو 1994

Tuesday, March 02, 2010

العمل الإسلامي الجماعي

فالعمل الجماعي للإسلام ضرورة وفريضة ،ضرورة بشرية وفريضة شرعية ؛ فهو ضرورة بشرية لأن الإنسان قليل بنفسه كثير بإخوانه ، والعالم كله يسعى للتكتلاتالسياسية والاجتماعية والاقتصادية ، وهو فريضة شرعية حيث حثنا الله ورسوله على الجماعة والاتحاد، ولا يتصور جماعة بغير تنظيم وتنسيق بين الجنود والقيادة والتخطيط لتحقيق الأهداف والغايات .
يقول فضيلة الشيخ الأستاذ الدكتور يوسف القرضاوي في كتابه القيم (الحل الإسلامي ... فريضة وضرورة ):
( العمل الجماعي ضرورة ، لأن هذا ما يفرضه الدين والواقع معًا:
(أ) فالدين يأمرنا بالاتحاد والتعاون على البر والتقوى، وهذا من أخص أعمال البر والتقوى وأهمها وأشدها خطرًا.
(ب) والقرآن يُطالبنا فيقول: (ولْتَكُنْ منْكمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إلَى الخَيْرِ ويَأْمُرُونَ بالْمَعْرُوفِ ويَنْهَوْنَ عَنِ المُنْكَرِ، وأُولَئِكَ هُمُ المُفْلِحُونَ). (آل عمران: 104)
والأمة ليست مجموعةَ أفراد مُتناثرين ولا مجرد جماعة، جاء في تفسير المنار:
"والصواب أن الأمة أخصُّ من الجماعة، فهي الجماعة المُؤلفة مِن أفراد لهم رابطةٌ تضمهم ووحدة يكونون بها كالأعضاء في بنْية الشخص".
(ج) والقاعدة الشرعية تُقرر: "أن ما لا يتمُّ الواجب إلا به فهو واجب"، وإقامة مجتمع إسلامي تحكمه عقيدة الإسلام وشريعته، أمر واجب، ولا سبيل إلى تحقيق هذا الواجب إلا بجماعة وأمة.
(د) والواقع يُرينا أن المرء قليل بنفسه كثير بإخوانه، وأن جهود الأفراد مهما توافر لها من إخلاص، لا تستطيع أن تُؤثر التأثير المطلوب لتحقيق الهدف المنشود؛ لأنها ضعيفة الطاقة، محدودة المدى، وقْتية التأثير. وقد يكون الأفراد كثيرين، ولكن تعدد الاتجاهات، واختلاف المسالك، وفقدان الربط والتنسيق بين العاملين، يُبعثر الجهود ويضعف من تأثيرها. أما العمل الجماعي، فيضم الجهود بعضها إلى بعض، وينسق بينها ويوجهها إلى خدمة الهدف المقصود، ويجعل من اللَّبنات الضعيفة بمفردها بُنيانًا مرصوصًا يشدُّ بعه بعضًا .
(هـ) وإذا نظرنا إلى القوى المُناوئة للإسلام ـ على اختلاف أسمائهم وأهدافها ووسائلها ـ وجدناهم يعملون في صورة جماعاتٍ وتكتُّلات وأحزاب وجبهات، ولا يُقبل ـ في ميزان الشرع لا العقل ـ أن يُقابل الجهد الجماعي المنظم، بجهود فردية مُبعثرة، وإنما يُقابل التكتل بتكتُّل مثله أو أقوى منه، ويُقابل التنظيم بالتنظيم، كما قال أبو بكر لخالد: حاربْهم بمثل ما يُحاربونك به السيف بالسيف، والرمح بالرمح، والنَّبْل بالنبل.
وإلى هذا يُشير قوله ـ تعالى ـ: (والذينَ كَفَرُوا بعْضُهُمْ أولياءُ بعضٍ، إلاَّ تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الأرضِ وفَسَادٌ كَبِيرٌ). (الأنفال: 73).. أيْ: إنْ لم يُوالِ بعضكم بعضًا: وينصر بعضكم، كما يفعل الكفار، تحدث الفتْنة والفساد، لاتِّحادهم وتفرُّقكم وتناصُرهم وتَخاذُلكم.
ضرورة التنظيم:
ولابد للعمل الإسلامي المثمر مِن التنظيم، فلا يكفي أن يكون جماعيًّا حتى يكون مُنظمًا، بل لا يكون جماعيًّا حقيقة إلا بتنظيم. والتنظيم يعْنِي وُجود قيادة مسئولة، وجُندية مطيعة، ونظام أساسي يُنظم العلاقات بين القيادة والجنود، ويُحدد المسئوليات والواجبات، ويبين الأهداف والوسائل، وجميع ما تحتاج إليه الحركة في إدارة أجهزتها. وأكتفي هنا بالحديث عن عنصري القيادة والجندية.
القيادة المسئولة:
والإسلام يحرص على التنظيم في كل شيء، حتى في الأمور العادية المُتكرِّرة مثل السفر، وفي الجماعة الصغيرة التي لا يَزيد عددها على ثلاثة ففي الحديث النبوي: "إذا كُنتم ثلاثة فأمِّروا أحدَكم". وهذا رمز إلى التزام التنظيم فيما هو أعظم وأكبر مِن الرفْقة في السفر، وفيما هو أكثر عددًا وأرفع شأنًا مِن ثلاثة من المسافرين.
متى تكون القيادة شرعية؟
ولا تكون القيادة شرعيةً حقًّا إلا إذا جاءت نتيجة الاختيار الحُرِّ والبيْعة الصحيحة، لا بالضغط ولا بالمُناورات.
والأصل في القيادة أن تكون فرديةً، فهذا هو المُوافق لظاهر النصوص والسوابق الإسلامية، وهو الذي يجعل للقيادة سرعة الحركة، والقدرة عل تصريف الأمور.
ولكن لا مانع في بعض الظروف مِن وجود قيادة جماعية، خروجًا مِن خلاف واقع أو تفاديًّا لنِزاع يُتوقع، أو ترقُّبًا لقائدٍ قوي، أو نحو ذلك من الاعتبارات، التي قد تُوجبها الضرورات، فتقدر بقدْرها، ولا داعي للانفعالات والتشنجات ضد القيادة الجماعية، إذا اقتضتها المصلحة في بعض الأحيان. فقد أجاز الفقه الإسلامي إقرار إمامة غير المجتهد، بل إمامة الفاسق، وإمامة المُتغلب إذا كان مِن وراء الإقرار مصلحة أكبر، وخِيف مِن جرَّاء الرفض مفسدة أعظم. وحيثُ تتحقق المصلحة فثَم شرْع الله .
والقيادة الشرعية هي التي تتخذ الشورى قاعدة لها فيما ليس فيه نص ثابت صريح مُلزم لا معارض له، وفيما له طبيعة الأمر العام الذي يَهُمُّ جميع الناس أو جُمهورهم، وهو الذي جاء فيه قوله ـ تعالى ـ في سورة الشورى: (وأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ). (الشورى: 38)، وفي سورة آل عمران: (وَشَاوِرْهُمْ في الأَمْرِ). (آل عمران:159).
وهي التي تنزل عن رأيها إلى رأي الأكثرية مِن أنصارها ورجالها، وإن خالَف في ذلك مَن خالف مِن الفقهاء قديمًا ومن الدعاة حديثًا، فالرأْي الأرجح الذي يطمئن إليه القلب إن الشورى مُلزمة .
الجندية المطيعة:
والجندية التي تعنيها هي التي تُنفذ ما تؤمر به، ومُلتزمة طاعة القيادة في اليسر والعسر، والمَنْشط والمكْره مُتنازلة عن رأيها الفردي لرأي الجماعة. ما لم يكن مَعصية بيقينٍ فلا طاعة حينئذ لمَخلوق في معصية الخالق.
وإنما قلنا" معصية بيقينٍ"؛ لأن هناك أمورًا مُختلَفًا فيها بين الحِلِّ والحُرْمة، وفيها أكثر من رأي فلا يجوز للفرد أن يتصلَّب فيها، ويتمسك برأيه الشخصي إذا ألزمته الجماعة بغيره.
هَبْ أن الحركة طلبت إلى شاب من أبنائها ألا يُعفي لحيته؛ لأنه في موقع ترى من المصلحة للدعوة التي يحملها ألا يظهر بهذا المظهر المميز الذي يجلِب عليه شرًّا، أو يعوقه عن الإنتاج للحركة، أو يُسلط عليه أضواء قد تضر به وبدعوته. أو غير ذلك. وفِقْهُ الحركة في ذلك أن هناك مِن العلماء مَن قال بكراهية حلْق اللِّحْيَةِ، ومنهم ـ وهم الأكثر ـ مَن قال بحُرمته.. فإذا أخذت برأي مَن يقول بالكراهية فقط، فإن الكراهية تزول بأدنى حاجة. فكيف إذا كانت هذه الحاجة مصلحة الدعوة والجماعة؟.
وقد يكون الأمر حرامًا في ظاهره، ولكن يَضطر الإنسان إليه، تفاديًّا للوقوع في مُحرم أكبر، وارتكابًا لأخفِّ الضررين، وأهْون الشرَّين.
ضرورة التخطيط:
ومعنى التخطيط: ألاَّ تَدَعَ الحركة نفسها للظروف والمُصادفات تُسيرها سيْرًا عشوائيًّا اعتباطيًّا، تعمل ما لا تُريده، وتريد ما لا تعمله، وتدفع دفعًا إلى السير في غير طريقها، وإنما يجب أن تسير في خط واضح المعالم، مُحدَّد المراحل، بيِّنِ الأهداف، معلوم الوسائل . وليس هذا من التهجُّم على الغيْب، أو بالتأَلِّي على الله، أو المُعارضة للقدَر، كما قد يفكر بعض عوامِّ المتدينين، فإن الإسلام يدعو الإنسان إلى أن يأخذ من يومه لغده، ومن شبابه لهرمه، ومن صحته لسقمه، ومِن فراغه لشغله وهذا كله نظْرة إلى المستقبل.
وقد قصَّ علينا القرآن قصة يوسف ـ عليه السلام ـ وفيها تخطيط اقتصادي تمويني لمدة خمس عشرة سنةً، قام عليه النبي الكريم يوسف تفكيرًا وتنفيذًا، ولا يَضيرنا أن مصدر هذه الخطة مِن إلهام الله ليوسف وتعليمه إياه مِن تأويل الأحاديث والرؤى، فهذا لا تأثير له في الحكم المُستنبط من القصة، وهو شرعية التخطيط للمستقبل، الذي ذكره القرآن في معرض التمدُّح والامتنان.
والمُتأمل في سيرة النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ يرى أن مراحلها وخطواتها لم تمضِ ارتجالًا، ولم تتمّ اعتباطًا، بل تمتْ بعد تفكير وتدبير يُسدده الوحي عند الاقتضاء .
والتخطيط يعني التفكير الهادئ، والدراسة المستوعبة لكل عملٍ يُريد الإنسان أن يُقدم عليه حتى يَمضي فيه على هدى وبينة، ويمشي على صراط مستقيم.
ولا نجد دينًا دعَا إلى التفكير كالإسلام، الذي اعْتُبر التفكير فيه فريضةً وعبادة.
ودعا إلى دراسة كل أمرٍ ذي بال يقدم عليه المسلم، ومِن هنا جاء الأمر بالشورى والحث عليها، ووصف المُؤمنين بأن أمرهم شورى بينهم، والفرد المسلم مُطالبٌ بأن يستشير في أموره الخاصة حتى لا يندم،فكيف بالأمور الكبيرة، والشئون العامة؟
مهمة الحركة الإسلامية:
لقد أصبح من الضروري ـ إذن ـ أن تقوم في كل بلد إسلامي "حركة إسلامية" واعية شاملة، تحمل عبْء الدعوة إلى تطبيق النظام الإسلامي، وإحياء المجتمع الإسلامي، وتكوين الجيل المحمدي، الذي يُمهد السبيل للعودة إلى حكم القرآن ودولة الإسلام.
ولا شكَّ أن حركةً كهذه لابد أن تكون مُهمتها ثقيلة وخطيرة، ولا يقوم بها، ويصبر عليها إلا أُولو العزم من الرجال، الذين باعوا أنفسهم لله، ووهبوا حياتهم لنُصرة دينه، غير مُبالين بما يُصيبهم من نَصَبٍ أو بلاء في سبيل الله.
إن مهمة الإنسان في الحياة مهمةٌ كبيرة لمَن يُقدِّرها حقَّ قدْرها؛ لأنها مهمة الخلافة في الأرض والعبادة لله، والعمارة للحياة. وهى مسئولية ضخمة صوَّر القرآن ضخامتها وثِقلها حين قال: ("إنَّا عرضْنَا الأمانةَ على السمواتِ والأرضِ والجبالِ فأَبَيْنَ أنْ يَحْمِلْنَهَا وأشْفَقْنَ منْهَا وحَمَلَهَا الإِنْسانُ). (الأحزاب: 73) .
ومهمة الإنسان المسلم أعظم وأضخم من مهمة أيِّ إنسان آخر، فقد ورث المسلم تركات الأنبياء والرسل جميعًا، واختصَّ الله أمة الإسلام بالرسالة الخاتمة، والشريعة العامة الخالدة، وكلفهم ـ مع تنفيذها والعمل بها ـ تبلغيها ونشرها والدفاع عنها، وهداية العالم إليها. لتحقق بها رحمة الله للعالمين. وإنها لَتَبِعَةٌ عظيمة، ومسئولية ثقيلة، ولا غَرْوَ أنْ خاطب اللهُ صاحبَ هذه الرسالة بقوله: (إنَّا سَنُلْقِي عليكَ قولًا ثَقِيلًا).
(المزمل: 5)
نقلت من موقع للفضيلة الشيخ الدكتور يوسف القرضاوي

Monday, February 01, 2010

Apakah Hukum Asal Non-Muslim Menggunakan Kalimah Allah?

Pada pandangan saya sebagai ahli akademik, kita seharusnya menggunakan kemahiran menganalisis sesuatu isu dalam menangani isu yang berkaitan dengan kalimah Allah. Apabila kita menganalisis sesuatu isu, kita tidak seharusnya meneliti semua perkara dalam satu bakul, lalu membuat kesimpulan umum tentang analisis yang kita lakukan. Sesuai dengan perkataan 'analysis', kita sepatutnya mengasingkan data-data atau maklumat-maklumat mengikut kategori masing-masing, lalu dibuat pemerhatian dalam kategori-kategori yang tertentu dan disudahi dengan membuat sentesis daripada pemerhatian-pemerhatian yang dibuat. Dengan sebab itu, saya berpandangan kita juga seharusnya menggunakan perkara yang sama dalam melihat isu berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah ini. Isu yang berkaitan dengan hukum penggunaan kalimah Allah ini tidak sepatutnya dikaji dalam satu bakul dengan isu Kristianisasi di Malaysia, isu penghinaan terhadap agama Islam, isu tindakan golongan Kristian menyalahgunakan nama Allah di Indonesia, isu maslahah atau mafsadah dalam dakwah jika non-Muslim menggunakan kalimah Allah dan lain-lain, dengan saya tidak menolak kita boleh membuat sentesis setelah semua isu-isu ini dikaji dalam kategori masing-masing.

Berdasarkan kepada metodologi tersebut, kita terlebih dahulu seharusnya mengkaji isu non-Muslim menggunakan kalimah Allah ini dalam kategorinya tersendiri, iaitu apakah hukum golongan non-Muslim menggunakan kalimah Allah dalam lingkungan mereka dengan melihat dari segi nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, sejarah perkembangan bahasa Arab berkaitan dengan nama Allah itu, jaluran penggunaan nama Allah dalam agama yang termasuk sebagai Millah Ibrahim dan lain-lain. Setelah kita memperolehi kesimpulannya, maka kita boleh pula melihat isu-isu lain yang berkaitan seperti isu Kristianisasi di Malaysia, isu penghinaan terhadap agama Islam dan lain-lain. Kemudian, apabila kita telah sampai kepada kesimpulan terhadap isu-isu lain yang berkaitan, barulah kita membuat sintesis dengan memberikan satu kesimpulan umum disamping turut memberi perhatian terhadap kesimpulan-kesimpulan khusus yang telah dibuat dalam kategori-kategori masing-masing. Maka berdasarkan analisis tersebut secara kolektif PAS mengambil pendirian, iaitu golongan Kristian tidak larang menggunakan kalimah Allah dalam lingkungan mereka, tetapi sebarang penyalahgunaan, penghinaan dan pengeliruan berkaitan dengan kalimah Allah yang mulia ini secara tegas perlu ditegah. Dengan pengertian lain, tiada larangan secara mutlak dan tiada kebenaran secara mutlak.

Mari kita melihat terlebih dahulu, apakah hukum asal golongan non-Muslim khususnya ahli kitab menggunakan kalimah Allah. Sepertimana yang saya telah kemukakan sebelum ini, tidak terdapat nas-nas yang melarang mereka menggunakan kalimah Allah termasuk juga pandangan-pandangan ulama muktabar. Tindakan Rasulullah saw yang tidak melarang dan sikap 'sukuti' yang ditunjukkan oleh para ulama sejak dari zaman para sahabat menunjukkan dari segi prinsip kebebasan beragama, mereka tidak dilarang menggunakan kalimah itu dalam lingkungan mereka. Dalam konteks ini al-Quran dan al-Hadith mengambil sikap menerang dan membahaskan tentang kesalahan mereka menyekutukan Allah bukannya melarang mereka menggunakan kalimah itu. Pasti ada satu hikmah yang besar mengapa al-Quran dan Rasulullah saw menentukan pendirian sedemikian. Terlalu banyak ayat-ayat al-Quran dan riwayat berkaitan dengan pendirian Rasulullah saw yang menerang dan membahaskan kesalahan mereka menyekutukan Allah tetapi tidak melarang mereka terus menggunakan kalimah itu, antaranya ayat 61 dan 63 surah al-`Ankabut, ayat 25 surah al-Luqman, ayat 38 surah al-Zumar, ayat 87 surah al-Zukhruf dan lain-lain. Demikian juga dengan peristiwa-peristiwa sirah yang berdasarkan riwayat-riwayat yang kuat bahawa golongan non-Muslim tidak dilarang menggunakan kalimah Allah seperti peristiwa Sohifah (pemulauan terhadap Bani Hashim), peristiwa perjanjian Hudaybiyah, surat-surat Rasulullah saw kepada pemerintah-pemerintah non-Muslim dan lain-lain.

Persoalannya adakah pada ketika itu golongan non-Muslim termasuk Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah Allah secara benar? Dalam konteks ini terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan bahawa mereka tidak menggunakan kalimah Allah secara sebenarnya seperti ayat 81 surah al-Baqarah yang menyatakan golongan Ahli Kitab berkata "Allah adalah miskin", ayat 64 Surah al-Maidah yang menyatakan golongan Yahudi berkata "tangan Allah terbelengu", ayat 30 Surah al-Tawbah yang menyatakan golongan Ahli Kitab berkata "`Uzayr anak Allah dan Isa anak Allah", ayat 31 Surah al-Tawbah yang menyatakan golongan Kristian mengambil Isa sebagai Tuhan selain daripada Allah dan lain-lain ayat. Kesemua ayat-ayat ini menunjukkan bahawa golongan non-Muslim itu sememangnya telah menggunakan kalimah Allah secara salah ketika zaman al-Quran diturunkan lagi. Perkara ini telah disedari oleh Rasulullah saw, para sahabat dan para ulama sejak dahulu, justeru mereka mengambil sikap mengasak golongan Ahli Kitab ini dengan mensucikan Allah daripada sekutu-sekutu yang diadakan melalui penerangan dan perbahasan. Kepercayaan yang sama diwarisi oleh Kristian dan Yahudi sehingga hari ini, iaitu menggunakan kalimah itu secara salah. Menyedari hakikat itu, tindakan yang seharusnya kita lakukan ialah menerang dan membahaskan sebagai usaha mensucikan kepercayaan mereka, bukannya melarang sepertimana tindakan yang telah diambil oleh al-Quran sendiri dan pendirian Rasulullah saw.

Para ulama Islam sejak berzaman juga menyedari bahawa golongan Ahli Kitab ini telah menggunakan kalimah Allah secara salah. Lihat sahaja perbahasan para Ulama tentang ayat 5 surah al-Maidah berkaitan dengan halalnya sembelihan Ahli Kitab. Ketika saya di UK, saya pernah berbincang tentang sembelihan Ahli Kitab dan sebahagian dari sahabat-sahabat saya mengambil pendirian boleh memakan daging-daging yang dibeli di Somerfield, Tesco, KFC dan lain-lain disebabkan nas tersebut. Para ulama telah berbahas panjang lebar tentang hukum sembelihan Ahli Kitab ini. Antara hujah yang menyatakan sembelihan Ahli Kitab halal ialah disebabkan mereka menyembelih dengan menyebut nama Allah. Kata Ibn al-`Arabi dalam Ahkam al-Quran ketika menjelaskan ayat ini "Yang demikian itu, kerana sesungguhnya Allah swt melarang sembelihan yang tidak disebutkan nama Allah ke atasnya. Dan diizinkan pada sembelihan Ahli Kitab (sedangkan) mereka berkata "sesungguhnya Allah adalah (menjelma) Isa bin Maryam dan sesungguhnya Dia adalah Triniti", (kerana) Allah dalam perkataan mereka adalah maha Tinggi dan maha besar." Kemudian ketika dia membahaskan tentang pandangannya tidak bersetuju dengan pandangan mazhab Shafie yang berpendirian menyebut nama Allah bukan syarat sah sembelihan, Ibn al-`Arabi menyambung lagi "sekiranya (Ahli Kitab) itu menyembelih dengan menyebut nama "Allah" tetapi yang dimaksudkan al-Masih (Isa as) atau menyebut "al-Masih" tetapi yang dimaksudkan Allah maka kembali segala urusan itu merujuk kepada Allah". Silalah lihat perbahasan-perbahasan seumpamanya oleh para ulama dalam perkara ini, yang secara tidak langsung menunjukkan mereka sememangnya sedia menyedari Ahli Kitab menggunakan nama Allah secara salah.

Dalam tafsir Ibn Kathir ketika menjelaskan ayat berhubung dengan sembelihan Ahli Kitab ini, beliau menyatakan "Adalah disepakati oleh para ulama bahawa sembelihan ahli kitab itu halal bagi orang-orang Islam disebabkan mereka percaya bahawa diharamkan sembelihan yang bertujuan selain daripada Allah, sedangkan mereka tidak menyebut ke atas sembelihan-sembelihan mereka selain dari nama Allah". Pandangan Ibn Kathir ini (walaupun beliau bermazhab Shafie) jelas menunjukkan bahawa antara sebab sembelihan Ahli Kitab halal bagi orang Islam adalah disebabkan mereka menyebut nama Allah. Dan menurut al-Qurtubi ketika menjelaskan menjelaskan satu pandangan berkaitan ayat yang menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ini, beliau berkata "berkata kumpulan (sebahagian yang lain): sekiranya kamu mendengar Ahli Kitab menyebut selain daripada nama Allah ketika sembelihan mereka, maka janganlah kamu makan. Berkata demikian itu oleh sahabat Rasulullah saw seperti Ali, Aishah dan Ibn `Umar serta para tabi`in sepert Tawus al-Yamani dan al-Hasan (Hasan al-Basri)". Jadi, bagaimana hukum sembelihan mereka sekiranya mereka dilarang menggunakan nama Allah?

Melihat kepada tiadanya larangan daripada al-Quran, pendirian Rasulullah saw yang tidak melarang mereka menggunakan kalimah Allah dan pendirian yang sama diambil oleh para ulama, maka boleh disimpulkan, dari segi hukum yang asal golongan bukan Islam tidak dilarang untuk menggunakan kalimah itu di atas prinsip kebebasan beragama sebagaimana pemerintah Islam dilarang untuk meruntuhkan gereja, biara dan rumah penyembahan bukan Islam. Bagaimanapun prinsip kebebasan beragama itu tetap mempunyai batas yang menuntut pemerintah Islam bersikap bijaksana dalam membuat tindakan. Janganlah kita sehingga melarang secara mutlak sehingga menyebabkan mereka boleh mebuat tindakan yang sama ke atas masyarakat Islam minoriti di negara bukan Islam dan janganlah pula kita membenarkan tanpa batas sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dan perkara yang tidak diingini. Melihat kepada hukum yang asal ini adalah perlu sebagai dasar utama kita memutuskan hukum tentang sesuatu sebelum mengambil kira aspek al-siyasah al-shar`iyyah, maslahah dan lain-lain.

Wallahu`alam

Monday, January 18, 2010

The Oneness of Allah in His Names and His Attributes

I am really not clear what Khalid Samad means by his statement "perbezaan kefahaman inilah yang hendak ditonjolkan dan diperjelaskan, bukan nama yang berbeza", and perhaps all of you can ask him regarding to this. But I do to agree with the PAS's collective decision released by the PAS President, which consistantly follows the practice of Muslim leaders since the period of the Prophet, that is; the Non-Muslims are granted to practice their religion including using the kalimah of Allah. I don't want to prolong my arguments, but I need to remark here the point, there is a difference between letting them to practice their religion and recognising (redha dan iktiraf) their practice. I am not really close to Khalid, but I usually keep in touch with Dr Dzulkifli. Dr Dzulkifli Ahmad's stance is clear as stated in his article.

Perhaps some of us disagree with the salafi's approach in explaining Tawhid, which emphasize the three categories of tawhid Rububiyyah, tawhid Uluhiyyah and tawhid Asma' and Sifat. Any one who does'nt believe even a single part is considered kufr, na`uzubillah. Now I am getting more clear, why the salafi does'nt saparate tawhid Asma' and Sifat into tawhid Asma' and tawhid Sifat. We already believe that, even if someone believes in his only one God's name is Allah, but he does'nt believe in the oneness of Allah's attributes, then he is also considered as kufr. Perhaps, this is Khalid's means by his statement, if someone believes that Allah is the name for the only one god, but he does'nt believe the oneness of Allah's attributes, he is kufr. Christians posibbly believe that there is only one God who creates the universe, they do also to believe that the Creator's name is Allah, but they don't believe among the attributes of Allah is the oneness of his Dhat. According to them the one God exitsts in three personalities, then they are considered kufr.

In Iljam al-`Awam, al-Ghazali mentioned when he was discussing the topic of Taqdis: "Whoever come to nas stating 'yad Allah' and he does not purify the meaning of 'yad' from the usual meaning of "`addu murakkab min lahm...." , he is considered as to attribute Allah with Jism. Every jism is creature (makhluq), and whoever praying to someone with jism (makhluq) considered like he praying to idol, tree and he is considered kufr by the consensus of salaf and khalaf. Again the statement emphasize the attribute of oneness of Dhat Allah. Definitely, Allah is the name of the only one God whose attributes is also oneness. We are as well as Khalid believe in this tawhid principle, but can we impose (paksakan) such a belief to Christians? It is not Khalid to name the Christians' trinity God as Allah, but the Christians themselves since the pre-Islamic period in accordance to their Arabic texts. Then al-Quran revealed to correct and purify their belief and among the verses is verse 65 surah Maryam. And there are many more verses including surah al-Ikhlas, the verse related to 'mubahalah' and so on. After all, the Christians especially in Arab still using the name, even though Muslims community has been staying with power over the last 1400 years. So that, following the practice of previous and current Muslim leaders who have been surrounding by thousands of great Muslim scholars over those periods should not be assumed as to recognise (redha) trinity doctrine.

Wallahu`alam