Konsep Kepimpinan Dalam Harakah Islamiyyah
Merujuk kepada Kertaskerja Dr Haron Din yang dibentangkan dalam ucaputama Jubli Perak Kepimpinan Ulama pada 23 May yang lalu, seperti tidak ada hujah lagi yang boleh dikemukakan bahawa sememangnya Islam menekankan seorang yang berilmu lagi mujtahid menjadi pemimpin. Dr Haron Din telah mengemukakan dalil-dalil naqli berhubung perkara tersebut di samping memetik ciri-ciri kepimpinan (Imamah) seperti yang diisyaratkan oleh fuqaha' silam termasuklah al-Mawardi dan Abu Ya`la. Dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah, al-Mawardi menyebut syarat kedua bagi seseorang imam selepas `Adil ialah:
الْعِلْمُ الْمُؤَدِّي إلَى الِاجْتِهَادِ فِي النَّوَازِلِ وَالْأَحْكَام
Bermaksud: Ilmu yang membolehkannya berijtihad pada perkara-perkara semasa dan hukum-hukum.
Syarat yang kedua seperti yang dikemukakan oleh al-Mawardi jelas merujuk kepada golongan yang berilmu khususnya fuqaha'. Lebih daripada itu, syarat ini bukan sekadar merujuk kepada seorang alim dalam Ilmu Fiqh tetapi yang berkemampuan mengaplikasikan ilmunya untuk melihat persoalan dan cabaran semasa yang dihadapi oleh umat Islam. Al-Mawardi cuba menjelaskan bahawa antara peranan seseorang pemimpin ialah untuk menentukan persoalan-persoalan dasar yang membawa kepada keperluan berijtihad berkaitan dengan hukum fiqh. Berdasarkan kepada peranan tersebut maka sewajarnya tanggungjawab kepimpinan itu diberikan kepada seorang ulama.
Manakala berhubung dengan syarat pertama, iaitu `Adil pula turut lebih merujuk kepada golongan ulama. Para ulamalah yang lebih takutkan kepada Allah di kalangan manusia yang lain. Dengan ketakwaan tersebut, maka para pemimpin akan berhukum dengan adil dan sentiasa memikul amanah dengan bertanggungjawab. Bagaimanapun sifat `Adil ini tidak sekadar merujuk kepada fuqaha' tetapi juga ulama dalam cabang-cabang ilmu Islam yang lain seperti Aqidah dan Akhlak. Pada generasi ulama silam, seseorang ulama selalunya menguasai pelbagai cabang ilmu-ilmu Islam, tetapi di zaman mutakhir golongan ulama selalunya diklasifikasikan mengikut kepakaran ilmu mereka.
Menarik juga apabila al-Mawardi turut meletakkan syarat profesional bagi seseorang pemimpin. Dalam syarat yang kelima al-Mawardi menyebut:
الرَّأْيُ الْمُفْضِي إلَى سِيَاسَةِ الرَّعِيَّةِ وَتَدْبِيرِ الْمَصَالِحِ
Bermaksud: Pandangan yang menyampaikan kepada pengawasan politik (yang baik) dan pengurusan (yang cekap untuk) kepentingan umum.
Meskipun al-Mawardi meletakkannya sebagai syarat yang kelima, namun tidak boleh dinafikan seseorang pemerintah juga mestilah memiliki kebolehan untuk mencaturkan politik semasa dan kecekapan untuk mentadbir masyarakat demi untuk memberikan kebaikan kepada mereka. Dengan pengertian lain seseorang pemimpin perlulah berfikiran tajam dan cekap membaca suasana persekitaran sehingga memungkinkannya mengambil langkah-langkah perlu untuk kepentingan pengikut-pengikutnya. Syarat seperti ini jelas merujuk kepada keperluan profesionalisme.
Meneliti syarat-syarat di atas jelas sekali kepimpinan dalam Islam adalah bersifat terbuka. Sesiapa sahaja di kalangan masyarakat Islam boleh menjadi pemimpin dengan syarat beliau mampu memenuhi syarat-syarat tersebut. Dalam Islam kepimpinan itu bukan milik sesuatu kumpulan disebabkan kekuatannya atau keturunannya, tetapi sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin. Seseorang yang bakal memimpin mestilah memenuhi syarat-syarat tersebut termasuklah antaranya syarat-syarat berilmu. Dengan pengertian lain, kepimpinan itu bukan hak mutlak golongan ulama sebaliknya hak sesiapa sahaja dari kalangan umat Islam dengan syarat dia perlu menyempurnakan keperluan-keperluan adil, ilmu, kesihatan, profesionalisme dan lain-lain.
Dalam konteks semasa, kepimpinan itu bukan hak mutlak mereka lepasan pondok atau pengajian Islam. Sebaliknya seseorang yang bukan lepasan pondok atau pengajian Islam turut layak menjadi pemimpin dengan syarat dia berusaha memenuhi syarat-syarat yang disebutkan. Sekiranya beliau lepasan Kejuruteraan, kemudian beliau berusaha pula mendalami ilmu-ilmu Wahyu lalu mencapai tahap yang baik dalam ilmu tersebut, maka beliau memenuhi syarat berilmu lalu turut layak untuk dilantik sebagai pemimpin. Demikian juga, kalaulah beliau lepasan pondok dan pengajian Islam, tetapi ilmunya beransur-ansur pupus serta jumud tidak berkembang kerana tidak mengulangkaji dan beramal dengannya maka dia hilang kelayakan ilmu, sudah tentu beliau tidak layak untuk memimpin.
Menyedari hakikat itu, kepimpinan dalam Harakah Islamiyyah bukan ditentukan oleh madrasah di luar harakah. Madrasah di luar harakah boleh jadi diasaskan oleh golongan sekular atau yang tidak berpegang dengan Islam. Menjadi satu kesilapan besar apabila Harakah Islamiyyah mengklasifikasi ahli-ahlinya mengikut cetakan institusi di luar harakah. Sepatutnya ahli-ahli harakah diklasifikasikan oleh institusi tarbiyah atau madrasah dalam harakah. Bilamana madrasah dalam harakah berfungsi dengan baik, maka sesiapa sahaja di kalangan ahli harakah layak menjadi pemimpin kerana institusi tarbiyah dan madrasah dalam harakah sentiasa berusaha memperlengkapkan setiap ahli dengan syarat-syarat kepimpinan tersebut.