Sunday, December 31, 2006

Ajaran Sesat Pasca Modern

Saya baru membaca artikel Raja Petra Kamarudin 'Does an Islamic State Really Exist' (http://malaysia-today.net/blog2006/holds.php?itemid=1360#c) dan turut membaca komen-komen yang berkaitan dengannya. Daripada artikel tersebut beliau cuba menafikan wujudnya perundangan Islam sekaligus menolak kewujudan negara Islam. Artikel tersebut mengingatkan saya kembali terhadap satu forum yang saya sertai bersama Eddin Khoo (anak Khoo Kay Kim) dan Jazilus Sakhok (Muslim Liberal Indonesia) anjuran Institut Kajian Dasar (IKD) pada 5 Mei 2005 bagi mengupas buku Ali Abd Raziq al-Islam wa al-Usul al-Hukm. Forum tersebut turut dihadiri oleh Zainah Anwar (Sister in Islam) dan Lee Ban Chen (kolumnis).

Sebagai seorang muslim, saya mempertahankan kedudukan hukum Islam dan sistem politik yang terkandung dalamnya. Tetapi bukan mudah untuk mengemukakan pendirian di tengah-tengah kepungan golongan progresif dan liberal seperti ini. Dalam forum itu, saya tidak mahu mengulas perbahasan tentang kedudukan perundangan dan siasah dalam Islam kerana saya pasti akan diserang dari segenap penjuru, sebaliknya saya mengalih perbincangan bertapa perlunya autoriti dan methodologi dalam disiplin ilmu. Saya mengambil contoh Ali Abd Raziq sendiri dalam menulis buku tersebut masih cuba mematuhi autoriti dan methodologi dalam disiplin ilmu-ilmu Islam, sedangkan ramai pihak yang cuba mengulas tentang kandungan Islam tidak mematuhi kehendak tersebut.

Seterusnya saya mencadangkan mereka yang tidak memenuhi kelayakan autoriti dan methodologi ilmu-ilmu Islam tidak membahaskan kandungan Islam (Islamic Studies) sebaliknya mengkaji tentang anthropologi dan sosiologi masyarakat Muslim (Muslim Studies). Eddin Khoo ternyata terasa dengan cadangan saya dan menganggap itu hanyalah isu-isu semantik. Setelah selesai forum ada beberapa peserta dari pimpinan PKPIM (ABIM) bertemu dengan saya bagi melahirkan betapa terkejutnya mereka dengan penganjuran program IKD (Program Islam Tanwiri) tersebut dan mencadangkan wujudnya satu usaha bersama untuk menangkis serangan terbaru terhadap umat Islam di Malaysia.

Baru-baru ini saya membaca sebuah buku yang bertajuk 'Muslim Progressive' yang disusun oleh Omid Safi yang menjelaskan aliran pemikiran mereka dan pendirian mereka terhadap kandungan ajaran Islam. Di Malaysia sendiri kita telah melihat beberapa individu yang dahulunya komited dengan fikrah Gerakan Islam telah menukar haluan mereka kepada Muslim Progressive seperti Khalid Jaafar dan Fathi Aris Omar. Malah kadang-kadang mereka bangga dikatakan sesat kerana beraliran dengan pemikiran tersebut. Malangnya tidak ramai dari kalangan kita anggota Gerakan Islam bertindak berhadapan dengan golongan-golongan seperti ini.

Yang terbaru seruan Mufti Perlis supaya dihentikan pencegahan mungkar demi menjaga nama baik Islam, jelas menunjukkan bahawa kita semakin tertekan untuk menerima pengaruh pemikiran Muslim Progressive ini. Sepanjang yang saya kenali Dr Asri ini tidak pernah mahu mengalah bila bertembung dengan mana-mana pihak yang bertentangan dengannya. Tetapi agak menghairankan bila dalam isu seperti ini yang menuntut ketegasannya, beliau kelihatan lunak. Kenyataan beliau paling menggembirakan golongan yang melakukan mungkar dalam isu The Zouk beberapa tahun dahulu serta golongan yang cuba menghapuskan polisi moral di bawah kuatkuasaan jabatan agama.

Serangan pemikiran terhadap Islam telah mula menyelinap dalam bentuk yang baru walaupun dengan topik yang lama. Serangan tersebut masih lagi dalam bentuk putar-belit fakta dan melakukan tafsiran bebas terhadap fakta tersebut. Usaha golongan orientalis sejak sekian lama masih berterusan, tetapi dalam bentuk baru iaitu melalui badan-badan NGOs yang mereka gelar sebagai civil society. Sekiranya kita membaca buku-buku sains politik mutakhir ada tanggapan bahawa halatuju dunia pasca moden ini akan ditentukan oleh polar golongan ini. Golongan civil society ini sudah tumbuh di mana-mana sahaja yang mempunyai dana yang besar tidak diketahui daripada mana sumbernya.

Ramai dari kalangan kita yang meremehkan pengaruh golongan ini memandangkan keahlian mereka bukanlah seramai mana. Tetapi kita boleh lihat sendiri bagaimana lobi-lobi yang mereka lakukan telah banyak mempengaruhi keputusan-keputusan politik yang dibuat. Golongan ini berdiri di atas landasan hak asasi dan kebebasan (freedom) untuk mengembangkan ideologi mereka. Dengan erti kata lain, gerakan penyebaran pemikiran orientalis bukan lagi melalui saluran akademik seperti pengajaran di Universiti dan penerbitan buku-buku sebagaimana yang berlaku sebelum daripada ini. Hari ini gerakan tersebut telah sampai ke akar-umbi masyarakat melalui golongan yang menggelarkan diri mereka civil society.

Di Malaysia gerakan civil society seperti ini sudah mula muncul dan mendapat tempat dalam posisi-posisi yang strategik. Mereka berperanan bersama-sama dengan parti pemerintah dan parti pembangkang. Individu-individu seperti Raja Petra Kamarudin, Khalid Jaafar dan Fathi Aris Omar sememangnya dikenali sebagai mereka yang rapat dengan golongan reformasi semasa era tersebut pada akhir 1990-an. Hari ini, mereka semakin rakus menghala muncung senjatanya kepada Gerakan Islam. Jurang golongan civil society seperti ini dengan Gerakan Islam semakin hari semakin melebar, mungkin sudah sampainya masanya kita tidak lagi bersekongkol dengan mereka.

Bagi menghadapi golongan seperti ini, mahu tidak mahu Gerakan Islam perlu bertindak sebagai satu polar berlawanan iaitu mewujudkan barisan civil society yang pro-Islam. Perkara ini telah diusahakan oleh Gerakan Islam di Malaysia seperti penubuhan FORKAD, BADAI dan ACCIN. Mereka telah bergerak dengan sedaya-upaya mereka tetapi lebih dalam bentuk mendesak tidak dalam bentuk berdebat. Kita perlu menerima hakikat bahawa Gerakan Islam di Malaysia masih kekurangan golongan yang boleh berhadapan dengan golongan ini secara debat intelektual seperti tokoh-tokoh Zakir Naik, Azzam Tamimi dan lain-lain. Siapakah yang boleh mengisi vakum ini, kalau bukan kita?
Perlis Bakal Menjadi Hadyai Malaysia?

Boleh dikatakan mengejutkan juga bila Mufti Perlis bersuara menggesa supaya penguatkuasa Jabatan Agama Islam menghentikan serbuan bagi mencegah kemungkaran, sedangkan beliau sebelum ini begitu dikenali sebagai seorang yang tidak mahu beralah khususnya dalam perbezaan furu'. Dan lebih menghairankan bilamana seorang mufti tidak menyokong usaha-usaha yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di bawahnya bagi menguatkuasakan undang-undang yang sudah termaktub di bawah pihak berkuasa agama. Apakah gesaannya ini bermaksud supaya undang-undang yang mengawal akhlak atau disebut oleh golongan Muslim Liberal sebagai 'polisi moral' itu tidak lagi diperlukan.

Sememangnya undang-undang yang termaktub di bawah pihak berkuasa agama jauh dari menepati hukum-hukum yang termaktub dalam al-Quran dan al-Sunnah kerana terpinggir hukum jenayah Islam yang sebenar. Tetapi dalam persoalan mencegah kemungkaran sekurang-kurangnya ada kuasa yang diberi kepada pihak penguatkuasa untuk melaksanakan kewajipan tersebut. Dalam fiqh Islam golongan penguatkuasa ini bolehlah digolongan sebagai Muhtasib iaitu mereka yang menegakkan Hisbah. Persoalan Hisbah dan Muhtasib ini telah dibahaskan panjang lebar oleh para ulama antaranya al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah.

Persoalannya mengapa Mufti Perlis dan mereka yang membelakanginya tidak merujuk kepada penjelasan-penjelasan ini supaya boleh memberi pandangan yang lebih menepati maksud syariah. Kuasa yang diberi kepada pihak penguatkuasa agama (muhtasib) ini sudah tentu telah dibahaskan panjang lebar oleh para mufti sebelum ini termasuk dalam persoalan yang berkaitan dengan serbuan (Iqtiham). Kita yakin mufti-mufti yang ada tidak terlepas pandang terhadap larangan al-Quran dalam surah al-Hujurat ayat 12 supaya tidak melakukan pengintipan bagi mendedahkan keaiban orang lain (la tajassasu). Demikian juga dengan para ulama silam dalam menetapkan bidang kuasa muhtasib pasti tidak terlepas pandang terhadap ayat tersebut.

Dalam Fiqh Islam antaranya dalam kitab al-Mawardi tersebut menyatakan bahawa hisbah ialah menyuruh kepada maaruf apabila nyata (zhohara) ia diabaikan, dan mencegah kemungkaran apabila nyata ia dilakukan. Para ulama menyatakan bahawa tugas ini adalah tugas yang amat mulia dan sebenarnya menjadi tanggungjawab semua muslim. Apakah yang dimaksudkan dengan zhohara atau nyata dalam Fiqh Islam? Adakah ia bermaksud sesuatu yang kelihatan boleh dilihat dengan mata? Kalau begitu bagaimana mereka boleh menafsirkan ayat al-Quran surah al-Nur ayat 31 yang melarang dizahirkan perhiasan dan dihujung ayat tersebut melarang wanita menghentak-hentak kaki untuk memberi tahu apa yang disembunyikan dari perhiasannya. Bukankah bermaksus sesuatu yang boleh didengar dengan telinga juga termasuk dalam kategori menzahirkan perhiasan?

Islam memang melarang umatnya mengintip untuk mendedahkan keaiban atau aurat orang lain seperti ayat surah al-Hujurat tersebut, sebagaimana juga dalam ayat tersebut melarang mengumpat. Akan tetapi larangan tersebut perlu dilihat beradasarkan konteksnya. Mengapa dalam Ilmu Jarh wa al-Taadil dibenarkan menerangkan keburukan seseorang perawi? Perkara berkaitan dengan tajassus dalam konteks melaksanakan hisbah ini telah dijelaskan oleh al-Mawardi di mana ia dibenarkan dalam konteks tertentu. Malah al-Nawawi mengambil pandangan ini dalam mensyarahkan hadith yang berkaitan mencegah kemungkaran dalam kitab Syarah Sahih Muslim.

Hadith tentang mencegah kemungkaran ini turut diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunannya. Dalam mensyarahkan hadith ini, Abu Thayyib pengarang Aunul Ma'bud (syarah Abu Dawud) menyatakan bahawa yang dimaksudkan 'Man Roaa Munkaran' ialah sesiapa yang mengetahui kemungkaran. Mengetahui kemungkaran itu tidak semestinya hanya dengan melihat tetapi melalui deria-deria yang lain. Seorang ulama mutakhir, Abd Karim Zaidan dalam kitab Usul al-Daawah menyatakan bahawa yang dimaksudkan zahirnya kemungkaran itu ialah yang diketahui padanya tanpa perlu pengintipan iaitu melalui pendengaran, penglihatan, bau, sentuh dan rasa kerana kelima-lima deria tersebut adalah cara untuk mengetahui sesuatu.

Oleh kerana itu, kata Abd Karim Zaidan sekiranya kemungkaran dalam sesebuah rumah itu nyata melalui jalan mendengar tangisan atau jeritan (seperti meminta pertolongan) maka muhtasib boleh menyerbu atau mencerobohnya. Dan katanya lagi termasuk juga dalam pengertian zahirnya kemungkaran itu ialah apabila telah melampaui keraguan berlakunya kemungkaran dalam sesebuah tempat, maka wajib muhtasib memasukinya untuk mencegah kemungkaran tersebut. Sebagai contoh sekiranya jiran mendengar anak perempuan sebelah rumahnya menjerit kerana dirogol oleh bapanya (sumbang mahram), mereka wajib mereka menceroboh untuk mencegahnya.

Kemungkaran sebenarnya lebih luas daripada maksiat. Kemungkaran adalah sesuatu perlakuan yang boleh menyebabkan kafasadan (kerosakan) umum dan mencemar syi'ar Islam walaupun mungkin pelakunya tidak berdosa. Sebagai contoh sekiranya seorang gila berbogel dalam masjid atau seorang budak yang belum baligh minum arak, mereka tidak berdosa kerana tiada akal dan bebanan mukallaf padanya. Tetapi perkara yang mereka lakukan adalah mungkar yang wajib dicegah. Sesuatu perbuatan maksiat meskipun yang dilakukan secara sembunyi tetapi sehingga mencetuskan kefasadan umum dan mencemar syi'ar Islam, maka ia juga termasuk dalam zahirnya kemungkaran.

Hari ini perlakuan zina atau bersekedudukan telah berlaku secara berleluasa sehingga disebut dalam parlimen beberapa tahun yang lalu, jumlah kelahiran anak luar nikah sangat mengejutkan. Bilangan bayi yang dibuang di tempat sampah dan tandas telah menjadi peristiwa yang ketara. Pemuda dan remaja Islam yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan arak sangat membimbangkan. Golongan bohsia dan bohjan yang pernah digembar-gemburkan dahulu sebenarnya masih bertambah. Kesemua ini merupakan pentunjuk tentang kefasadan umum dan pencemaran syi'ar Islam yang sedang berlaku di negara kita. Dalam Fiqh, jalan-jalan yang menuju kepada kefasadan umum ini mesti dicegah.

Kaedah Sadduz al-Dzara'i iaitu menutup jalan-jalan yang menuju kepada perbuatan terlarang adalah termasuk sebahagian daripada kaedah memutuskan hukum. Hari ini kebanjiran anak-anak luar nikah yang kemudiannya dibuang dan dibunuh secara kejam, saya percaya bukan dilakukan oleh mereka yang berzina di taman-taman bunga atau tepi jalanraya sahaja, tetapi mereka yang melakukannya di hotel dan di rumah. Kalau demikian jalan-jalan yang menuju kepadanya harus ditutup antaranya dengan memberi kuasa kepada muhtasib untuk memasuki premis persendirian bilamana maklumat yang diterima melampaui keraguan yang munasabah.

Kita percaya bahawa pihak penguatkuasa agama dilatih dengan adab-adab yang telah digariskan oleh para ulama terhadap seseorang muhtasib. Para ulama Islam telah menulis panjang lebar tentang adab-adab muhtasib termasuk dalam soal yang berkaitan dengan penyerbuan dan pengintipan. Antaranya Abd Karim Zaidan sendiri menulis dalam kitab Usul al-Daawah tentang perkara itu. Sebab itu Mufti Perlis sepatutnya mencadangkan supaya dipastikan para penguatkuasa agama ini menuruti adab-adab seorang muhtasib bukannya menyuruh supaya dihentikan operasi pencegahan mungkar di hotel dan rumah persendirian.

Sekiranya benarlah laporan akhbar tentang saranan Mufti Perlis itu, maka apa bezanya Malaysia dengan kota-kota dunia yang dikenali dengan industri perdagangan seksnya seperti Hadyai dan Bangkok. Di sana kegiatan pelacuran bukan dilakukan secara terbuka di taman bunga, tepi jalan atau tempat-tempat terbuka yang lain. Kegiatan itu berlaku di hotel-hotel, rumah-rumah tumpangan dan rumah-rumah persendirian. Apakah kita sanggup melihat Perlis bakal menjadi Hadyai Malaysia sekiranya undang-undang yang memberi kuasa kepada para penguatkuasa ini ditarik balik?

Sunday, December 10, 2006

Sendiwara Di Sebalik Isu Utusan-NSTP
Oleh: Abu Nasr

Saya sedikitpun tidak bimbang sekiranya penggabungan itu benar-benar berlaku kerana tiada apa lagi yang boleh diharapkan terhadap kedua-dua syarikat dari segi kebebasan media di negara ini. Kedua-dua syarikat sama ada bergabung atau tidak adalah milik Umno dan merekalah yang menentukan perjalanannya. Demikian juga saya tidak bimbang sekiranya penggabungan itu akan menenggelamkan suara Melayu khususnya berkaitan dengan peranan yang dimainkan oleh Utusan Malaysia. Kalau saya diberi hak untuk menilai peranan Utusan Malaysia pada hari ini dalam menyambung suara Melayu, saya akan memberikan markah paling tinggipun 5 daripada 100.

Masih terngiang-ngiang di telinga, bila mendengar rintihan pejuang-pejuang Melayu dalam Kongres Kepentingan Bangsa di UTM Jalan Semarak hujung tahun lalu bahawa komentar-komentar mereka tidak mendapat tempat termasuk di Utusan Malaysia. Bila Koh Tsu Koon dari Gerakan menyatakan bahawa mereka tetap mempertahankan pengajaran Sains dan matematik dalam bahasa ibunda, tiba-tiba sahaja komentar ini mendapat tempat dalam akhbar-akhbar perdana berbahasa Melayu. Tetapi bila pejuang-pejuang bahasa Melayu berbuih-buih mulut memberi komentar tentang pendirian yang sama sebelumnya, langsung tidak keluar di dada akhbar-akhbar tersebut.

Pendirian saya untuk tidak membimbangi gabungan tersebut semakin kelihatan kewajarannya bilamana Khairi Jamaluddin bersuara bahawa beliau mahu isu tersebut dipertimbangkan sehingga ke akar-umbi. Kenyataan Khairi menggambarkan besar kemungkinan gabungan tersebut tidak berlaku. Kalau demikian betapa kita telah membuang masa untuk membimbangi penggabungan tersebut, sehingga media-media alternatif sama ada versi elektronik atau versi cetak saban hari memainkan isu ini. Sedangkan kalaulah penggabungan itu sama ada jadi ataupun tidak, orang Melayu tidak rugi apa-apa bak kata pepatah 'datangpun tidak membawa untung, pergipun tidak membawa rugi'.

Kalau demikian mengapa isu-isu penggabungan ini menjadi sensasi? Mungkinkah ada isu-isu lain yang lebih memerlukan perhatian rakyat yang disembunyikan? Sememangnya inilah mainan peneraju media iaitu memperkotak-katikkan isu untuk mengelirukan rakyat. Pada pandangan saya, isu Penggabungan tiga syarikat perladangan yang mempunyai kaitan dengan kepentingan rakyat khususnya orang-orang Melayu adalah lebih menuntut perhatian media-media alternatif. Penggabungan ini adalah merupakan monopoli terhadap sejumlah tanah pertanian yang luas khususnya dalam negara ini. Sehingga kini masih tidak diketahui hujung-pangkalnya isu penggabungan tersebut.

Berbeza dengan isu penggabungan Utusan-NSTP, sehingga ke kelambu Mesyuarat MT Umnopun diketahui oleh media alternatif siapa yang sokong penggabungan, siapa yang tentang. Sebaliknya dalam isu penggabungan syarikat perladangan tersebut masih-masing hilang sumber maklumat, apa sebenarnya yang berlaku? Media-media alternatif hanya menyiarkan beberapa ketika isu tersebut, manakala para pemimpin pembangkang dan NGOs sekadar tunggu dan lihat ataupun memantau perkembangan. Sehingga hari ini masih wujud 1001 persoalan tentang Penggabungan Syarikat Perladangan tersebut yang kesemuanya hampir ditenggelamkan oleh isu penggabungan Utusan-NSTP.

Saturday, December 09, 2006

Antara Gerakan Tajdid, Salafiyyah dan Reformis Agama (Siri2)

Kemunculan Zaman Pencerahan (Age of Enlightenment) di Eropah seharusnya juga dilihat latarbelakangnya daripada zaman pertengahan (medieval) dan sifat-sifat golongan eklesiastik pada ketika itu. Tradisi kristian sebenarnya telah bercampur dengan falsafah yunani khususnya Neo-Platonisme dan Scholastic sehingga sukar dibezakan dengan sumber kitab mereka. Sebagai contoh doktrin Geocentric serta doktrin Mikrocosmic dan Makrocosmic adalah hasil pemikiran Yunani yang telah dibaptiskan sehingga dianggap sebagai doktrin suci kristian. Dalam sejarah Islam percampuran itu hampir tidak berlaku, malah telah ditapis antaranya oleh tokoh-tokoh seperti al-Ghazali. Kemasukan anasir-anasir Falsafah Yunani yang dibawa oleh tokoh-tokoh Masyaiyyun (peripetetik) dan Muktazilah telah ditentang secara berterusan oleh tokoh-tokoh Islah Muslim di zaman masing-masing.

Sebahagian ahli falsafah Barat menyebut sebelum berlakunya pencerahan berlaku terlebih dahulu Revolusi Saintifik yang merupakan titik tolak perubahan epistemologi Barat. Peristiwa ini ditunjangi oleh beberapa pemikiran revolusioner seperti kemunculan doktrin Heleocentric oleh Coppernicus dan doktrin Mechanistic Newton. Pencerahan juga adalah hasil daripada semangat Humanisme yang meletakkan fungsi rasional (akal) mengatasi wahyu sehingga mempengaruhi Descartes dengan kata-katanya 'I Think therefore I am'. Sekiranya faktor inilah yang dijadikan bandingan untuk mensabitkan golongan Islah dalam masyarakat Islam, maka golongan yang sebanding dengannya ialah seperti al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rushd yang disebut sebagai masyaiyun dan golongan mu'tazilah, bukannya Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim yang dikenali sebagai salafiyyah.

Golongan salafiyyah yang selalu dikaitkan dengan gerakan Islah ini jauh sekali dibandingkan dengan gerakan Humanisme kerana pandangan mereka yang keras terhadap peranan akal antaranya pendirian mereka terhadap Tafsir Bi al-Ra'yi. Adapun golongan pertengahan seperti al-Ghazali agak lebih toleran dalam konteks penerimaan peranan akal. Bagaimanapun al-Ghazali selalu dianggap golongan mutakallimin atau dalam bahasa ilmu Barat disebut golongan ortodoks. Malah al-Ghazali juga selalu dikenali sebagai tokoh yang menghancurkan rasional sehingga menyebabkan kebekuan pemikiran dunia Islam. Mungkin beliau seperti Galen yang mengasaskan falsafah teleologi yang selalu dianggap sebagai doktrin yang melumpuhkan kecerahan zaman Yunani.

Sepertimana al-Ghazali diserang oleh golongan filosof seumpama Ibn Rushd selepas kematiannya, beliau juga turut diserang oleh golongan salafiyyah selepas kematiannya. Sedangkan al-Ghazali mempunyai pendirian yang tersendiri tentang falsafah sehingga mekarnya falsafah Islam daripadanya dan mempunyai pendirian tersendiri tentang salafi sehingga mempunyai pengaruh yang besar dalam perbahasan tauhid. Boleh jadi jalan pertengahan yang ditempuhinya lebih menepati Islah sekiranya bersandarkan kepada konsep Islah seperti yang selalu disebut, iaitu kembali berpegang kepada sumber yang asal lalu memperkukuhkannya sebagai landasan untuk membangunkan semula umat dan pada masa yang sama Islah juga selalu dikaitkan dengan pembebasan dari kebekuan iaitu mengiktiraf peranan akal. Maka jalan yang dirintis oleh al-Ghazali lebih menepati kedua-duanya.

Bagaimanapun untuk menafikan peranan Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim serta mereka yang hadir lewat selepasnya seperti Muhammad bin Abdul Wahab dan al-Shawkani sebagai golongan Islah adalah tidak wajar sama sekali. Mereka dikenali sebagai golongan yang menyeru kembali kepada sumber yang asal di samping meletakkan kedudukan akal pada peranannya yang sebenar di sisi Islam. Yang jelas mereka tidak boleh disamakan seperti Descartes, Locke, Hume, Voltaire dan lain-lain tokoh reformis Barat yang memimpin Zaman Pencerahan di Eropah. Malah lebih tegas lagi gerakan Islah dalam masyarakat Islam sama sekali tidak boleh disebandingkan dengan gerakan Reformasi dalam masyarakat Kristian. Kalau gerakan Refomasi hendak dilabelkan terhadap mana-mana golongan dalam masyarakat Islam, yang sesuai dengannya ialah Masyaiyyun dan Muktazilah, bukannya Salafiyyah.

Friday, December 01, 2006

Odysseus Moden Di Kampung Berembang

Saya baru selesai membaca tulisan Aldo Leopold bertajuk The Land Ethics dalam A Sand County Almanac yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1949. Dalam tulisannya, Leopold memulakan tulisannya dengan mengambil iktibar daripada tindakan Odysseus yang baru kembali dari peperangan di Troy, menggantung beberapa hamba perempuannya yang disyaki membuat salahlaku semasa ketiadaannya. Menurut Leopold, bagi Odysseus tindakannya tidak dikira salah malah tidak melanggar tatasusila kemanusiaan kerana hamba perempuan pada perkiraannya hanyalah harta bukan manusia. Sekiranya peristiwa Yunani purba itu berlaku pada masa kini, maka pertimbangan kemanusiaannya akan jauh berbeza. Oleh sebab itu Leopold menyarankan supaya pertimbangan kemanusiaan pada masa kini diperkembangkan supaya turut melibatkan komponen alam dan kehidupan yang lain seperti tanah, haiwan dan tumbuhan. Dengan ertikata yang lain manusia seharusnya melayan kesemuanya seumpama manusia bukannya harta yang boleh dipergunakan sesuka hati.

Malangnya usia Leopold tidak menjangkau ke zaman ini, sekiranya beliau masih hidup pasti boleh menyaksikan bagaimana manusia melayan manusia yang lain seperti hamba perempuan Odysseus kalaupun tidak seperti haiwan. Odysseus moden itu muncul lagi di Kampung Berembang, yang telah bertindak di luar pertimbangan kemanusiaan terhadap golongan marhain yang menuntut keperluan asasi kehidupan mereka. Menuntut keperluan asasi kehidupan merupakan satu perjuangan yang bukan sahaja diiktiraf oleh PBB tetapi juga dituntut oleh Islam. Antara keperluan asasi kehidupan itu ialah tempat tinggal (settlement) yang sewajarnya menjadi keutamaan lebih daripada pembangunan hartanah yang lain. Apa ertinya gedung perniagaan mewah, bangunan pentadbiran megah dan kota pelancongan indah, kalau rakyat sendiri merempat di bawah khemah-khemah. Namun pertimbangan seperti ini tidak mungkin singgah di hati mereka yang seumpama Odysseus.

Pendudukan Kampung Berembang bukannya mengharapkan penempatan mewah seperti istana Zakaria Deros atau seperti kompleks kediaman Exco Kerajaan Selangor di Seksyen 7 Shah Alam, tetapi mengharapkan hanya penempatan sementara yang sesuai seperti yang dijanjikan. Mereka bukannya menghalang pembangunan di kawasan tersebut tetapi sekadar meminta penangguhan sehingga segala urusan perbincangan dan diplomasi selesai. Terdesak sangatkah Kerajaan Negeri Selangor dan pemaju kesayangannya sehingga penangguhan itu tidak boleh dilakukan sekurang-kurangnya sehingga bulan April 2007? Sebelum ini mereka telah dijanjikan dengan flat kos rendah di kawasan tersebut dengan sejumlah pampasan. Malangnya flat yang dijanjikan tidak dapat didirikan kerana faktor kesesuaian tanah yang tidak memungkinkan didirikan bangunan tinggi bagi flat kos rendah sepertimana yang selalu disuapkan kepada rakyat marhain.

Di sinilah timbul seribu satu persoalan tentang perancangan pembangunan di kawasan tersebut. Wujudkan satu perancangan yang saksama dengan mengambil kira keperluan rakyat dalam membangunkan kawasan tersebut atau sekadar menerima cadangan satu pihak daripada pemaju? Mengapa tiada satu kajian mendalam dalam semua aspek sehingga masalah penempatan selepas pengambilalihan tanah tersebut tidak seharusnya timbul. Mengapa sehingga hari ini, rakyat tidak mengetahui apakah rancangan sebenar pembangunan di kawasan tersebut selain daripada projek Storm Water Management dan Road Tunnel (Smart)? Rangkuman daripada persoalan-persoalan tersebut, menyerlahkan hasrat sebenar Kerajaan Negeri sama ada mereka menyokong rakyat atau menyokong pemaju. Slogan 'Kami Menyokong Rakyat' seperti yang diwarwarkan oleh Pak Lah semasa kempen Pilihanraya Umum yang lalu hanyalah seperti 'menanam tebu di bibir mulut'.

Begitu menyedihkan bilamana Menteri Besar Selangor langsung tiada pertimbangan kemanusiaan terhadap penduduk Kampung Berembang tersebut. Khir Toyo seharusnya menyedari bahawa dia sendiri berasal daripada kampung, di kalangan keluarga yang bukan berada sangat. Beliau selalu mendakwa beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan agama. Mengapa selepas berada di puncak kuasa dia melupai derita yang dirasai oleh rakyat yang senasib sepertinya dahulu? Mengapa pendidikan agama yang dititik beratkan oleh keluarganya tidak mendorong tersentuh kalbunya melihat nasib rakyat marhain atau setidak-tidaknya surau yang dirobohkan. Beliau sepatut mencontohi Khalifah Umar yang turun melihat rintihan rakyat dan menjengok permasalahan mereka, bukannya meniru lagak Odysseus yang tiada langsung pertimbangan kemanusiaan.

Thursday, November 30, 2006

Antara Gerakan Tajdid, Salafiyyah dan Reformis Agama (Siri1)

Sering juga kita membaca artikel atau mendengar pandangan yang menyamakan gerakan Tajdid dengan reformis agama. Yang terkini pandangan Mufti Perlis yang baru tentang gerakan Salafiyyah yang dikategorikan sebagai tercetus daripada kebekuan berfikir dalam agama seperti yang berlaku dalam agama Kristian semasa zaman pertengahan. Semasa diwawancara oleh wartawan Malaysiakini beliau menyebut bahawa kebekuan agama yang disebabkan oleh golongan conservative Islam telah menyebabkan golongan muda bangkit sebagaimana yang berlaku terhadap gereja Katholik semasa Zaman Kegelapan Eropah. Antara gerakan yang bangkit dari kebekuan tersebut ialah Gerakan Salafiyyah yang bertujuan mengembalikan semula ketulenan Islam kepada pegangannya yang asal (Malaysiakini, “Mufti: Religious Leaders Can Be Challenged”, 27 November 2006).

Sememangnya ramai ilmuan Islam yang terpengaruh dengan gagasan Barat tentang kebekuan agama sehingga menuntut kepada berlakunya gerakan pembaharuan untuk keluar dari kebekuan tersebut. Begitu ramai juga tokoh-tokoh yang muncul membawa gagasan untuk membebaskan umat Islam daripada fenomena tersebut yang antaranya berpunca daripada kebekuan berfikir dan kongkongan golongan ulama jumud. Kadang-kadang kesemua mereka ini digolongkan dalam kategori yang sama iaitu golongan reformis Islam. Method pengkelasan sebegini sememangnya sering digunakan oleh para pengkaji Barat yang menulis tentang reformasi dalam masyarakat Muslim sehingga sukar dibezakan golongan Islah, golongan tajdid dan golongan reformis. Malangnya ramai pula para ilmuan Islam yang bertaklid dengan methodology seperti ini.

Sesungguhnya menjadi satu kesilapan besar sekiranya seseorang mengambil sejarah refomasi dalam agama Kristian sebagai titik tolak berlakunya gerakan Islah dan gerakan Tajdid dalam agama Islam. Betapa lagi dikaitkan pula dengan gerakan Salafiyyah yang bertujuan untuk kembali kepada manhaj Salaf al-Soleh. Hakikat ini disedari oleh para pengkaji Barat sendiri sehingga mereka sudah membezakan antara Theology dan Religious Studies (Kajian Agama). Malah menurut Carl Ernst tidak lagi sesuai menggunakan istilah-istilah yang sinonim dengan sejarah perkembangan agama Kristian untuk dibandingkan dengan agama-agama lain yang mempunyai akar-umbi sejarah yang berbeza. Setiap agama mempunyai akar-umbi sejarah yang berbeza dan setiap istilah yang lahir daripadanya mempunyai konotasi yang berbeza pula.

Sejarah kebekuan agama Kristian semasa Zaman Pertengahan yang dikenali dengan Zaman Kegelapan Eropah adalah satu peristiwa khusus untuk agama Kristian. Kebekuan ini bukan hanya disebabkan oleh kejumudan golongan eklesiastik tetapi kesahihan kandungan ajaran Kristian Katholik itu sendiri. Kejumudan golongan eklesiastik ini berkait rapat dengan politik kerajaan Romawi dan kedudukan Vatican sebagai kuasa autoriti yang bersifat kudus. Manakala kandungan ajaran Kristian pula telah begitu banyak bercampur-baur dengan falsafah Yunani sehingga sukar dibezakan antara ajaran Kristian dengan doktrin falsafah Yunani. Persoalannya adakah fenomena tersebut wujud dalam agama Islam sehingga adanya golongan yang memegang kuasa autoriti yang kudus dan kesahihan ajaran Islam sudah tiada ketulenannya lagi?

Thursday, November 23, 2006

Empat Purnama Berlalu Tanpa Kalam

Hampir empat bulan berlalu, kesibukan telah meragut kesempatan masa mencoretkan nukilan hikmah dalam blog ini. Dalam tempoh empat bulan tersebut pelbagai pengalaman sebagai pengembara ilmu telah ditelusuri. Kesempatan bermusafir hampir dua minggu di tanah besar Eropah telah menjadi satu memori penting dalam kamus kehidupan. Bermula dengan negara Perancis, kemudian turun sehingga ke Geneva, kemudian menyeberang ke Barat Jerman, melintasi Luxembourg dan Belgium sebelum kembali semula ke Perancis. Begitu banyak iktibar yang boleh dipelajari. Sekiranya diizinkan ALlah swt, catatan perjalanan itu akan dinukilkan untuk tatapan.

Dua minggu selepas kembali dari Eropah, bermusafir pula ke Scotland sehingga ke Edinburgh yang selalu di sebut sebagai antara bandar terindah di Eropah. Kali ini dengan tujuan untuk membentangkan kertas kerja dalam sebuah persidangan di Edinburgh University. Namun hambatan masa mendorong tidak begitu lama di Edinburgh kerana ada komitmen bersama sahabat-sahabat pengembara di Derby, England. Meninggalkan kota Edinburgh dengan tekad untuk mengunjunginya semula sekiranya ada kesempatan di lain masa.

Menjelang Ramadhan memasuki kembali ke bulan tarbiyah, serentak dengan melangkah semula ke medan ilmu bagi memperlengkapkan dan menggali hikmah yang semakin pudar. Kali ini benar-benar terasa menyahut seruan Rasulullah saw untuk menuntut ilmu sepanjang hayat. Kadang-kadang dapat merasai kerendahan hati al-Ghazali untuk terus menuntut ilmu walaupun beliau telah begitu dikenali sebagai ilmuan yang agung. Hampir sepanjang hari mula diluangkan untuk menyegarkan semula kamar ilmu yang telah lama tidak berpenghuni. Benarlah kata al-Syafie semakin banyak kita mempelajari ilmu terasa semakin banyak yang tidak kita ketahui.

Sepanjang Ramadhan kegiatan tidak terbatas dalam lingkungan ruang yang sempit. Sekali lagi bermusafir ke sebuah lagi negara Eropah yang agak terpencil di Barat sekali iaitu Republik Ireland. Sebuah pulau dan sebuah bangsa yang telah terbahagi dua. Demikianlah politik yang telah mencorakkan rupabentuk Geografi global dan bangsa-bangsa dalam dunia. Pada pengamatan yang singkat, bumi Ireland memang agak terpinggir tetapi ikatan 'keEropahan' semakin hari menenggelamkan konsep negara bangsa yang telah dirintis oleh Rousseau.

Setelah syawal berlalu, sedar tidak sedar hampir empat bulan tanpa kalam. Begitu banyak peristiwa yang tiada komentarnya. Dalam tempoh itu juga dua orang kenalan telah kembali menemui ALlah swt. Semoga Saudara Mazlan Ibrahim dan Ustazah Hayati Hassan ditempatkan ruhnya bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solehin. Terasa masih berhutang kepada mereka sekiranya tiada coretan kenangan dinukilkan untuk mereka. Semoga selepas ini kalam pengembara kembali bertinta.

Thursday, July 27, 2006

Middle East: Al Qaeda Takes a Back Seat
By: Bernard Haykel

With Israel at war with Hezbollah, where, you might wonder, is Al Qaeda? From all appearances on the Web sites frequented by its sympathizers, which I frequently monitor, Al Qaeda is sitting, unhappily and uneasily, on the sidelines, watching a movement antithetical to its philosophy steal its thunder.

That might sound like good news. But it is more likely an ominous sign.

Al Qaeda's Sunni ideology regards Shiites as heretics, and it profoundly distrusts Shiite groups like Hezbollah. It was Al Qaeda that is reported to have given Sunni extremists in Iraq the green light to attack Shiite civilians and holy sites. A Qaeda recruiter I met in Yemen described the Shiites as "dogs and a thorn in the throat of Islam from the beginning of time."

But now Hezbollah has taken the lead on the most incendiary issue for jihadis of all stripes: the fight against Israel.

Many Sunnis are therefore rallying to Hezbollah's side, including the Muslim Brotherhood in Egypt and Jordan. The Saudi cleric Salman al-Awda has defied his government's anti-Hezbollah position, writing on his Web site that "this is not the time to express our differences with the Shiites because we are all confronted by our greater enemy, the criminal Jews and Zionists."

For Al Qaeda, it is a time of panic. The group's Web sites are abuzz with messages and questions about how to respond to Hezbollah's success. One sympathizer asks whether, even knowing that the Shiites are traitors and the accomplices of the infidel Americans in Iraq, it is permissible to say a prayer for Hezbollah. He is told to curse Hezbollah along with Islam's other enemies.

Several of Al Qaeda's ideologues have issued official statements explaining Hezbollah's actions and telling followers how to respond to them. The gist of their argument is that the Shiites are conspiring to destroy Islam and to resuscitate Persian imperial rule over the Middle East and ultimately the world.

The ideologues label this effort the "Sassanian- Safavid conspiracy," in reference to the Sassanians, a pre-Islamic Iranian dynasty, and to the Safavids, a Shiite dynasty that ruled Iran and parts of Iraq from 1501 till 1736.

They go on to argue that thanks to the United States, Iraq has been handed over to the Shiites, who are now wantonly massacring the country's Sunnis. Syria is already led by a Shiite heretic, President Bashar al-Assad, whose policies harm the country's Sunni majority.

Hezbollah, according to these analyses, seeks to dupe ordinary Muslims into believing that the Shiites are defending Islam's holiest cause, Palestine, in order to cover for the wholesale Shiite alliance with the United States in Iraq and Afghanistan.

Ultimately, this theory goes, the Shiites will fail in their efforts because the Israelis and Americans will destroy them once their role in the broader Zionist-Crusader conspiracy is accomplished. And then God will assure the success of the Sunni Muslims and the defeat of the Zionists and Crusaders.

In the meantime, no Muslim should be fooled by Hezbollah, whose members have never fought the infidel on any of the real battlefronts, like Afghanistan, Bosnia, Chechnya or Kashmir. The proper attitude for Muslims to adopt is to dissociate themselves completely from the Shiites.

This analysis - conspiratorial, bizarre and uncompelling, except to the most diehard radicals - signals an important defeat for Al Qaeda's public relations campaign. The truth is that Al Qaeda has met a formidable challenge in Hezbollah and its charismatic leader, Sheik Hassan Nasrallah, who has made canny choices that appeal to Al Qaeda's Sunni followers. Al Qaeda's improbable conspiracy theory does little to counter these advantages.

First, although Nasrallah wears the black turban and carries the title of "sayyid," both of which identify him as a Shiite descendant of the Prophet Muhammad, he preaches a nonsectarian ideology and does not highlight his group's Shiite identity. Hezbollah has even established an effective alliance with Hamas, a Sunni and Muslim Brotherhood organization.

Second, Hezbollah's statements focus on the politics of resistance to occupation and invoke shared Islamic principles about the right to self-defense. Nasrallah is extremely careful to hew closely to the dictates of Islamic law in his military attacks. These include such principles as advance notice, discrimination in selecting targets and proportionality.

Finally, only Hezbollah can claim to have defeated Israel (in Lebanon in 2000) and is now taking it on again, hitting Haifa and other places with large numbers of rockets - a feat that no Arab or Muslim power has accomplished since Israel's founding in 1948.

These are already serious selling points. And Hezbollah will score a major propaganda victory in the Muslim world if it simply remains standing in Lebanon after the present bout of warfare is over, and maintains the relationships it is forging with Hamas and other Sunni Islamist organizations.

What will such a victory mean?

Perhaps Hezbollah's ascendancy among Sunnis will make it possible for Shiites and Sunnis to stop the bloodletting in Iraq - and to focus instead on their "real" enemies, namely the United States and Israel. Rumblings against Israeli actions in Lebanon from both Shiites and Sunnis in Iraq already suggest such an outcome.

That may be good news for Iraqis, but it marks a dangerous turn for the West. And there are darker implications still. Al Qaeda, after all, is unlikely to take a loss of status lying down. Indeed, the rise of Hezbollah makes it all the more likely that Al Qaeda will soon seek to reassert itself through increased attacks on Shiites in Iraq and on Westerners all over the world - whatever it needs to do in order to regain the title of true defender of Islam.

Bernard Haykel, an associate professor of Islamic Studies at New York University, is the author of "Revival and Reform in Islam."

Friday, July 21, 2006

Mungkinkah Jurang Sunnah-Syiah Menguntungkan Israel
Oleh: Abu Nasr

Ketika rencana ini ditulis serangan udara bertali arus Israel sudah masuk hari ke-9 ke bumi Labenon, manakala di Palestine tentera Israel telah memulakan operasi darat. Bagaimanapun tentangan yang diberikan oleh tentera Islam sama ada Hamas di Palestine dan Hizbullah di Labenon benar-benar mengejutkan. Kali ini tentera Islam tidak lagi bersenjatakan lastik, kayu dan selipar buruk sebagaimana yang biasa dilihat sebelum daripada ini. Yang lebih menarik lagi tentangan terhadap Israel oleh Hamas dan Hizbullah datang secara hampir serentak sehingga Israel terpaksa mengerah seluruh kekuatan tenteranya.

Fenomena persefahaman seperti ini sangatlah membimbangkan Israel dan juga negara-negara kuffar seperti Amerika. Sememangnya sejarah telah menyaksikan sehingga hari ini, wujud jurang antara sunnah dan syiah sehingga sikap saling mencurigai itu bukanlah satu rahsia lagi. Ketika Ayatullah Khomeini berjaya menggulingkan Shah Iran pemerintah boneka Amerika pada tahun 1978-79, kelihatan jurang tersebut cuba dirapatkan. Ramai pemimpin gerakan Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia melawat Iran untuk mengikuti detik yang dianggap pada ketika itu sebagai bermulanya keruntuhan sekular di dunia Islam.

Bagaimanapun Israel dan kuasa Kuffar cepat menghidu ancaman ini sehingga mempergunakan Saddam Hussin mengekang kemaraan Revolusi Iran. Hampir satu dekad Iran bergelumang menghadapi Iraq yang dilengkapi dengan senjata dari Amerika, sehinggalah tentera Iran telah berjaya masuk ke Iraq sehingga ke Basrah. Ketika itu barulah Saddam Hussin beralah yang membawa kepada perdamaian. Semasa krisis Iraq-Iran hampir keseluruhan negara Arab kecuali Syiria berpihak kepada Iraq. Pada ketika ini juga sentimen sunnah dan syiah ditonjolkan sehingga ada dari kalangan sunnah yang menganggap Iran jika berkuasa lebih bahaya dari Amerika dan Israel.

Sememangnya terdapat dari kalangan syiah golongan yang tidak boleh bertolak ansur dengan sunnah sebagaimana juga di kalangan sunnah terdapat juga golongan tersebut. Namun demikian kepimpinan Iran dilihat cuba merapatkan jurang tersebut sehingga menaja pendekatan ‘Taqrib Baynal Mazahib’ yang telah menimbulkan kecurigaan golongan ‘keras’ dalam sunnah dan syiah sendiri. Selepas peperangan Iraq-Iran usaha ini cuba disuburkan tetapi terus mendapat tentangan dari kedua-dua pihak dalam sunnah dan syiah. Akhirnya usaha merapatkan jurang mazhab itu terus hilang dan kecurigaan antara sunnah dan syiah semakin melebar.

Kawasan yang paling hebat pertentangan sunnah dan syiah ialah Asia Selatan iaitu Pakistan, India dan Afghanistan. Di Pakistan pertentangan tersebut sehingga membawa kepada mengebom masjid dan melakukan pembunuhan terhadap tokoh-tokoh. Demikian juga di India tetapi tidaklah sampai ke peringkat pengeboman seperti di Pakistan. Manakala di Afghanistan selepas kejayaan Dr Abdullah Azzam menyatukan para kumpulan Mujahidin termasuk golongan syiah yang diwakili oleh Hizbi Wahdat sehingga menghalau keluar tentera Soviet Union, jurang itu kembali wujud sehingga pentadbiran Mujahidin selepas perang kucar-kacir.

Hasrat untuk mendirikan Kerajaan Islam di Afghanistan terus berkubur disebabkan bukan sahaja jurang antara mazhab tetapi juga jurang antara suku kaum. Negara Iran adalah antara negara pertama yang mengiktiraf Kerajaan Mujahidin yang dikuasai oleh golongan sunnah di Afghanistan. Malah beberapa pimpinan sunnah Afghanistan seperti Hekmatayar mempunyai hubungan yang baik dengan Iran. Malangnya dasar ‘pecah dan perintah’ kuasa kuffar terus melemahkan umat Islam meskipun mereka sudah melakukan jihad yang cukup mengagumkan di Afghanistan. Sehingga kini Afghanistan terus bergolak dan tidak diketahui penghujungnya.

Semasa tentera bersekutu yang dipimpin oleh Amerika menyerang Iraq dalam Perang Teluk tahun 1990, Iran mengambil sikap menentang tentera bersekutu walaupun tidak menzahirkan sokongan kepada Iraq. Di kalangan negara-negara Timur Tengah hanya beberapa negara yang mengambil sikap menentang Amerika termasuk Iran, Syiria dan Palestine. Dalam konteks hubungan luar antara negara-negara dunia Islam jelas menunjukkan Iran mengenepikan perbezaan mazhab. Bagaimanapun golongan ‘keras’ dari kalangan sunnah tetap mencurigainya dengan masih lagi mengekalkan tanggapan Iran lebih merbahaya daripada Amerika dan Israel.

Selepas selesai Amerika dan Britain menceroboh Iraq dalam tahun 2004, kelihatan umat Islam Iraq dengan disertai mujahidin Arab yang lain mulai memberi tentangan yang sengit terhadap tentera musuh. Difahamkan satu persidangan antara ulama terkemuka sunnah dan syiah telah diadakan bagi merapatkan jurang dan bersatu menghadapi musuh sebenar Amerika, Britain dan Israel. Golongan sunnah dan syiah bangkit serentak menentang tentera musuh. Bagi golongan sunnah yang berpusat antaranya di Tikrit termasuk juga dari kalangan Kurdis telah menggunakan beberapa nama kumpulan antaranya yang diketuai oleh Abu Musab al-Zarkawi. Golongan syiah pula diketuai oleh Muqtada al-Sadr yang dikenali sebagai tentera al-Mahdi.

Tentera Amerika dan Britain telah menghadapi kekangan yang hebat apabila kedua-dua golongan sunnah dan syiah secara serentak berhadapan dengan mereka. Bagi melemahkan umat Islam sekali lagi golongan musuh melaksanakan dasar ‘pecah dan perintah’ dengan menaja demokrasi ‘ala-Amerika’ dan menonjolkan golongan syiahlah yang sepatutnya diberi kuasa kerana mereka majoriti. Lebih menarik lagi umat Islam di Iraq dibahagikan kepada tiga iaitu sunnah, syiah dan kurdis. Maka jurang mazhab dan jurang suku kaum sekali lagi digunakan untuk memecah dan sekaligus melemahkan tentangan umat Islam.

Tawaran demokrasi ini telah menarik minat Ayatullah Ali Sistani sehingga menggesa tentera pimpinan Muqtada al-Sadr meletak senjata meskipun pada peringkat awalnya beliau tidak bersetuju. Bila golongan syiah mula meletakkan senjata diikuti golongan kurdis (juga sunnah), maka kekangan yang dihadapi oleh tentera musuh semakin lemah. Tidak cukup dengan itu mula berlaku pula pengeboman di masjid-masjid milik syiah dan sunnah. Media Barat dengan pantas menggembar-gemburkannya sebagai peperangan antara mazhab. Insiden pengeboman masjid ini sukar untuk dipastikan siapakah dalangnya, tetapi yang jelas mereka yang berpegang kepada sunnah tidak akan tergamak mengebom masjid yang terletak di dalamnya makam Saiyidina Hussin ra (cucu Rasulullah) walaupun itu masjid syiah.

Di tengah-tengah kancah peperangan di Iraq, tiba-tiba Hamas memenangi pilihanraya di Palestine. Perkembangan terbaru politik di Palestine ini menimbulkan kebimbangan baru kepada Amerika dan sekutunya Israel. Maka berbagai langkah diambil termasuk sekatan dana antarabangsa sampai ke tangan kerajaan Hamas. Negara Iran mengambil sikap yang pro-aktif menyokong kepimpinan Hamas dengan mengenepikan jurang mazhab. Malah pemimpin Hamas, Khalid Mashal telah mengunjungi Iran menemui presidennya bagi mendapat sokongan. Di kalangan negara Timur Tengah malah negara-negara dunia Islam, Iran paling kehadapan membela Hamas. Di negara-negara dunia Islam yang lain sokongan datang dari gerakan Islam bukannya kerajaan.

Negara Iran sendiri sedang menghadapi tekanan hebat daripada Amerika dan sekutunya Britain berhubung dengan program nuklearnya. Sepertimana kerajaan Hamas, Iran juga terkontang-kanting sendirian menghadapi serangan politik tersebut. Berbagai provokasi telah dilontarkan oleh Ahmadinejad seperti menghapuskan negara Israel dan peristiwa Holocaust, tidak mendapat sambutan negara-negara dunia Islam yang lain. Maka tinggallah kerajaan Hamas yang mewakili sunnah dan kerajaan Iran yang mewakili syiah menghadapi tekanan berterusan daripada Amerika dan Israel di Timur Tengah.

Kemuncak kepada tekanan tersebut ialah pencerobohan Israel di bumi Palestine dan Labenon dengan alasan membebaskan 3 orang tenteranya yang diculik. Presiden Iran, Ahmadinejad dengan tegas menyatakan pencerobohan di Palestine sebagai memerangi dunia Islam seluruhnya tanpa mengira sunnah atau syiah. Ketika Isreal sibuk menghadapi pejuang Islam di Palestine tiba-tiba Hizbullah mewakili golongan syiah yang pro-Iran melakukan serangan terhadap tentera Isreal di selatan Labenon. Ramai pihak menganggap tindakan Hizbullah ini adalah mewakili tindakan awal Iran, setelah Presiden Ahmadinejad mengishtiharkan perang terhadap Israel sebelumnya.

Pemimpin Hizbullah sendiri Hassan Nasrallah menegaskan bahawa tindakan mereka adalah mewakili dunia Islam dengan tidak menyebut syiah atau sunnah. Kebangkitan bersama sunnah di Palestine dan syiah di selatan Labenon benar-benar memberi ancaman baru kepada Israel dan membimbangkan sekutunya Amerika. Namun demikian, timbul persoalan mungkinkah jurang sunnah dan syiah sekali lagi digunakan untuk melemahkan kekangan terhadap Israel. Yang terbaru media menyiarkan bagaimana roket yang dilancarkan oleh Hizbullah mengenai penempatan Arab di Israel. Mungkinkah ini titik awal untuk melaksanakan dasar ‘pecah dan perintah’.

Sememangnya jelas jurang sunnah dan syiah merupakan salah satu senjata yang sentiasa digunakan oleh Amerika dan sekutunya untuk melemahkan kesatuan umat Islam. Bagi umat Islam sendiri jurang itu seperti sesuatu yang mustahil untuk diruntuhkan. Meskipun ramai ulama termasuk Hassan al-Banna sendiri cuba mewujudkan kesatuan Islam tetapi sehingga hari ini ia sukar dicapai. Lebih menyulitkan terdapat pula golongan 'keras' dari kalangan sunnah dan syiah yang mahu jurang itu terus kekal sehingga mereka memperuntukan sebahagian umurnya begitu giat mencari perbezaan antara mazhab sunnah dan syiah.

Walaupun usaha mendekatkan mazhab itu begitu sukar tetapi ia tidak mustahil sebagaimana juga menjernihkan hubungan antara Presiden Omar Basyir dan Dr Hassan al-Turabi (kedua-duanya sunnah) di Sudan selalu disebut ramai sebagai ‘very difficult but not impossible’. Maka usaha berterusan perlu diambil untuk mendekatkan semula mazhab sunnah dan syiah demi kesatuan umat Islam. Pilihan yang lain ialah kita terus berbalah antaranya tentang hal ehwal politik di zaman Saiyidina Ali sehingga kita mungkin akan melihat sekali lagi jurang sunnah dan syiah itu akan menguntungkan Israel.

Saturday, July 15, 2006

Menunggu Giliran Najib (Siri 3)
Oleh: Prof

Pengaruh Najib di kalangan akar umbi Umno memang lebih kukuh daripada Pak Lah sendiri. Sukar untuk ditentukan apakah faktor yang menyebabkan Najib diterima ramai di peringkat akar umbi. Sekiranya dikatakan disebabkan oleh politik wang, boleh dikatakan semua pemimpin Umno menggunakan wahana itu untuk naik dalam parti. Mungkin pengaruh Tun Razak yang dikenali sebagai pembela orang Melayu berperanan dalam memperkukuhkan kedudukan Najib. Namun demikian, kebanyak pimpinan akar-umbi Umno hari ini tidak begitu mengenali Tun Razak apatah lagi untuk terhutang budi kepadanya. Kemungkinan yang kuat ialah Najib sendiri mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin akar-umbi Umno khususnya semasa beliau mengetuai Pergerakan Pemuda Umno.

Walaupun Najib mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat akar-umbi, ini tidak menjadikan beliau berani untuk menongkah arus. Ketika perpecahan Umno pada tahun 1987, Najib dilihat berpihak kepada Team A. Beliau tidak berani bersama-sama dengan kumpulan Ku Li, Musa Hitam, Pak Lah dan lain-lain pimpinan Team B. Najib telah mempergunakan pengaruhnya dalam Pergerakan Pemuda Umno untuk membantu kemenangan tipis Dr Mahathir menewaskan Ku Li. Kalaulah Najib berpihak kepada Team B pada ketika itu dipercayai Dr Mahathir akan tumbang. Hubungan Ku Li dan Tun Razak sememangnya rapat, sehingga dalam hal ehwal ekonomi Tun Razak begitu mempecayai Ku Li. Namun Najib memilih untuk bersama golongan establish dalam Umno semasa peristiwa 1987 itu.

Sememangnya tidak dinafikan, apa perlu Najib berpihak kepada Team B kerana beliau tiada hubungan peribadi yang erat dengan pemipinan-pimpinan Team B. Namun demikian, semasa Anwar Ibrahim dipecat daripada Umno dan Timbalan Perdana Menteri, beliau sekali lagi mengambil sikap ‘play-safe’ walaupun hubungannya dengan Anwar memanglah rapat. Anwarlah yang menyerahkan teraju kepimpinan Pergerakan Pemuda Umno kepadanya. Kemudian dia bersama-sama dengan Anwar dalam Team Wawasan untuk menumbangkan Tun Ghafar, Pak Lah dan Sanusi Junid. Anwar sendiri sehingga hari ini tidak begitu menyentuh batang tubuh Najib dalam membicarakan persoalan rasuah dan penyelewengan dalam Kerajaan dan Umno. Hubungan tersebut juga tidak menjadikan Najib tampil membela Anwar ketika dipecat pada tahun 1998.

Mungkin Najib boleh memberi alasan bahawa hubungannya dengan Dr Mahathirpun baik juga kerana Dr Mahathir sendiri diselamatkan kerjaya politiknya oleh Tun Razak. Najib juga banyak terhutang budi dengan Dr Mahathir ketika menaikkan namanya dalam politik daripada Menteri Besar Pahang sehinggalah beberapa jawatan menteri kanan dalam Kerajaan. Hari ini Dr Mahathir pula mengalami nasib yang sama seperti yang pernah dihadapi oleh tokoh-tokoh Umno yang terpinggir. Dr Mahathir sendiri menyebut bahawa Najiblah menjadi pilihan pertamanya untuk jawatan Perdana Menteri bukan Pak Lah. Dalam keadaan ‘bola tanggung’ seperti itupun, Najib masih mengamalkan pendekatan politik pro-establishment dan mengambil sikap tidak membela Dr Mahathir.

Maka jelaslah bahawa Najib bukanlah seorang pejuang politik, sebaliknya mengambil pendekatan yang boleh menyelamatkan masa depan politiknya. Sedangkan kebanyakan tokoh-tokoh politik dunia yang disegani tidak berpewatakan seperti itu. Terdapat sesetengah penganalisis politik menyatakan Tun Razak juga mengamalkan pendekatan politik ‘play-safe’. Sekiranya diteliti secara mendalam beberapa pendirian Tun Razak semenjak zaman Dato Onn lagi, menunjukkan beliau bukanlah seorang ahli politik ‘play safe’ dalam semua keadaan. Malah semasa Tun Razak menjadi Perdana Menteri beliau mengambil langkah berbaik-baik dengan Negara Komunis China yang merupakan satu tindakan menongkah arus dalam politik antarabangsa ketika itu.

Sebaliknya Najib tidak seperti Tun Razak yang berani melakukan politik menongkah arus. Watak politik ‘play safe’ seperti ini tidak memungkinkan Najib boleh menyinar sekiranya diberi amanah untuk menerajui negara selepas ini. Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri yang berani dalam menyuarakan kepentingan rakyat Malaysia dan umat Islam sejagat umumnya. Selemah-lemah Tunku, beliaulah antara yang menggesa pimpinan-pimpinan Dunia Islam berhimpun ketika Masjid Aqsa dibakar sehingga akhirnya membawa kepada penubuhan OIC dan beliau dilantik menjadi Setiausaha Agungnya. Sepincang-pincang Dr Mahathir, beliau masih berani menyanggah Singapura dalam menjaga kepentingan Malaysia. Bagaimana pula Najib seorang yang berpewatakan politik ‘play safe’, mampukah beliau menjadi pemimpin yang menongkah arus ketika dunia hari menyaksikan berlakunya Islamophobia dan pertembungan peradaban?

Tuesday, July 11, 2006

Menunggu Giliran Najib (Siri 2)
Oleh: Prof

Najib Tun Razak telah dilahirkan pada tahun 1953, putera sulung Tun Razak dan Toh Puan Rahah. Beliau mendapat pendidikan aliran Inggeris bermula di St. John Institution sehinggalah melanjutkan pelajaran di University of Nottingham dalam bidang ekonomi. Keluarga Najib boleh dikatakan keluarga politik, kerana kebanyakan daripada kerabatnya memegang jawatan penting dalam Umno. Datuknya Tan Sri Noah dari sebelah ibu Toh Puan Rahah adalah Speaker Dewan Rakyat yang pertama dan bersama-sama dengan Lim Goh Tong membangunkan Genting Highland. Begitu juga datuk sebelah bapanya Dato' Hussien juga merupakan tokoh politik yang disegani di negeri Pahang. Oleh sebab itu tidaklah menghairankan Najib memilih untuk terjun dalam politik Umno seawal usia mudanya.

Beliau mula bertanding dalam pilihanraya pada tahun 1976 bagi menggantikan kerusi bapanya di Parlimen Pekan. Ketika itu usianya baru mencecah 23 tahun sehingga ada khabar-khabar angin yang tidak diketahui kesahihannya menyatakan beliau tidak sempat menamatkan pengajiannya ketika itu. Menurut sumber yang lebih rasmi Najib dikatakan telah menamatkan pengajiannya di University of Nottingham pada tahun 1974 iaitu ketika berusia 21 tahun. Kemunculan Najib dalam politik negara berlaku ketika rakyat khususnya orang Melayu murung dengan pemergian Tun Razak yang begitu mengejutkan.

Selepas itu nama Najib terus naik dalam politik Umno bermula dengan dilantik oleh bapa saudaranya Tun Hussin Onn sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978. Kemudian Dr Mahathir pula telah melantiknya sebagai Menteri Besar Pahang pada tahun 1982 iaitu ketika umurnya belumpun mencecah 30 tahun. Beliau merupakan antara Menteri Besar termuda dalam sejarah politik negara. Di dalam Umno beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Umno selepas Anwar Ibrahim melepaskannya untuk bertanding jawatan Naib Presiden. Sekarang beliau hanya tinggal setingkat sahaja lagi untuk menjadi orang nombor satu Umno.

Biarpun latar belakang politiknya yang menyinar, keraguan terhadap kemampuan Najib menerajui negara sememangnya wujud di kalangan rakyat termasuk dalam Umno sendiri. Beliau dilihat bukanlah seorang pemimpin yang mempunyai wawasan politik sehingga boleh membawa halatuju negara kepada sesuatu yang baik dan murni. Dalam Umno sendiri, beliau lebih dikenali sebagai seorang ‘play safe’ yang selalu memihak kepada golongan establish demi menjamin kepentingan politiknya. Watak seperti ini merupakan petunjuk bahawa beliau bukanlah seorang ahli politik yang berkaliber apatah untuk digelar sebagai pejuang bangsa.

Bersambung

Monday, July 10, 2006

Menunggu Giliran Najib (Siri 1)
Oleh: Prof

Pertembungan antara Dr Mahathir dan Pak Lah nampaknya semakin memuncak walaupun dimaklumkan kedua-duanya sedang bercuti di dua destinasi berbeza. Terbaru isu Tajuddin Ramli menyaman beberapa pihak termasuk Kerajaan Malaysia yang membabitkan nama baik Dr Mahathir dan Daim. Sukar untuk meramalkan bagaimanakah kesudahan pertembungan tersebut. Adakah Pak Lah akan terpelanting atau Dr Mahathir akan terus dibekukan peranannya selepas ini seperti bekas-bekas Perdana Menteri yang lain. Namun sekiranya melihat kepada sejarah politik Umno Dr Mahathir tidak pernah tewas dalam mana-mana konflik politik dengan tokoh-tokoh Umno yang lain termasuklah Tunku Abdul Rahman.

Selepas Perhimpunan Agung Umno yang melibatkan pemilihan kepimpinan baru yang lalu, desas-desus Pak Lah hanya mampu bertahan sehingga 2007 mula diperkatakan. Malah di Rompin dimaklumkan ada seorang anggota kebinet berkata kepada orang ramai dalam satu majlis yang dihadirinya, Malaysia akan memperolehi Perdana Menteri baru dalam tempoh masa yang terdekat. Lebih meyakinkan lagi apabila disorot pula sejarah politik Pak Lah dalam Umno, beliau telah beberapa kali kecundang dalam pertembungannya dengan tokoh-tokoh Umno yang lain. Persoalannya, siapakah yang bakal menerajui negara sekiranya Pak Lah kecundang sekali lagi dalam pertembungannya dengan Dr Mahathir.

Ramai pihak tidak meyakini Dr Mahathir akan melakukan 'political comeback' walaupun itu bukan mustahil. Dr Mahathir dilaporkan pernah menyebut semasa menyambut harijadinya yang ke-70, bila ditanya bila dia akan bersara? Beliau berkata, "kalau melihat kepada umur bapanya dan keturunannya, kebanyakan mereka meninggal dunia dalam lingkungan 100 tahun, jadi saya ada 30 tahun lagi". Bagaimanapun kemungkinan untuk dia kembali adalah tipis kecuali satu gelombang besar telah terbentuk untuk menjemputnya semula kembali ke kerusi nombor satu negara. Dalam Umno untuk menjana gelombang tersebut tidaklah sukar bagi seseorang tokoh yang bijak seperti Dr Mahathir.

Sekiranya tidak, pilihan yang berikutnya mungkin Najib seorang tokoh Umno yang telah berada di dalam kancah politik semenjak usianya yang begitu muda. Beliau merupakan anak kepada Perdana Menteri kedua, Tun Razak yang begitu berjasa besar kepada orang Melayu. Tidak dapat dinafikan reputasi Tun Razaklah yang telah mengangkat Najib kepada kedudukannya sehingga hari ini. Walaupun Tun Razak sempat memerintah hanya sekitar 6 tahun, tapi peranannya dalam pembangunan khususnya orang Melayu diakui oleh kawan dan lawan. Persoalannya, adakah Najib akan menuruti ketokohan bapanya atau Najib akan meneruskan lagi kebobrokan politik dalam Umno?

Bersambung

Sunday, July 02, 2006

Tsumawi Ditelan Tsunami Kapitalis Hedonisme
Oleh: Prof

Hiburan di Malaysia malah di dunia umumnya merupakan satu industri sepertimana juga industri-industri yang lain. Sesuatu industri tidak bebas melainkan dipengaruhi oleh fahaman Liberalisme yang diasaskan oleh Adam Smith yang didukung oleh para kapitalis (pemodal-pemodal). Dalam sesebuah negara yang mengamalkan Liberalisme ekonomi seperti Malaysia seluruh kegiatan yang berkaitan dengan kehidupan akan dikaitkan dengan keuntungan yang merupakan matlamat utama ekonomi. Mutakhir ini keperluan asas manusia seperti kesihatan, pendidikan dan tenaga juga mula dijadikan komoditi oleh golongan kapitalis untuk memperolehi keuntungan.

Hiburan merupakan sebahagian daripada keperluan manusia yang telahpun dijadikan komoditi industri. Bilamana ia memasuki sektor perindustrian maka bidang hiburan akan dimanipulasikan oleh golongan kapitalis untuk meraih keuntungan mereka secara maksima. Industri hiburan ini akan diorientasikan oleh pasaran bebas, persaingan, pemilikan individu atau kumpulan sebagaimana amalan dalam negara yang mengamalkan ekonomi Liberalisme. Golongan kapitalis selalunya tidak mengenal batas halal-haram melainkan untuk memaksimakan keuntungan yang diperolehi.

Industri hiburan yang berasaskan kepada sistem ekonomi golongan kapitalis seperti ini telah mendominasi dunia sejak Revolusi Perindustrian di Eropah akhir kurun ke-18. Hari ini sistem ekonomi tersebut semakin mencengkam khususnya selepas kejatuhan fahaman sosialisme Karl Marx pada akhir dekan 1980-an. Malah kebangkitan semula Liberalisme yang dikenali hari ini sebagai Neo-Liberalisme lebih dahsyat daripada awal kemunculannya. Hari ini segala keperluan yang berkaitan dengan manusia tdak terlepas daripada monopoli golongan kapitalis, malah harta yang menjadi milik umum (kerajaan) satu persatu telah dimiliki oleh individu ataupun berkumpulan atas nama penswastaan.

Demikianlah hebatnya cengkaman sistem ekonomi yang didominasi oleh golongan kapitalis dalam semua sektor kehidupan manusia termasuk hiburan. Beberapa orang manusia dalam sejarah dilihat cuba menongkah arus sistem ekonomi ini termasuklah yang paling menonjol di Barat ialah Karl Marx. Namun semua mereka berkubur bersama-sama fahaman yang mereka asaskan. Di negara-negara yang mengamalkan ekonomi Liberalisme inilah suburnya industri hiburan yang pada hakikatnya memanipulasikan keperluan naluri manusia untuk keuntungan mereka. Naluri manusia yang mahu keseronokan telah dimanipulasi dalam pelbagai bentuk antaranya melalui filem dan muzik yang kesemuanya akan memenuhi kantung golongan kapitalis.

Demikian juga dengan industri hiburan di Malaysia tidak terlepas daripada semua itu. Hiburan telah berjaya ditonjolkan melebihi bidang-bidang lain termasuklah pendidikan dan keilmuan. Golongan artis mejadi paling popular melebih golongan yang lain termasuklah para ulama. Budaya berhibur menjadi budaya utama dalam masyarakat mengatasi budaya ilmu termasuk di menara gading sendiri. Kesemua ini telah memenuhkan kantung golongan kapitalis dan hampasnya diperolehi oleh penggiat seni hiburan. Manakala masyarakat umum mendapat hiburan yang kemudiannya akan menjadi faktor kehancuran ummah. Situasi inilah yang menjadi pendorong penganjuran Akademi Fantasia.

Akademi Fantasia ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk memanipulasikan naluri keseronokan manusia demi keuntungan golongan kapitalis. Merekalah yang mendapat keuntungan daripada penganjuran, manakala artis memperolehi tempiasnya sedikit. Daripada pentas inilah lahirnya MAWI yang kemudiannya menghadirkan gelombang Tsumawi. Mawi seorang yang berlatarbelakangkan pegangan agama telah digunakan untuk mencalitkan imej baik pada Akademi Fantasia yang telah dihukumkan HARAM antaranya oleh Mufti Perak. Golongan kapitalis telah cuba menempelkan label 'halal' dengan menonjolkan Mawi. Akhirnya Mawi telah dinobatkan sama ada secara sengaja ataupun tidak.

Ramai pihak termasuk PAS mengharapkan Mawi akan membawa satu hiburan alternatif baru kepada masyarakat Malaysia sekurang-kurangnya hiburan yang lebih bersopan. PAS telah cuba memberi sokongan antaranya dengan menjemput Mawi memberi persembahan di Kelantan yang dianjurkan mengikut kehendak Islam. Tetapi Mawi hanyalah modal manusia dalam industri hiburan yang dimiliki dan dimanipulasikan oleh golongan kapitalis hedonisme. Siapalah sangat Mawi untuk menongkah gelombang kapitalis yang telah mencorakkan dunia hiburan sebagai sebuah industri dalam sistem ekonomi yang dikuasai oleh mereka. Kalau Karl Marx dan pendukung sosialisme pun akhirnya hilang ditelan badai tsunami kapitalis hedonisme, inikan hanya seorang manusia bernama Mawi yang hanya membawa riak kecil Tsumawi.

Sunday, June 25, 2006

Memperkukuhkan Sistem Nilai Masyarakat Malaysia
Oleh:Muhammad Abu Zahra

Pendahuluan

Mutakhir ini ditimbulkan pelbagai isu yang berbau perkauman dan keagamaan oleh sesetengah golongan yang menggelarkan diri mereka sebagai masyarakat sivil (civil society). Salah satu isu yang begitu digembar-gemburkan ialah berkaitan dengan perlakuan moral rakyat Malaysia sama ada yang melibatkan masyarakat muslim seperti isu ‘The Zouk’ atau yang terbaru melibatkan masyarakat bukan Islam yang berlakuan tidak senonoh di tengah khalayak ramai. Sama ada disedari atau tidak, isu-isu seumpama ini sebenarnya mempunyai kaitan yang rapat dengan persoalan jati diri masyarakat Malaysia khususnya sistem nilai yang dipegang dan diamalkan.

Penting Nilai-nilai Sepunya

Setelah hampir 50 tahun mencapai kemerdekaan, adalah sesuatu yang amat malang apabila kita masih tercari-cari jati diri sebenar rakyat Malaysia. Tidak perlu kita membuka lembaran lebih jauh untuk berbicara tentang rupa-bentuk bangsa Malaysia sebagai asas pembinaan negara bangsa, sekiranya persoalan yang lebih kecil berkaitan dengan jati diri yang sepatutnya dimiliki secara sepunya oleh rakyat masih belum selesai. Rakyat Malaysia seperti dibiarkan untuk memiliki jati diri mengikut cita rasa masing-masing tanpa ditunjuki oleh pihak yang berkuasa. Situasi seperti ini sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan konflik yang serius di dalam masyarakat.

Lazimnya sistem nilai dikaitkan dengan kepercayaan yang dipegang oleh seseorang atau sesebuah masyarakat. Bagaimanapun bagi mereka yang tidak menerima sistem nilai sebagai sesuatu yang bersifat supernatural seperti golongan naturalisme atau realisme, sistem nilai seseorang atau sesebuah masyarakat diasaskan kepada banyak faktor termasuk pemikiran, dan budaya sesebuah masyarakat. Maka lahirlah berbagai sistem nilai yang tidak berasaskan agama seperti utilitarianisme, hedonisme dan sebagainya. Biar apapun sistem nilai yang dipegang, perlu ada nilai-nilai sepunya sehingga sesuatu yang baik diterima bersama sebagai baik dan sesuatu yang buruk diterima bersama sebagai buruk.

Betapa celaru sesebuah masyarakat bila tiada nilai-nilai sepunya yang diterima secara bersama oleh mereka. Dengan erti kata lain setiap individu atau kelompok kecil dalam sesebuah masyarakat itu mempunyai sistem nilai yang pelbagai sehingga sesuatu yang baik dianggap buruk oleh kelompok yang lain dan sesuatu yang buruk dianggap baik oleh kelompok yang lain. Konflik nilai yang seperti ini akan menyebabkan sesebuah masyarakat menjadi kacau-bilau malah boleh membawa kepada pertelingkahan. Lebih daripada itu, sekiranya situasi ini wujud maka perundangan dan peraturan dalam sesebuah negara tidak lagi bermakna.

Menyedari hakikat tersebut, sangatlah membimbangkan apabila wujud kumpulan-kumpulan yang menggelarkan diri mereka masyarakat sivil cuba mempertikaikan nilai-nilai sepunya masyarakat Malaysia yang sudah berdiri sekian lama sehingga menjadi faktor terpenting pembinaan jatidiri. Kumpulan-kumpulan ini mempertikaikan tindakan pihak berkuasa terhadap perlakuan tidak bermoral yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu hanya dengan beralasankan hak asasi. Gagasan untuk mempertikai sesuatu yang baik itu baik dan sesuatu yang buruk itu buruk sebagaimana yang telah diterima oleh masyarakat Malaysia secara turun temurun hanyalah mencetuskan konflik nilai seperti yang telah dinyatakan.

Masyarakat Malaysia yang menganut agama masing-masing sudah mewarisi nilai-nilai sepunya yang telah membina jati diri rakyat Malaysia. Sebagai contoh perlakuan tidak senonoh seperti berkelakuan lucah di khalayak ramai merupakan sesuatu buruk di sisi semua agama lebih-lebih lagi agama Islam. Begitu juga bersekedudukan dan perzinaan merupakan sesuatu yang keji di sisi setiap agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia. Boleh dikatakan perkara-perkara seumpama ini diterima sebagai suatu prinsip nilai yang sejagat walaupun diamalkan secara berbeza bagi setiap kaum. Warisan seperti inilah yang telah membina jati diri masyarakat Malaysia selaras dengan hakikat ‘sejarah yang membina bangsa dan negara’.

Pandangan Islam Terhadap Nilai-nilai Sejagat

Sebagai sebuah agama yang bersifat sejagat, Islam menerima kewujudan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama oleh semua manusia. Malah Islam tidak hanya membataskan kesejagatan dalam persoalan nilai semata-mata, sebaliknya sehingga ke peringkat kesejagatan akidah tauhid. Menurut al-Quran fitrah atau naluri untuk memperakui keesaan Allah swt diterima secara sejagat oleh manusia, Cuma ada di kalangan manusia yang tidak menurutinya sehingga mempersekutukan Allah swt dengan sesuatu yang lain. Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan demi sesungguhnya jika engkau wahai Muhammad bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi nescaya mereka menjawab yang menciptakannya ialah Allah yang maha berkuasa lagi maha mengetahui. (Az-Zukhruf: 9)

Dan demi sesungguhnya jika engkau wahai Muhammad bertanya kepada mereka siapakah yang menjadikan mereka nescaya mereka menjawab Allah. Maka bagaimana mereka rela dipesongkan daripada menyembah dan mengesakan Allah. (Az-Zukhruf: 87)

Sekiranya dalam persoalan akidah Islam mengemukakan akidah tauhid yang sejagat sifatnya, apalagi dalam persoalan akhlak yang lebih banyak titik-titik pertemuan dengan penganut-penganut agama lain. Islam mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri berkaitan dengan baik dan buruk yang berasaskan kepada akidah tauhid. Bagaimanapun terdapat prinsip-prinsip tentang baik dan buruk yang dikongsi bersama oleh masyarakat manusia sejagat. Sebagai contoh persoalan berbuat baik kepada ibu-bapa telah disebut berulang-ulang kali dalam al-Quran dalam bentuk nilai manusia yang sejagat sebagaimana Firman Allah swt yang bermaksud:

Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu-bapanya, ibu yang telah mengandungkannya dengan segala susah payah dan melahirkan dengan segala susah payah… (al-Ahqaf: 15)

Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-ibu-bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan kelemahan demi kelemahan dan tempoh menyusukannya dalam masa dua tahun, dengan demikian bersyukurlah kepadaku dan kepada kedua ibu-bapamu dan ingatlah aku jua tempat kembali. (Luqman: 14)

Dalam surah al-An’aam ayat ke-15 dan ke-16, Allah mengajar Rasulullah saw supaya mengajak golongan yang tidak beriman kepada prinsip-prinsip sejagat bermula dengan tidak mempersekutukan Allah, berbuat baik kepada ibu-bapa, tidak membunuh anak-anak kerana takut kepapaan, tidak menghampiran zina, tidak melakukan pembunuhan, tidak memakan harta anak yatim, tidak menipu dalam perniagaan dan berlaku adil. Sebahagian ayat-ayat al-Quran di atas memadai untuk menunjukkan betapa Islam sebagai agama sejagat mengajak manusia kepada menghayati nilai-nilai sejagat bermula dengan menerima akidah tauhid. Bagi mereka yang tidak menerima seruan akidah tauhid tersebut, mereka diajak pula supaya mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat yang turut diajar oleh agama mereka masing-masing.

Selain daripada itu, terlalu banyak hadith-hadith Rasulullah SAW menyentuh tentang nilai-nilai baik yang bersifat sejagat antaranya sebuah hadith yang menjelaskan tentang dosa-dosa besar yang bermaksud:

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah telah menyebut tentang dosa-dosa besar atau ditanya tentang perkara tersebut, Sabdanya: “Menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain, membunuh diri seseorang yang diharamkan oleh Allah, menderhakai dan tidak berlaku baik kepada kedua ibu-bapa”, Kemudian Rasulullah SAW menambah: “Mahukah kamu dikhabarkan salah satu dosa yang besar antara dosa-dosa yang besar? Iaitu kenyataan palsu dan kesaksian palsu” (Bukhari)

Hadith di atas merupakan salah daripada hadith yang menjelaskan tentang nilai-nilai baik yang sejagat sifatnya sebagai menjelaskan penyataan-penyataan yang terdapat dalam al-Quran. Oleh kerana itu, suruhan-suruhan dalam Islam terutama yang berkaitan dengan persoalan moral adalah merupakan nilai-nilai sejagat yang tidak bertentangan dengan naluri semulajadi manusia.

Peranan Pemerintah Terhadap Moral

Golongan yang mendukung fahaman bahawa nilai baik dan buruk ditentukan oleh diri seseorang, selalunya berpegang kepada pepatah Protagoras “a man is the measure of all things” yang meletakkan seseorang individu sebagai neraca segala-galanya. Dasar moral seperti ini telah disanggah oleh ramai ahli falsafah sama ada pada zaman klasik ataupun zaman moden. Seorang ahli falsafah moden Thomas Hobbes menyatakan bahawa sekiranya nilai moral bergantung kepada kepentingan peribadi, maka kepentingan keperibadi boleh mendorong kepada konflik dan kemuncaknya peperangan. Oleh sebab itu beliau menegaskan betapa perlunya kawalan moral oleh pemerintah yang berwibawa.

Dalam bidang kajian etika, terdapat golongan yang menyatakan bahawa nilai baik dan buruk tidak sejagat sifatnya sebaliknya tertakluk kepada budaya dan situasi sosial sesebuah komuniti. Fahaman ini disebut sebagai cultural relativism atau boleh juga disebut moral ethnocentrism. Walaupun golongan ini dilihat tidak menerima kesejagatan nilai, tetapi mereka masih memperakui betapa komuniti atau masyarakatlah yang menjadi neraca dalam menentukan sesuatu itu baik atau buruk. Bagi golongan berfahaman seperti ini, perlakuan seseorang tertakluk kepada nilai-nilai baik dan buruk yang diterima secara bersama oleh sesebuah komuniti atau masyarakat.

Menyedari hakikat tersebut, sistem nilai dalam sesebuah masyarakat bukanlah berasaskan kepada kehendak individu sebagaimana tuntutan golongan egoism sebaliknya keperluan bersama (common needs) dalam masyarakat. Menurut Jacques Rousseau, keperluan bersama dalam sesebuah masyarakat inilah yang akan akhirnya mewujudkan kontrak sosial. Sesebuah negara yang harmoni tertegak di atas perkongsian nilai-nilai sepunya bagi memenuhi keperluan bersama, bukannya nilai-nilai yang diasaskan atas kepentingan individu. Oleh sebab itu, kawalan moral oleh pemerintah tidak dapat dielakkan demi mempertahankan nilai-nilai sepunya masyarakat daripada terhakis.

Mempertahankan nilai-nilai sepunya dalam masyarakat juga begitu penting untuk menegakkan kedaulatan undang-undang. Sebenarnya moral atau nilai tidak boleh dipisahkan daripada perundangan. Dengan pengertian lain perundangan bukan sekadar berkaitan dengan fakta sosial yang berdasarkan pengalaman empirikal tetapi turut berkaitan dengan sesuatu yang dipercayai baik atau buruk dalam sesebuah masyarakat. Meskipun golongan positivism cuba memisahkan nilai dan perundangan, namun mereka tetap memperakui perkara yang salah disisi perundangan merupakan perkara yang terbukti tidak baik menurut fakta empirikal. Hakikatnya, mereka bukanlah memisahkan nilai dan perundangan, tetapi menentukan nilai yang bagaimana seharusnya dikaitkan dengan perundangan.

Bagaimanakah gambaran sesebuah masyarakat apabila sesuatu yang salah di sisi perundangan negara dilihat secara berbeza dari segi nilainya oleh setiap individu masyarakat. Sebagai contoh penyalahgunaan dadah, merupakan sesuatu yang salah di sisi perundangan, tetapi masyarakat mempunyai persepsi nilai yang berbeza terhadapnya. Sebahagian masyarakat melihatnya buruk sama sekali, mungkin sebahagian yang lain melihatnya buruk sekiranya ia mencabul hak orang lain dan selebihnya menganggapnya baik. Dalam situasi seperti ini bagaimanakah akan tertegaknya undang-undang?

Kawalan Moral Di Dalam Islam

Menurut ajaran Islam, kawalan moral adalah tanggungjawab semua lapisan masyarakat bermula daripada individu, keluarga, masyarakat dan pemerintah dalam sesebuah negara. Dengan sebab itu konsep pertanggungjawaban dalam Islam begitu holistik meliputi kesemua lapisan masyarakat. Dalam konteks kawalan moral semua pihak bertanggungjawab terhadap perlakuan seseorang melalui peranan masing-masing yang berbeza. Hakikat inilah yang digambarkan oleh hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abdullah bin Umar (ra), Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya, pemerintah (dalam sesebuah negara) adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap apa yang dipertanggungjawabkan, seorang lelaki (suami) adalah penjaga bagi rumahtangganya dan bertanggungjawab terhadap apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya, Seorang wanita (isteri) adalah penjaga kepada rumah suaminya serta anak-anak, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipertanggungjwabkan. Seorang hamba adalah penjaga kepada harta tuannya dan dia dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Maka setiap kamu adalah penjaga dan setiap kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap tanggungjawabnya. (Bukhari)

Setiap lapisan masyarakat menurut Islam mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam mengawal moral. Tanggungjawab tersebut bergantung kepada keupayaan yang ada pada diri seseorang. Sekiranya seseorang itu diberi kuasa mentadbir sebuah negara, maka salah satu tanggungjawabnya ialah memelihara perlakuan moral rakyatnya. Bagi seorang bapa yang berkuasa ke atas ahli keluarganya, maka mengawal moral ahli keluarganya adalah merupakan salah satu tanggungjawabnya. Sekiranya seseorang itu tiada mempunyai kuasa terhadap seseorang, tanggungjawab untuk mengawal moral masih tidak terlepas. Dia masih bertanggungjawab menegur salah laku moral yang berlaku paling kurang tidak merestui di dalam hatinya.

Konsep amar maaruf dan nahi munkar merupakan satu mekanisme yang holistik dianjurkan oleh Islam dalam mengawal moral manusia. Peranan melaksanakan tugas tersebut erpikul kepada setiap orang. Mekanisme amar maaruf dan nahi munkar kelihatan seperti satu bentuk kawalan moral masyarakat ke atas individu kerana melibatkan suruhan dan cegahan. Namun konsep ini sebenarnya turut berkaitan dengan kawalan moral terhadap diri sendiri kerana suruhan melakukan maaruf dan cegahan melakukan munkar turut boleh dilakukan terhadap diri masing-masing. Di dalam surah al-Baqarah ayat 44, Allah berfirman maksudnya:

Patutkah kamu menyuruh manusia melakukan maaruf sedangkan kamu lupa diri kamu sendiri, padahal kamu membaca kitab Allah, tidak kamu berakal.

Demikianlah juga dalam mencegah munkar, Rasulullah SAW menyuruh kita paling tidak menanam kebencian terhadap munkar di dalam hati masing-masing, sekiranya kita tidak berupaya mencegahnya secara perbuatan dan perkataan.

Kesimpulan

Pembinaan sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri mulia tidak mungkin tercapai sekiranya tiada wujud prinsip-prinsip nilai yang boleh diterima secara bersama. Sistem nilai yang berasaskan kepentingan diri individu tidak mungkin berupaya membina sebuah masyarakat yang hidup harmoni. Bagaimanapun penerimaan prinsip-prinsip nilai secara bersama perlu diperkukuhkan dengan mekanisme kawalan moral bermula dari individu sehinggalah tanggungjawab pemerintah. Malangnya perkara seumpama ini semakin tidak diberi perhatian dalam masyarakat kita, malah wujud pula tangan-tangan kotor yang berusaha meruntuhkannya.

Friday, June 23, 2006

Adab Sopan: Antara Asas Iman dan Kepentingan Ekonomi.
Oleh:Abu Nasr

Hampir seluruh kita terkejut bila Reader's Digest menyebut Kuala Lumpur antara bandaraya paling biadap di dunia. Majalah tersebut telah membuat kajian rawak terhadap satu sampel yang begitu kecil iaitu 60 orang jika dibandingkan dengan penduduk Kuala Lumpur. Sememangnya kita boleh mempersoalkan kesahihan kajian tersebut. Bagaimanapun benarkah penduduk Kuala Lumpur dan masyarakat Malaysia masih mengamalkan warisan adab sopan yang tinggi seperti sebelum ini?

Secara terus terang kita perlu mengakui bahawa adab sopan yang diwarisi tersebut semakin hilang dari amalan masyarakat Malaysia. Tiga kategori yang digunakan oleh Reader's Digest iaitu membantu membuka pintu, mengucapkan terima kasih dan menolong mengambil kertas yang tercicir merupakan ciri-ciri signifikan untuk kita melakukan pemerhatian terhadap penduduk Kuala Lumpur. Kita boleh memperolehi jawapan yang mudah iaitu adab sopan yang selama ini sinonim dengan masyarakat kita semakin tidak lagi diamalkan.

Amalan menolong dan menghargai seseorang sememangnya merupakan sifat yang telah diwarisi oleh masyarakat Malaysia secara turun temurun daripada peradaban masing-masing. Bagi masyarakat Melayu yang adab sopannya berteraskan kepada agama Islam, amalan tersebut sememangnya disuruh oleh al-Quran dan as-Sunnah. Di dalam al-Quran surah al-Qasas ayat 77 contohnya, Allah menyuruh berbuat kebaikan kepada manusia sebagaimana Allah telah melimpah ruahkan kebaikan kepada kita. Malah Rasulullah SAW menyebut amalan sekecil membuang duri di jalan merupakan pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Kelunturan adab sopan dan yang lebih besarnya keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat Malaysia bukanlah sesuatu yang pelik. Kesemuanya berlaku disebabkan pegangan agama di kalangan masyarakat Malaysia telah semakin longgar. Keruntuhan akhlak di dalam Islam mempunyai kaitan yang rapat dengan kelunturan iman. Imanlah merupakan pendorong yang tiada tolok bandingnya kepada manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Bila iman merosot, maka dorongan melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan akan merosot.

Namun begitu pasti ada yang mempersoalkan, bagaimana pula dengan bandaraya-bandaraya lain yang dikatogerikan sebagai beradab, sedangkan masyarakat mereka diketahui semakin longgar pegangan agamanya. Jawapannya mudah sepertimana kata Muhammad Abduh "Aku melihat Islam tetapi tiada orang Islam dan aku melihat orang Islam tetapi tiada Islam. Tetapi percayalah sesuatu yang dilakukan tanpa diasaskan kepada iman tidak akan berkekalan untuk jangka masa yang panjang, apalagi amalan seumpama itu di negara-negara maju hanya dikaitkan dengan kepentingan ekonomi. Sebagai contoh, amalan mengucap terima kasih oleh jurujual di kaunter sudah menjadi satu kemestian di negara-negara maju, tetapi ia didorong oleh kepentingan ekonomi.

Semasa Muhammad Abduh menyebut perumpaan di atas, beliau kagum dengan masyarakat Eropah yang mencintai ilmu dan tidak membuang masa percuma. Hari ini amalan mencintai ilmu dan tidak membuang masa percuma di kalangan generasi baru Eropah hampir pupus di telan zaman. Lihat sahaja di hospital-hospital di UK umpamanya, jumlah doktor dan pakar perubatan di kalangan orang kulit putih semakin banyak berkurangan. Yang ramainya membanjiri stadium sepertimana di Jerman sekarang. Demikianlah sesuatu amalan yang tidak diasaskan kepada pegangan keimanan.

Pemerhatian Reader's Digest juga merupakan sesuatu yang dikaitkan dengan kepentingan ekonomi. Untuk apa mereka membuat ranking bandaraya paling sopan melainkan untuk kepentingan ekonomi. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang sukar menerima laporan majalah tersebut juga mempunyai unsur-unsur kepentingan ekonomi. Adab sopan yang didorong oleh kepentingan ekonomi seperti ini tidak kekal lama sebaliknya hanya diamalkan sekiranya memberi keuntungan. Dari segi ekonomi seorang pelacur mengucap terima kasih bila pelanggannya membayar wang adalah suatu amalan yang baik dan mungkin perkara ini juga turut termasuk dalam perhatian Reader's Digest.

Tuesday, June 20, 2006

Ke Mana Halatuju Institut Pemikiran Dr Mahathir?
Oleh: Muhammad Abu Zahra

Belumpun sampai setengah dekad Dr Mahathir melepaskan segala kepentingannya dalam kerajaan dan UMNO, segala 'bangkai gajah' yang cuba ditutupi semasa pemerintahannya mulai terbongkar satu demi satu. Pendedahan oleh akhbar tentang surat bekas hakim Syed Ahmad Aidid dan juga bekas Pengerusi TNB Ani Arope mungkin hanyalah merupakan permulaan kepada pendedahan yang lebih berani selepas daripada ini. Semua rakyat mungkin ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku terhadap tribunal yang ditubuhkan ke atas Ketua Hakim Negara Salleh Abas, pendedahan oleh bekas Pengarah BPR Shafie Yahya terhadap Ali Abul Hassan dan lain-lain 'bangkai gajah' tersebut.

Semasa beliau melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003, boleh dikatakan tiada lagi anugerah yang tinggal yang boleh diberikan kepadanya. Sebagai mengenang jasanya terhadap negara, hampir seluruh universiti dalam negara ini telah memberikan anugerah Doktor Kehormat kepada beliau dalam pelbagai bidang. Sebuah universiti di utara semenanjung telah menubuh sebuah institut khusus mengkaji pemikiran beliau. Manakala sebuah lagi universiti yang dinaiktarafkan oleh Dr Mahathir pula telah menaja kursus Pemikiran Dr Mahathir. Maka berlumba-lumbalah setiap universiti untuk menganugerahkan ijazah demi ijazah kepada Dr Mahathir sehingga beliau tidak menang tangan.

Dengan tidak menafikan jasa Dr Mahathir terhadap negara, penganugerahan dan perkembangan institusi dalam bidang akademik seharusnya dijauhi oleh emosi yang berbau politik. Namun demikian dalam tempoh beberapa bulan selepas perletakan jawatan Dr Mahathir setiap universiti di negara ini seolah-olah 'meracau' sehingga hilang pertimbangan akademik bagi mengenang jasa Dr Mahathir. Mungkin penganugerahan dan penubuhan institusi akademik yang dikaitkan dengan Dr Mahathir itu telah dipertimbangkan secara akademik, tetapi kita juga tidak menolak kemungkinan sebahagian besarnya dibuat atas dasar 'emosi' politik oleh pengampu-pengampu politik dari kalangan ahli akademik.

Pada ketika itu hanya tulisan seorang wartawan vateran Subki Latiff yang menyarankan supaya tidak ghairah mengkaji warisan dan pemikiran Dr Mahathir, kerana bilamana dibuat atas nama akademik maka kajiannya mestilah objektif. Sekiranya kajian dibuat secara objektif terhadap warisan dan pemikiran Dr Mahathir, maka akan terdedah aspek positif dan aspek negatif. Yang sangat dibimbangi ialah apabila aspek negatif atau 'bangkai gajah' akan turut terbongkar kalaupun tidak lebih banyak. Terbongkarnya 'bangkai gajah' itu akan sekali lagi memalit reputasi negarawan besar seperti Dr Mahathir sebagaimana yang pernah berlaku kepada negarawan negara komunis Lenin dan Stalin.

Sebagai seorang bekas Perdana Menteri, sememangnya Dr Mahathir harus dikenang. Bagaimanapun sebagai sebuah institusi akademik, universiti-universiti tempatan perlu membuat pertimbangan akademik dalam mengenang jasanya. Mengapa tiada satu institusi khusus mengkaji warisan dan pemikiran Perdana Menteri yang kedua Tun Abdul Razak, sedangkan jasanya terhadap orang Melayu dan rakyat Malaysia umumnya dilihat lebih cemerlang. Dari segi pemikiran ekonomi, Tun Razak telah memperkenalkan kesepaduan antara dasar liberalisme dan sosialisme yang seharusnya menarik ramai ahli akademik mengkajinya. Malangnya tiada sebuahpun institusi seumpamanya ditubuhkan kecuali institut-institut atau kursi atas nama beliau.

Sekali lagi dilihat pertimbangan akademik diketepikan kerana suasana Tun Razak semasa kematian beliau tidaklah seperti suasana Dr Mahathir semasa beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana menteri. Suasana semasa Dr Mahathir meletakkan jawatan telah menimbulkan 'racauan' sehingga pertimbangan akademik itu hilang. Tidaklah diketahui sama ada suasana itu dirancang dengan tujuan supaya Dr Mahathir tidak melakukan 'political comeback' atau berlaku secara kebetulan. Biar apapun suasananya, sebagai sebuah universiti pertimbangan akademik mestilah didahului bukannya 'emosi' politik yang dipengaruhi oleh suasana yang wujud pada ketika itu.

Hari ini belumpun sampai setengah dekad, persoalan ke manakah halatuju institusi dan kursus yang berkaitan dengan warisan dan pemikiran Dr Mahathir mula timbul. Konflik antara Dr Mahathir dan Pak Lah belumpun sampai kemuncaknya, tetapi beberapa legasi Dr Mahathir seperti kereta nasional Proton, program penswastaan, keutamaan perindustrian berbanding pertanian dan lain-lain mulai terdedah. Sekarang mula dipersoalkan wajar dilaksanakan projek kereta nasional Proton? Mengapa aset-aset kerajaan diswastakan? Mengapa perlu ditukar nama Universiti Pertanian kepada Universiti Putra? dan pelbagai persoalan kecil dan besar mulai bersarang diminda rakyat. Maka kemanakah pula halatuju perbagai pengiktirafan akademik yang telah diberikan kepada Tun Dr Mahathir?

Friday, June 16, 2006

Khutbah: Jumaat Prayer

Proud to be a Muslim

All Praise is due to Allah, We praise Him and we seek help from Him. We ask forgiveness from Him. We repent to Him; and we seek refuge in Him from our own evils and our own bad deeds.
Anyone who is guided by Allah, he is indeed guided; and anyone who has been left astray, will find no one to guide him.
I bear witness that there is no god but Allah, the Only One without any partner; and I bear witness that Muhammad, SAW, is His servant, and His messenger.

My Dear Brothers in Islam,

First of all we should be grateful because we are chosen by Allah SWT to be a Muslim. There are no other greatest gifts of Allah brought to us and the entire world, it is Islam.

Allah the Almighty says in Sura al-Maidah verse 3:

This day have I perfected religion for you, complete my favour upon you and have chosen for you Islam as your religion. Indeed, it is only Islam accepted by Allah SWT. Therefore, inevitably we should be grateful to Allah SWT and should give very much thanks to our prophet Muhammad SAW who has strived and struggled very much in bringing Islam to all of us.

Islam is derived from the Arabic root "Salama": peace, purity, submission and obedience. In the religious sense, Islam means submission to the will of God and obedience to His law. Everything and every phenomenon in the world other than man is administered totally by God-made laws, ie. they are obedient to God and submissive to his laws, they are in the State of Islam. Man possesses the qualities of intelligence and choice, thus he is invited to submit to the good will of God and obey His law, ie, become a Muslim. Submission to the good will of God, together with obedience to His beneficial Law, ie, becoming a Muslim, is the best safeguard for man's peace and harmony.

Allah the Almighty says in Sura Ali Imran verse 83:

Do they seek for other than religion of Allah? While of creatures in the heaven and on earth have willing and unwilling , bowed to his will (accepted Islam), and to him shall they all be brought back.
Islam dates back to the age of Adam and its message has been conveyed to man by God's prophets and messengers, including Abrahim, Moses, Jesus and Muhammad. In the other word the is no such word ‘adyan al-samawiyah’ and ‘religions of the heaven’, because the only religion revealed by Allah SWT to all his messengers is Islam.

Allah the Almighty says in Sura al-Baqarah verses 131-133:

Behold, his Lord said to him (Abraham), “Bow (thy will to me)”. He said, “I bow (my will) to the Lord and Cherisher of the universe. And this was a legacy that Abraham left to his sons and so did Jacob, “O my sons, Allah has chosen the faith for you, then die not except in the state of submission to Allah (muslim). Were ye witnesses when death appeared before Jacob, behold he said to his sons, “What will ye worship after me?” They said, “We will worship thy God, the God of thy fathers, of Abraham, Isma’il and Isaac, the one (true) God and to him we bow (in Islam).

Islam's message has been restored and enforced in the last stage of the religious evolution by God's last prophet and messenger, Muhammad.

My Dear Brothers in Islam,

Finally I would like to exclaim all of you and myself to be proud as a Muslim and let us committed to practice Islam at least the five pillars of Islam. The prophet Muhammad SAW said,

Islam is built of five pillars, testifying there is no god but Allah and Muhammad is his messenger, establishing prayer, paying Zakat, observing the fast of Ramadhan and perfoming Pilgrimage if you ere solvent enough. (Muslim)
Khutbah: Jumaat Prayer,

Knowledge


All Praise is due to Allah, We praise Him and we seek help from Him. We ask forgiveness from Him. We repent to Him; and we seek refuge in Him from our own evils and our own bad deeds.

My Dear Brothers in Islam,

I do not expect that all of us need reminding, but maybe the rest of us do, that:

"Seeking knowledge is a duty of all Muslims, male and female.""Knowledge" may be thought to refer to religious knowledge only but scholars extend this to include all useful worldly knowledge.

This view is supported by many Áyát in the Holy Qur’án and the traditions of Nabi Muhammad sws.

Let us go back to the very beginning to appreciate the special status of knowledge in Islam. In Sura Al Baqara we read:

"And He taught Adam all the names…"

According to the eminent scholars, there is unanimity that this includes the names of all the creations of Allah, including the stars, the earth, the planets, and the angels themselves. No one can deny that this is religious not knowledge also, although to know about them can concentrate the mind on the greatness of Allah swt.If we can move quickly to more recent times, we read that the first divine command to Prophet Muhammad, [may Allah grant him Peace and Blessings] :

"Read! In the name of your Lord, Who creates!"

followed by a second command:

"Read! And your Lord is most bountiful, He who taught the use of the pen, taught man that which he knew not!"

The source of all knowledge is Allah, Glorified and Exalted is He, and no creation has any knowledge except that which Allah has taught him. The evidence for this statement is ample, and needs no further elaboration. Let us also remember the practice of Rasulullahi Salall lahu 'alayhi wasallam in this regard. The ransom of a prisoner of war, was to teach a number of Muslims to read and write. Literate Muslims form a sound foundation for the Muslim State. And knowledge in general precedes action.In Sura Muhammad the reference is to knowledge of Alláh, Jalláh Jalálahu:

"Know, therefore, that there is no god but Allah, and ask forgiveness for your faults and for the men and women who believe…"

The áyát and hadíth about knowledge are too many to list, but the following verse from Sura Ali-Imran puts the matter in its proper perspective:

"There is no God but He: That is the witness of Allah, his angles and those who endued with knowledge, standing firm on justice. There is no God but he the exalted in power and the wise.

Finally, let us strengthen ourselves to be a good muslim by striving in seeking knowledge and spread our knowledge to others.

Tuesday, June 13, 2006

SUHAKAM Seribu Langkah Ke Belakang

“If such evidence are considered by Abu Talib as ‘hearsay’ and ‘emotional’ rants from the injured parties and public, then he has eyes that do not see, ears that do not hear and a heart that has no compassion,” He added.

Petikan di atas diambil dari kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menolak keras sikap Pengerusi SUHAKAM semasa melayan kumpulan NGOs dan pembangkang yang mendesak supaya diadakan 'public inquiry' berhubung dengan tindakan Polis terhadap penunjuk perasaan membantah kenaikan harga barangan petroleum baru-baru ini. Lim kelihatan begitu kecewa dengan penolakan mentah-mentah Abu Talib Othman terhadap bukti-bukti yang dikemukakan oleh kumpulan NGOs dan pembangkang tersebut.

SUHAKAM yang ditubuhkan semasa zaman Dr Mahathir sedikit sebanyak telah menyediakan satu ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengemukakan aduan tentang salahlaku yang melanggar hak asasi manusia. Semasa dipengerusikan oleh Musa Hitam dan dibarisi oleh sekumpulan tokoh-tokoh yang berwibawa, SUHAKAM telah melaksanakan tugasnya dengan baik meskipun peranannya sangat terbatas. Laporan yang dikemukakan oleh SUHAKAM sentiasa dinantikan kerana dibuat dengan begitu saksama dan objektif.

Sememangnya SUHAKAM diharapkan dapat membuka lembaran baru kepada negara Malaysia sekurang-kurangnya menyalurkan pendidikan tentang hak asasi manusia kepada rakyat. Sebagai sebuah negara yang sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia perlu menyediakan rakyatnya dengan minda atau mentaliti kelas pertama. Kesedaran tentang hak asasi manusia merupakan satu elemen yang terpenting dalam pembinaan minda dan mentaliti tersebut. Sekiranya tidak, selama-lamanya rakyat Malaysia dibelengu oleh minda dan mentaliti feudalisme atau terjajah.

Sebelum ini persepsi ramai terhadap perlantikan Abu Talib sebagai Pengerusi SUHAKAM semakin positif. Walaupun semasa mula-mula dilantik beliau diragui disebabkan 'track record' nya dilihat tidak melayakkannya ditempatkan sebagai pemantau hal ehwal hak asasi manusia. Namun keraguan tersebut semakin terhakis sehinggalah isu yang timbul baru-baru ini. Sikapnya yang angkuh sehingga memperlekehkan memorandum yang dikemukakan seterusnya mempersilakan para pengadu keluar begitu memeranjatkan.

Peristiwa ini sekali lagi memalitkan rekod hitam dalam hal ehwal hak asasi manusia di Malaysia. Seorang pengerusi badan pemantau hak asasi manusia sendiri kabur tentang apakah hak yang sepatutnya diberikan kepada seseorang. Saya hampir pasti sekiranya ditanya kepadanya tentang hak melakukan demonstrasi beliau akan memberi jawapan yang begitu mengecewakan. Bagaimana SUHAKAM yang diharapkan dapat memupuk kesedaran tentang hak asasi manusia, sedangkan pengerusinya sendiri tiada kesedaran tersebut.

Begitu menarik sekali bila Lim Guan Eng menggunakan perumpamaan al-Quran "ada mata tapi tak melihat, ada telinga tapi tak mendengar dan ada hati tapi tidak memahami". Mungkin Abu Talib tidak kisah sekiranya dia diumpamakan sedemikian?